Sunday, April 3, 2022

Tadabbur Surah Al-Mulk Ayat 67:1 hingga 11

- us Hasnan Kasan kuliah Asar Ahad 3-Apr-2022 (1 Ramadhan 1443H)

Tadabbur Surah Al-Mulk Ayat 67:1 hingga 11


{ تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ }

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Ayat 67:2 (klik)
{ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ }

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Ayat 67:3 (klik)
{ ٱلَّذِي خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ طِبَاقٗاۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَٰنِ مِن تَفَٰوُتٖۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ }

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

Ayat 67:4 (klik)
{ ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئٗا وَهُوَ حَسِيرٞ }

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
  • Allah ulangi cabaran supaya carilah kecacatan dlm ciptaan Allah. Kerahlah tenaga mcm mana pun pasti tidak akan kedapatan kecacatan. Mereka yg mengkaji kecacatan ciptaan Allah terus kecewa kerana tidak menemui kecacatan pd penciptaan Allah.
  • Kembangkan lagi ciptaan Allah selain dari bidang astronomi kepada bidang lain spt biologi. 
  • Kajian terhadap fizikal menyakinkan pengkaji sains dan atheis utk menerima Islam. Sebaliknya kajian orang Islam dalam bidang falsafah menjadikan mereka menyeleweng dari Islam hingga ada yang murtad.

Ayat 67:5 (klik)
{ وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَٰبِيحَ وَجَعَلۡنَٰهَا رُجُومٗا لِّلشَّيَٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ }

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
  • langit yg dekat ie yg boleh dicerap oleh mata dan peralatan sains.
  • sampai kpd ayat "lis sya ya tin", ini merujuk kepada perkara ghaib. "rujum" adalah lontaran kepada syaitan.
  • adakah syaitan mati bila kena lontaran bara api itu? Syaitan itu tidak mati. apa dalilnya syaitan tidak mati?
  • Dalil kematian iblis dan syaitan ditangguh hingga hari kebangkitan ie Surah Al-A'araf Ayat 7:14 (klik sini utk paparan ayat)
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
 
  • iblis itu satu dan tenteranya adalah syaitan yg berjuta bilangannya. 
    • dlm sebuah keluarga, iblis bersumpah utk merobohkan pernikahan pasangan suami isteri hingga mereka bercerai. 
  • perkara ghaib perlu dikaji dengan dalil, tidak cukup sekadar penjelasan akal. 
  • Apakah dalil iblis dan syaitan akan dimasukkan dalam neraka? 
    • Adakah iblis dan syaitan shj dimasukkan dlm nereka? Tidak.  Iblis, syaitan dan pengikutnya (ie jin dan manusia)
  • Dalil #1 dlm Surah Al-A'araf Ayat 7:18 (klik sini utk paparan ayat)
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.


Ayat 67:6 (klik)
{ وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ }

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
  • Dlm ayat ini "ingkar" lebih sesuai kerana merujuk kepada semua manusia, bukan khusus kepada org kafir. Ayat ini juga kpd org Islam yg tidak taat kepada perintah Allah dan juga Al-Quran, spt: 
    • melaksanakan ajaran Islam mengikut kemahuannya spt tidak mahu menutup aurat, tetapi dia menunaikan solat. 
    • terima rasuah tetapi dia mengerjakan umrah dan menunaikan haji.
  • Dlm ayat ini "biksa" lawannya "nikma". Biksa bermaksud buruk, manakala nikma bermaksud elok/baik.

Ayat 67:7 (klik)
{ إِذَآ أُلۡقُواْ فِيهَا سَمِعُواْ لَهَا شَهِيقٗا وَهِيَ تَفُورُ }

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
  • dlm ayat yg lain, Allah jelaskan sifat neraka jahannam yg apinya tidak padam, menjulang-julang. Surah Al-Israk Ayat 17:97 (klik sini utk paparan ayat)
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
  • Jika seseorang manusia tidak memilik penglihatan, bisu dan pekak maka tidak tidak wajib solat. Tuntutan utk melaksanakan perintah Allah gugur terhadap mereka.
  • Gambaran neraka menggelegak, boleh dirujuk pada Surah Al-Kahfi Ayat 18:96 (klik sini utk paparan ayat), api yg dihidupkan membakar dan mencairkan besi, mengelegak, cair. 
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".


Ayat 67:8 (klik)
{ تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۖ كُلَّمَآ أُلۡقِيَ فِيهَا فَوۡجٞ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُهَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٞ }

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
  • Apakah sifat orang-orang berada di dlm neraka? Neraka mengganas terhadap orang-orang yg ingkar, yg dicampakkan secara gerombolan.
  • Malaikat Malik penjaga neraka jahannam, Zabaniah adalah petugas penjaga neraka. Malaikat Malik tanya kepada gerombolan yg dicampakkan ke dlm neraka jahannam.
  • Dlm surah Al-Kahfi Ayat ke57, Allah nyatakan bhw manusia yg berterusan berlaku ingkar, Allah tutup hati mereka dari menerima hidayah. Surah Al-Kahfi Ayat 18:57 (klik sini utk paparan ayat)
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

 

Ayat 67:9 (klik)
{ قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٞ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَيۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِي ضَلَٰلٖ كَبِيرٖ }

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
  • Tiada orang Islam yang membunuh orang bukan Islam, sebaliknya orang Islam dituduh dan dilabelkan sebagai pengganas. Diwujudkan pula istilah "Islamophobia". Sebenarnya orang-orang bukan Islam yg membunuh orang-orang Islam.
  
Ayat 67:10 (klik)
{ وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ }

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

  • ambil pengajaran dari apa yg dikatakan ie penyesalan oleh org yg ingkar., kalaulah semasa hidup di dunia dahulu dia menerima Islam (dan Al-Quran) dengan hati.
  • Bila 3 huruf ini ie "ain kaf lam" ianya bermaksud dengan hati, bukannya dengan akal fikiran. 
    • Hidayah itu masuk melalui hati, bukan melalui akal fikiran. 
  • Hati boleh hidup, boleh mati. Semak surah Al-Haj ayat ke46. 
  • Surah Al-Haj Ayat 22:46 (ms 377) (klik sini utk pararan ayat)
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
  • Sabahat pada zaman Rasulullah, mereka menerima Al-Quran melalui pendengaran, ie disampaikan dari hafazan para sahabat yang mendengarnya dari Rasulullah sendiri. Namun kepada umat akhir zaman termasuk orang melayu, terimaan Al-Quran tidak boleh melalui pendengaran sahaja, perlu disertakan dengan penglihatan ie melihat ayat-ayat Al-Quran utk sebutan dan bacaan dengan tajwid (dengan betul).

    Kisah sabahat nabi ie Saidina Usaid bin Hudair, bila dia membaca Al-Quran dlm kebun tamar (mengajarkan sahabat2 yg lain) maka kudanya menjadi meronta-ronta kerana, nampak malaikat turun bila mendengar bacaan saidina Usaid itu. 
    • Kelas Al-Quran saidina Usaid, dimana dia membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada sahabat-sahabat besar.
    • Sebelum adanya mushaf Al-Quran para sabahat mempelajari Al-Quran melalui pendengaran. 
  • Kita kena jaga hati, dan awasi anak-anak kita supaya hati mereka hidup mendengar ayat-ayat Al-Quran.
  • Semak ke depan utk Ayat 67:23 (klik sini utk paparan ayat), Allah ulang semula perbincangan ini, ie pendengaran, penglihatan dan hati sanubari
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".


Ayat 67:11 (klik)
{ فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِهِمۡ فَسُحۡقٗا لِّأَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ }

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

  • "fa' ta ra fu" --> hilangkan fa dan jadikan alif baris bawah, kemudian ta di bariskan baris bawah, wakafkan fa, maka ia menjadi "iktiraf".
  • bila jauh dari rahmat Allah, seseorang tidak mendapat perlindungan dan pertolongan dari huru-hara hari Akhirat.
  • Hanya orang-orang yg diberikan rahmat shj akan terselamat. Rujuk Surah Ad-Dukhan Ayat 44:42 (klik sini utk paparan ayat)  
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.


Sambung pd minggu hadapan.


No comments: