- Us Yusri Kuliah Maghrib Jumaat 14-Okt-2011
5 Nabi Ulul-azmi
Dalil: Surah Al-Ahzab ayat 33:7 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِيثَٰقَهُمۡ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٖ وَإِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۖ وَأَخَذۡنَا مِنۡهُم مِّيثَٰقًا غَلِيظٗا }
(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);
- Susunan/aturan nabi ulul-azmi spt ayat di atas adalah Nabi Muhammad saw, Nuh as, Ibrahim as, Musa as dan Isa as.
- Namun, susunan Nabi Ulul-Azmi mengikut turutan yg afdal adalah Nabi Muhammad saw, Ibrahim as, Musa as, Isa as, dan Nuh as.
- selepas kewafatan Rasulullah saw, ilmu diwarisi oleh para sahabat ra, kemudian kepada para tabi'in seterusnya kepada para ulama.
- Mewartakan kepada kami Nashr bin Ali Al-Jahdhamiy, mewartakan kepada kami Abdullah bin Dawud, dari Ashim bin Raja' bin Haiwah dari Dawud bin Jamil, dari Katsir bin Qais, dia berkata: Saya duduk di sebelah Abud-Darda' di masjid Dimaskus, maka datanglah seorang lelaki kepadanya, lalu berkata: "Wahai Abud-Darda', aku datang kepadamu dari kota Madinah, kota Rasulullah SAW. untuk keperluan hadis yang sampai kepadaku, bahawasanya engkau mewartakannya dari Nabi SAW. Abud-Darda' berkata: "Apakah kamu datang berniat dagang?" Dia menjawab: "Tidak". Abud-Darda' berkata: "Apakah kamu datang berniat lainnya itu?" Dia menjawab: "Tidak". Abud-Darda' berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW. mengatakan: 'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan dimintakan ampunan oleh orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid -tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna." [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0223.]
- cth terbaik adalah para rasul, para nabi dan para sahabat. Kelebihan para sahabat adalah kerana mereka hidup pd zaman Nabi. Para tabi'in adalah mereka hidup pd zaman para sahabat yg hidup pd zaman kehidupan Nabi Muhammad saw.
- Para sahabat ialah mereka yang sempat hidup dan bertemu dengan baginda Rasulullah saw (ie pada zaman Rasulullah) dan terus mengamalkan sunnah yang ada.
- Selepas kewafatan Rasulullah saw, para sahabat meneruskan dakwah dalam menyampaikan Islam dan umat Islam. Zaman ini dipanggil zaman tabi'in.
- Tabi'in adalah perkataan Arab yang bermaksud pengikut. Para tabi'in dimaksudkan sebagai seorang muslim yang bertemu dengan sahabat Rasulullah saw, dan mati dalam keadaan beragama Islam.
- Ciri-ciri beriman kpd Rasul
- beriman secara umum ie wajib percaya Allah tlh mengutus sekian byk Rasul yg disebut dlm Al-Quran ie sebyk 25 org.
- Catatan kuliah: 25 rasul yang wajib diimani (kik sini)
- Ciri-cirinya
1) Allah mengutus para rasul adalah utk membawa berita yg baik akan perkara yg baik dan membawa berita buruk/balasan neraka utk mereka yg melakukan kemungkaran.
2) membawa berita gembira dan membawa berita ancaman/amaran dr Allah.
- berita gembira adalah akan hal balasan syurga kpd mereka yg taat peritah Allah.
- berita ancaman/amaran ie hal balasan neraka dan janji² Allah akan balasan yg menunggu kpd mereka yg ingkar perintah Allah.
- Dalil dari surah Al-Ana'am ayat 6:48 dan 6:49
Ayat 6:48 (klik sini)
{ وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.
{ وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يَمَسُّهُمُ ٱلۡعَذَابُ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ }
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik.
- apbl turun ayat "maka hendaklah kamu menyampaikan secara terang²an...", Nabi Muhammad naik ke bukit dan menyampaikan ayat² Allah kpd kaum musyrikin Mekah.
- Nabi menyampaikan kpd mereka akan amaran dr Allah bhw baginda memberitahu bhw baginda membawa ugama Islam sebagai berita gembira kpd yg mentaatinya, dan menyampaikan berita amaran/ancaman dr Allah jika mereka mengingkari.
2) supaya rasul mengajak manusia menyembah Allah, tujuan asasi syariat Islam ie:
- (i) mengagungkan Allah,
- (ii) menghidupkan Islam dlm kehidupan, dan
- (iii) mentauhidkan Allah.
- tauhid ie mengesakan Allah ie hanya Allah shj yg wajib disembah.
- Dalil (#1) surah Al-Anbiak ayat 21:25 (klik sini)
{ وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِيٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ }
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
-- Ayat penafian dulu diikuti ayat membenarkan spt kalimah syahadah, tiada tuhan kecuali Allah.
-- "berhak disembah" ie berhak mentaati dan meninggalkan larangannya.
- Dalil (#2) Surah As-Syura ayat 42:13 (klik sini)
{ ۞شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِيٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِيٓ إِلَيۡهِ مَن يُنِيبُ }
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
- ayat ini adalah ayat perintah Allah utk menegakkan ugama Islam.
- Perintah menegakkan ugama Islam seperti yang diberikan kepada Nabi Nuh as, juga kpd Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
- Syariat (melalui wahyu) ke atas Nabi Muhammad saw adalah ajaran tauhid.
- bukan ugama yg perlu disesuaikan dgn keadaan/trend semasa, sebaliknya dlm menyusuri peredaran masa, kita perlu sentiasa merujuk kpd Al-Quran dan sunnah sbg panduan hidup.
- Dalil (#3) sambungan di lain kuliah.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment