- us Mahdzir Md Nor Isnin 3-Okt-2011 Kuliah Maghrib
Surah Al-Balad Ayat 90:12 hingga 16
Ayat 90:12- pertanyaan Allah yg ditujukan kpd hambanya akan kesusahan2/ujian yg ditimpakannya.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
Ayat 90:13
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
-salah satu jln/amalan yg pd ketika wahyu ini diturunkan adalah membebaskan hamba. Sewaktu wahyu diturunkan sistem hamba masih wujud. Anak kpd seorg hamba akan kekal menjadi hamba.
-cara memerdekakan hamba dipelopori oleh saidina Abu Bakar dgn cara membeli hamba dan kemudian membebaskannya.
-cara lain adalah janji dr tuannya sekiranya hamba itu boleh menebus dirinya. Golongan hamba ini layak menerima zakat utk memerdekakan diri dr tuannya pd ketika itu.
-kesusahan membebaskan hamba itulah dikatakan jln yg susah, yg ditafsirkan dr ayat ini.
Ayat 90:14
Atau memberi makan pada hari kelaparan
-kesusahan lain yg dimaksudkan adalah memberi makan kpd org miskin.
-setiap org yg hadir ke majlis keraian adalah apbl kembalinya akan menggugurkan dosa2 (kecil) tuan rumah.
-pd ketika wahyu diturun masih belum menjadi tradisi utk memberi makan kpd org miskin. Pd ketika itu jamuan dibuat kpd org2 yg sama taraf kedudukan kpd tuan rumah, itulah budaya jahiliyah.
Ayat 90:15
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
-kesusahan lain yg dimaksudkan adalah memberi makan kpd anak yatim dr keluarga tuan rumah (spt anak saudara)
Ayat 90:16
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
-kesusahan lain adalah memberi makan kpd org yg terlantar dijln.
-org arab ketika itu maju dlm bidang ekonomi, namun Allah menggelar mereka jahiliyah kerana miskin dr segi kemanusiaan. Sifat mereka masih jihiliyah disisi Allah.
-jahiliyah ie jahil dr sudut aqidah, syariah dan akhlak.
-jln yg susah juga dmaksudkan utk menjadi org yg beriman, sentiasa berpesan tentang sabar, dan bepesan dgn kasih sayang.
Ayat 90:17
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
-sabar ie menerima ujian Allah dan dlm masa yg sama mencari jln keluar dr permasalahan itu.
-sabar dlm melaksanakan amalan yg soleh, sabar dlm meninggalkan larangan Allah.
-belas kasihan kpd haiwan spt haiwan sembelihan:
1) mengasah pisau sembelihan bukan dihadapan haiwan tsbt.
2) membaringkan/mengikat haiwan dgn hemah dan lemah lembut.
3) meletakkan pisau ditengkuk haiwan dgn berani.
-amalan paling hebat dlm bulan Zulhijjah adalah menunaikan haji. Bagi yg tidak dpt menunaikan haji adalah melaksanakan qurban.
-qurban bermaksud sanggup memberikan apa yg kita miliki.
-org yg redha sanggup sedekahkan bahagian daging yg layak baginya ie 1/3 dr daging, utk disedekahkan kpd org miskin.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment