Saturday, December 24, 2022

Tiga Golongan Manusia

- us Abd Muiez kuliah Maghrib Selasa 29-Nov-2022

3 golongan manusia kata Imam Ghazali

1. Org yg hanyut dgn dunia, lupa tentang mati
  • Ingatannya kpd kematian hanya seketika dan mudah lupa hal kematian. Bagi mereka setiap perkara ada imbalan yg boleh nampak depan mata. Hal pahala dan gandaan pahala serta perkara² ghaib bukan suatu imbalan yg bernilai baginya.
  • Nilai amalan yg dilakukan di dunia akan dpt dilihat sewaktu hendak meninggal dan juga di Padang Mahsyar.

3 perkara yg akan dilihat di saat sakaratul maut:
  1. Malaikat maut, yg akan hadir mengikut amalan sesorg itu
    -- ada jenazah yg ditunjukkan keadaannya spt terkejut, mungkin kerana rasa takut yg teramat.
  2. Malaikat yg menjaga dan mencatat segala amalannya.
    -- jika banyak amalan yg dilakukan, maka malaikat itu akan mengucapkan selamat datang semoga Alllah memerikan kebaikan ke atasnya.
    -- sebaliknya jika bnyak kejahatan yg dilakukan maka malaikat akan mencela org itu sambil mengharapkan Allah memberikan balasan terhadap kemungkaran dan kejahatan yg dilakukan.
  3. Tempat yg akan dituju oleh rohnya selepas kematiannya.
    -- ada org yg sedang nazak tidak memberikan response, mungkin kerana dia telah dibukakan hijab dan mampu melihat malaikat, tempat yg akan dituju selepas dari saat kematiannya.
    -- di saat hampir mati ajarkan org itu mengucap, jika dia minta air, berikan sedikit air minuman. Org yg hampir mati akan berpeluh dahinya dan rasa has.
    -- perkara yg tidak perlu dilakukan apbl menziarahi org yg sedang nazak adalah meminta maaf, memperkenalkan diri, sebaliknya ajarkan dia mengucap, kerana pd waktu nazak itu, syaitan dan iblis berusaha utk memesongkan aqidah.

2. Golongan yang bertaubat
  • Jangan pandang rendah kpd org lain.
    -- doakan org² yg melakukan kemungkaran agar diberikan hidayah agar dia kembali kpd ajaran Islam dan meninggalkan kemungkaran yg dilakukan sebelum itu.
  • Org dlm golongan ke2 ini memohon keampunan dari Allah dgn bersungguh-sungguh secara istiqamah, mendorong sahabat dan org lain utk mentaati perintah Allah, semata-mata mengharapkan keredhoan Allah.
  • Org yg melakukan secara banyak (ekstrem) akan merasa penat dan kecewa, akhirnya akan kembali ke tahap golongan pertama.
  • Amalan itu bergantung kpd diri kita sendiri, tingkatan amalan adalah amalan yg dilakukan secara istiqamah.
  • Solat itu perlu dijaga dan dilakukan, kerana solat tidak boleh digantikan oleh org lain, walaupun dibayar dgn wang dan emas.

3. Golongan yg pandai ("arifin")
  • Pandai kerana sepanjang masa dia meletakkan Allah pada kedudukan paling tinggi, dan melaksanakan segala perintah Allah kerana cinta kpd Allah.
  • Dia redha dlm setiap keadaan, dan menunggu-nunggu utk berjumpa Allah.
  • Huzaifah al-Yamani amat cinta kpd Allah, dia sering bertanyakan kpd Rasulullah saw terhadap perkara² azab kematian dan hari akhirat. Huzaifah adalah sahabat yg diamanahkan oleh baginda Rasulullah saw utk menyimpan senarai org munafik. Selepas kewafatan Rasulullah saw, saidina Umar dtg bertanya semula kpd Huzaifah utk mengetahui jika namanya tersenarai. Begitu juga hika terdapat antara pegawai yg dilantik adalah dlm senarai org munafik. Huzaifah hany memberitahu bhw dlm senarai pegawainya terdapat seorg yg di senaraikan oleh Rasulullah sebagai org munafik. Saidina Umar dgn peneletiannya, memecat seorg munafik dari pegawainya walupun tidak mengetahui siapa orgnya dari Huzaifah.
  • Saidina Umar melantik Huzaifah sebagai gabenor utara Farsi.
  • Sewaktu hampir kematian Huzaifah, dia memohon kpd Allah agar disegerakan kematiannya kerana rindunya utk bertemu Allah.

No comments:

Post a Comment