Beriman kpd Nabi dan Rasul (Siri 2)
Manusia perlukan panduan kpd Alllah, iaitulah melalui perantaraan Nabi dan Rasul, hal² berkaitan aqidah, perkara² ghaib, perkara² yg tidak diketahui spt asal-usul manusia.
Dalil: Allah ciptakan manusia dgn pelbagai kaum, bahasa dan rupa sebagai bukti kekuasaanNya.
Surah Ar-Rum ayat 30:22 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ }
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Masyarakat sebelum kita hidup dlm kezaliman, mengingkari Nabi² dan Rasul² yg diutuskan kpd mereka.
- Kerajaan Rom menyembah Nabi Isa, bukannya pencipta kpd Nabi Isa ie Allah SWT
- Kerajaan Farsi menyembah api
Beza antara penyebaran dakwah Islamiah dengan pembukaan negara oleh org² bukan Islam adalah kedatangan mereka adalah:
- Membawa manusia kpd menyembah Allah, mengeluarkan manusia dari penyembahan kpd makhluk.
Hadis: tidak ada nabi selepas aku...
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perbandinganku dan Nabi-nabi sebelumku, seperti orang yang membangun sebuah gedung (rumah). Dibuatnya dengan amat baik dan sangat bagus, tapi satu tempat batu bata terluang di sudutnya. Orang banyak mengelilingi rumah itu dan hairan, sambil berkata: "Mengapa tidak dipasang batu bata ini?" Beliau bersabda: "Sayalah batu bata itu dan sayalah penutup Nabi-nabi".
[ Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1532]
Nabi² palsu timbul selepas kewafatan Rasulullah saw. Termasuk juga ajaran Millah Abraham yg telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
- Setiap pengikut ajaran Millah Abraham perlu membayar wang untuk bertaubat, menuntut cerai ke atas pasangan yang tidak menyertai gerakan, menggunakan kelas al-Quran dalam talian bagi menarik pengikut baharu -- Sebahagian dari modus operandi dan strategi ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 September 2015.
Hadis: Aku tinggalkan kamu di atas landasan yang terang, tidak ada lagi sesuatu yang kabur
Agama Islam berpaksikan disiplin ilmu yg jelas. Apa-apa perkara yg kita tidak jelas, maka kita perlu bertanya, pelajari dan selidik, agar kita tidak sesat dari ajaran Islam.
Antara tanda seseorg itu mengikut ajaran Rasulullah saw atau ahli sunnah wal-jamaah adalah, ada dua (2) tanda,. Satu tanda yg telah tiada, dan satu lagi masih ada hingga kini:
- Khalifah - namun Khalifah telah tiada lagi selepas dari khalifah terakhir, zaman Uthmaniah yang tumbang pada tahun 1924. Kini yang tinggal adalah negara² kecil Islam dgn pemerintahan kecil di negara² mereka.
- Majoriti umat Islam ie ajaran Nabi yang jelas dan terang itu diikuti oleh ramai orang.
- Apa yg dibawa/diajarkan oleh Rasulullah itulah jalan yg lurus.
- Jangan ikut jalan² cabang yg dibawa oleh individu atau organisasi tertentu yg akan memecah-belahkan kita.
Nabi² dan Rasul² adalah manusia ie seorg lelaki yg dilantik oleh Allah, bukannya individu itu sendiri yg mengakui dirinya sebagai seorg nabi, atau mana² individu yg dilantik dikalangan manusia.
Allah melantik malaikat dan manusia terpilih untuk menjadi utusanNya bagi menyebarkan dakwah. Islam dan menEsakan Allah. Dalilnya dlm surah Al-Haj ayat 22:75 (klik sini)
Allah melantik malaikat dan manusia terpilih untuk menjadi utusanNya bagi menyebarkan dakwah. Islam dan menEsakan Allah. Dalilnya dlm surah Al-Haj ayat 22:75 (klik sini)
{ ٱللَّهُ يَصۡطَفِي مِنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ رُسُلٗا وَمِنَ ٱلنَّاسِۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٞ }
Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
- Catatan kuliah: 25 Nabi (klik sini)
Anak² para sahabat bertanyakan hal Nabi Muhammad saw, siapa Nabi Muhammad, apa yg dimakan diminum, bagaimana baginda beribadah.
- Anak² para sahabat pergi ke rumah isteri Rasulullah meminta dimasakkan makanan yg digemari oleh Rasulullah saw.
Nabi itu:
1. seorg lelaki.
2. dari kalangan manusia -- malaikat itu ada pelbagai rupa. Jika malaikat itu hendak dijadikan nabi, maka Allah akan jadikan malaikat itu manusia lelaki.
3. ada kelebihan dan keistimewaan yg diberikan oleh Allah iaitulah mukjizat.
-mukjizat Nabi Muhammad saw yg paling besar adalah Al-Quran.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Setiap Nabi-Nabi diberikan kepadanya mukjizat-mukjizat menyebabkan manusia beriman (percaya). Tetapi yang diberikan kepada ku hanyalah wahyu (Quran) yang diwahyukan Allah kepada ku dan aku penuh harapan mempunyai pengikut yang lebih banyak di hari kiamat." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1951]
4. diberikan wahyu oleh Allah, utk menyampaikannya kpd umatnya.
-kekuatan org² Islam adalah Al-Quran. Anak² yg membesar dgn Al-Quran, vocabularynya 4,000 patah perkataan, menjadikan mereka lebih bijak berbanding dgn anak² yg dibesarkan tanpa Al-Quran, yg vocabularynya sekitar 2,000 patah perkataan.
Sambungan kuliah seterusnya hal wahyu.
-kekuatan org² Islam adalah Al-Quran. Anak² yg membesar dgn Al-Quran, vocabularynya 4,000 patah perkataan, menjadikan mereka lebih bijak berbanding dgn anak² yg dibesarkan tanpa Al-Quran, yg vocabularynya sekitar 2,000 patah perkataan.
Sambungan kuliah seterusnya hal wahyu.
Catatan kuliah:
- Beriman kepada Nabi dan Rasul (klik sini)
No comments:
Post a Comment