Saturday, December 31, 2022

Sambutan Christmas dan Tahun Baru

- kuliah Suboh Isnin 26-Dis-2022

Asal Usul Sambutan Hari Christmas dan  New Year (Tahun Baru)

Surah An-Nahlu ayat 16:36 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ }

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

Takwin Syamsiah dan Takwim Qamariah
- Takwim atau kalendar yg diguna pakai merujuk kepada matahari dan bulan.  Surah Yunus ayat 10:5 (klik sini)

{ هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءٗ وَٱلۡقَمَرَ نُورٗا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ }

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
  • Takwim syamsiah - ie pergerakan matahari. spt peredaran bumi mengelilingi matahari. Contohnya kerajaan kuno yg menggunakan kalendar ini adalah kerajaan Rom, Mesir.
    • Kalendar ini dikaitkan dgn 4 musim, yg berkait rapat dgn pertanian, kerana hasil pertanian pada sesuatu musim berbeza hasil kuantiti, saiz dan kualitinya. 
    • penandaan musim dapat diketahui dengan merujuk kedudukan matahari di 4 buruj iaitu Hamal (Aries), Saratan (Cancer), Mizan (Libra) dan Jadi (Capricon). Berdasarkan hisab, Matahari berada di buruj Hamal pada 21 Mac, Saratan pada 22 Jun, Mizan pada 24 September dan Jadi pada 23 Disember. Seterusnya kita dapat mengetahui permulaan musim iaitu dengan merujuk kepada bulan tersebut iaitu bulan Mac merupakan permulaan musim bunga, bulan Jun permulaan musim panas, bulan September permulaan musim gugur dan Disember ialah permulaan musim sejuk
  • Takwim Qamariah ie takwim 12 bulan merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
    • sinonim dengan ibadah bagi umat Islam. Awal bulan ditandai dengan kenampakan hilal yang dirukyah pada setiap hari ke 29hb. Pada hari ini ijtimak akan berlaku iaitu kedudukan bulan pada di antara matahari dan bumi. Permulaan 1 haribulan mempunyai kaitan dan signifikan yang sangat besar dengan pensabitan ibadah seperti penetapan ibadah puasa, dan 2 hari raya Aidilfitri dan AidilAdha.

Anno Domini (AD)
ie tahun dari kalendar tuhan Jesus, ie kalendar Gregorian telah dikaitkan dgn kristian kpd kelahiran Jesus.

- Christmas dikaitkan dgn anutan kristian dlm abad ke-4. Pada asalnya tidak ada dlm Injil dan juga tidak ada dlm ajaran yg disampaikan oleh Nabi Isa as.
  • Christmas tiada dalam kitab Taurat atau Injil.

Kalendar Julius
  • Takwim Julian diperkenalkan oleh maharaja Rom bernama Julius Ceasar, yg mempunyai 12 bulan dan 360 hari. Namun disebabkan kekurangna hari kalendar ini telah mengguna pakai hasil kajian ahli falak bernama Sosigenes. Ia mempunyai 12 bulan dan 365 hari dan tambah sehari bagi setiap 4 tahun. Sosigenes adalah ahli falak Cleopatra di Mesir.
  • Kalendar Julius dimulakan dgn 1 Januari yg mana Julius Ceasar tidak dapat mengatasi senat utk menukar permulaan tahun spt yg dikehendakinya. 
  • Augustus Ceasar yg menggantikan Julian sebagai maharaja mengambil sehari dari bulan Februari dan meletakkan sehari pada bulan Ogos, yg berkaitan dgn namanya.
    • Pada zaman Julius Ceasar, bln February mempunyai 29 hari dan 30 hari pada setiap 4 tahun. 
    • Perubahan dibuat utk menampakkan kehebatan Augustus Ceasar berbanding maharaja sebelumnya ie Julius Ceasar. 

Nabi Isa sebagai tuhan? 
  • Nabi Isa as dlm abad pertama, ke2 dan ke3 digelar sebagai nabi. 
  • Namun pd abad ke4, dlm satu persidangan ketua-ketua kristian di Constantinopole, Persidangan Nicaea (Council of Nicaea), tlh bersetuju menjadikan Nabi Isa sebagai tuhan, walaupun ketika itu 20% shj penganut kristian yg berpandangan bhw nabi Isa itu memiliki sifat ketuhanan. 
  • Pd abad ke6 dibuatkan kalendar Anno Domini (AD).

Kalendar Addno Domini (AD)
- Kalendar AD terlebih sedikit dari kiraan edaran .bagi setiap 131 tahun ia akan terawal sehari. Pd abad ke16, hari Ester sepatutnya disambut pd musim bunga disambut pd musim panas. Pope Gregory XIII ketika itu mengarahkan saintis utk mengkaji, hasilnya dia menetapkan 1 Januari sebagai sambutan tahun baru. Pd 1852 aliran Protestant menolak doktrin 1 Januari di masukkan dlm kristian.
- Mazhab Protestant menentang amalan² mazhab Catholic yg bertentangan dgn ajaran asal.  Mazhab Catholic melakukan perkara spt:
  1. memasukkan berhala² dlm sembahan kpd tuhan spt berhala² berbentuk manusia, haiwan dan objek.
  2. memasukkan 1 Januari dlm kristian
  3. membawa masuk pohon conifer dlm rumah.
  4. melakukan pengampunan dosa (paderi memberi pengampunan kpd org² yg melakukan kejahatan. Paderi (dan gereja) menerima imbalan bayaran tertentu.)

- Britain terima pakai kalendar AD pd abad ke18 ie pd 1750.
  • Sebelum 1752, Britain dan jajahannya menggunakan kalendar Julian. Bagaimanapun bagi setiap 128 tahun terdapat kekurangan satu (1) hari disebabkan kesilapan dlm pengiraan pergerakan matahari sebanyak 11 minit. Ini menjadikan hari Ester (Ester Day) teranjak. Hari Ester secara tradisi disambut pada 21 Mac. Namun telah teranjak dari spring equinox (musim bunga) ke musim panas.
  • (Dlm kristian) Hari Ester (juga dipanggil Pascha) atau Resurrection adalah hari kebangkitan Nabi Isa selepas tiga (3) hari disalib (dibunuh) oleh pengikutnya. 
  • Penambahbaikan terhadap kalendar Julian adalah diperkenalkan kalendar Gregorian pd 1852. Ia mendungi 365 hari, 12 bulan dan setiap bulan sama ada 30 atau 31 hari. Bln Februari mempunyai 28 hari, dan tahun lompat pada setiap 4 thn, di mana sehari ditambah pada bln Februari menjadikannya 29 hari. 

Christmas
- adalah satu ajaran membesarkan pohon conifer (pokok ru) ie memperingati tuhan Jesus. Org Indonesia panggil pohon conifer sebagai cemara.
- Perkataan "trinity" tidak terdapat di mana-mana bhgn dlm kitab Taurat atau Injil.
- Asal-usul christmas berasal dari dua (2) tokoh ie Semiramis dan Nimrod. Semiramis adalah isteri kpd Nimrod. Nimrod adalah cucu nabi Nuh as. Nimrod murtad apbl menjadikan dirinya tuhan. Dia mengasas dan memerintah kerajaan Babel (Babylon).
  • Selepas kematian Nimrod, Semiramis mempromosikan Nimrod sebagai dewa tuhan (ada yg panggil Horus). 
    • Nimrod dikatakan hidup semula apbl dia nampak pokok hijau tumbuh dari akar tunggul yg telah mati. 
    • Pd setiap tahun kelahiran dewa Nimrod pd penghujung bln Disember, Nimrod akan datang ke pohon itu dan meletakkan hadiah di bawahnya.
  • Beberapa tahun selepas kematian Nimrod, Semiramis mengandung (hasil dari perbuatan sumbangnya). Utk menutup perbuatan jahatnya dia mengatakan roh Nimrod telah memancarkan benih dlm rahimnya.  Hinga lahir seorg anak lelaki dinamkan Tammuz.
- Nama Nimrod, dalam bahasa hebrew (Ibrani), berasal daripada "Marad," yang bermaksud "dia memberontak."

- pohon cemara (conifer) dianggap suci kerana pohon conifer tidak luruh malah bertambah rimbun pd musim sejuk. Pada pohon conifer ini didakwa turunnya dewa marak.

- Nabi Jeremiah hidup selepas kewafatan Nabi Sulaiman as. Zaman Nabi Jeremiah umatnya mengamalkan penyembahan dewa dan menyembah pohon conifer. Allah telah menegur perbuatan bangsa Pagan ie satu daripada kaum Bani Israel dgn mengutuskan Nabi Jeremiah utk membetulkan aqidah mereka.
  • pohon conifer itu dihias dgn emas dn perak dlm acara membesarkan membesarkan pohon christmas.
  • dlm New Tastament, Chapter Lew mengatakan Augustus Ceasar mengirakan Nabi Isa lahir di sebuah kandang kuda, yg pada ketika itu pengembala kuda membawa kuda² meragut rumput. Bermakna pd ketika itu musim panas (bila musim panas ternakan di bawa meragut pd sebelah malam, manakala pd musim sejuk ternakan di bawa meragut pd waktu siang).

Mengapa ada sambutan tahun baru?
3 perkara lazim dalam sambutan tahun baru 1 Januari.
  1. Tiupan trompet
  2. Bunyi loceng 
  3. Pembakaran mercun
  • Org² Yahudi menyambut thn baru dgn tiupan trompet, org² kristian menyambutnya dgn bunyian loceng, org² Majusi menyambutnya dgn nyalaan api, mercun.
  • Asalnya dari unggun api, kemudian setelah dicipta bunga api (mercun), maka mercun menjadi simbolik kpd unggun api.

3 perkara ini sama dgn org² Pagan ie pemujaan dewa Jenus. Dewa Jenus dikatakan dewa yg menjaga pintu² masa.

- Imam Sayuti mengatakan ungun² api yg dihidupkan dlm sambutan tahun baru adalah ikutan yg sesat, ikutan² yg akan ditanya oleh Allah SWT.

Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

- pd tahun 325M Persidangan Nicaea (Council of Nicaea) membenarkan hanya satu mazhab ie Trinity. 1,000 tahun selepas itu barulah mazhab Protestant diwujudkan.
  • Protestant wujud pd kurun ke16 ie thn 1517 di Germany setelah Martin Luther mengeluarkan 95 thesis perbahasan terhadap anutan gereja Catholic. 

- Warakhah bin Naufal seorg yg buta, dia seorg Nasrani sepupu kpd Khatijah. Dia menguasai kitab Taurat dan kitab Injil. Dlm perjanjian lama ada disebutkan bahawa nabi terakhir itu apabila disampaikan wahyu kepadanya supaya dibacakan wahyu dia akan berkata tidak tahu membaca.

Org² yahudi tidak boleh terima kedatangan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir spt yg disebutkan dlm Taurat dan Injil. Ini kerana Nabi Muhammmad berketurunan Nabi Ismail bin Ibrahim, bukan dari keturunan Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. 
  • Nabi Yaakub dipanggil Israel oleh kaumnya. Keturunan Nabi Yaakub dipanggil Bani Israel. Kebanyakan Nabi lahir dari keturunan Bani Israel, dan terakhir adalah Nabi Isa as. Kebanyakan Nabi dibunuh oleh org² yahudi (dari kaummnya) kerana ingkarkan dakwah yang dibawa oleh para Nabi supaya menyembah Allah. 
  • Catatan: 25 Rasul yang wajib diimani (klik sini)

Dalil bhw org² yahudi dan org² nasrani mengenali Nabi Muhammad saw (spt yg disebutkan dlm kitab Taurat dan Injil) dlm surah Al-Baqarah ayat 2:146 (klik sini)

{ ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ }
 
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

Dalil: Surah Al-Baqarah ayat 2:136 (klik sini)
{ قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِيَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ }

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

Pd abad ke4 hanya satu Mazhab kristian yg tinggal, dan penganut² mazhab lain dibunuh (oleh penganut Trinity).


Nota Tambahan:
  1. "The Plain Truth About Christmas"  (klik sini) buku yg ditulis oleh Herbert W. Armstrong 1974, menyatakan sambutan hari natal (hari christmas) tidak tercatat dalam kitab Taurat, mahupun Injil.  
  2. "Courage to Stand: Jeremiah’s Battle Plan for Pagan Times", Philip G. Ryken, Wheaton: Crossway Books, 1998), buku yg ditulis oleh Ryken ini menceritakan perjuangan Nabi Jeremiah utk membetulkan aqidah kaum Pagan yg telah menyimpang dari menyembah tuhan kpd penyembahan benda² yg dicipta oleh manusia. Walaupun ada org² Pagan yg menyembah tuhan, namun mereka tidak beramal dlm kehidupan seharian mereka. Nabi Jeremiah terima tentangan dari kaum dan pemerintah, hingga dia dipenjarakan dan dihukum lontar batu hingga mati.
  3. "Agama Kristian Kini dan Pengasasnya" , Zakaria @Mahmod bin Daud, Universiti Malaya.  Journal akademik ini menghuraian bahawa ajaran Kristian yang ada pada hari ini adalah hasil tangan Paul, ie seorang yang berbangsa Yahudi kemudiannya mengaku memeluk Kristian. Paul kemudiannya menuliskan peraturan baru kristian dalam new tastement dan membatalkan kitab-kitab samawi ie Taurat dan Injil (yang diutuskan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa masing-masing). Tulisan Paul menyeleweng dari ajaran Taurat dan Injil, dan Paul mewujudkan prinsip kristian baru bagi penganut ugama kristiannya. 

Thursday, December 29, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:8 hingga 14

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 28-Dis-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:8 hingga 14

{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ }

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

- ayat ini ditujukan kpd org² di Madinah Aus dan Khazraj yg mengaku beriman, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman (iaitulah org² munafik).

Ayat 2:9 (klik sini)
{ يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ }

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

- "Ka zi ba" merujuk kpd penipuan pd perkataan.
- "yu kho di 'u" bermaksud menipu sesuatu dgn perkara yg sama. Org² munafik menipu Allah bhw mereka telah beriman tetapi hdlm hati mereka sebenarnya tidak beriman.

Ayat 2:10 (klik sini)
{ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ }

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

- hari adalah utk merasa kehebatan Allah. Apbl hati telah berpenyakit, sesorg itu tidak dpt merasa kehebatan Allah.
- Anak Abdullah bin Ubai bin Sahul adalah seorg yg beriman. Namanya juga Abdullah. Sewaktu Abdulah bin Ubai sedang sakit nazak, dia meminta anaknya utk memberitahu Rasulullah bhw dia sedang sakit. Rasulullah ziarah dia. Selepas bapanya meninggal Abdullah meminta kpd Rasulullah jubah yg dipakai oleh baginda Rasulullah utk mengkafankan jenazah bapanya. Rasulullah bersetuju dan memberinya jubah yg  baginda pakai. 
  • Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya : "Ketika 'Abdullah bin Ubay bin Salul wafat, anaknya Abdullah bin Abdullah (bin Ubay) datang kepada Rasulullah saw. meminta jubah beliau untuk kafan bapanya. Rasulullah memenuhi permintaan anaknya itu. Kemudian dimintanya pula supaya Rasulullah saw. menyolatkan jenazah bapanya. Ketika beliau berdiri hendak solat jenazah, maka ditarik baju beliau oleh 'Umar (bin Khaththab) seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Akan Anda solatkankah dia? Bukankah Allah telah melarang Anda menyolatkannya." Jawab beliau, "Aku diberi pilihan oleh Allah Ta'ala menyolatkan atau tidak. Lalu dibacanya ayat, "Kamu mohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja); sekalipun bagi mereka tujuh puluh kali (Taubah, 9:80). Dan aku akan melebihi dari tujuh puluh kali." Kata 'Umar, "Dia munafik!" Tetapi Rasulullah saw. menyolatkannya juga. Kemudian Allah Ta'ala menurunkan ayat: "Dan sekali-kali janganlah kamu solatkan jenazah salah seorang mereka yang mati, dan jangan pula kamu berdiri di kuburnya..(At Taubah, 9:84) [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2379]

  • Catatan kuliah: Kisah Abdullah bin Ubai bin Salul (klik sini)

Ayat 2:11 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ }

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Ayat 2:12 (klik sini)
{ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ }

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Ayat 2:13 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ }

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

- "su fa ha" bermaksud bebal. "ja hil" bermaksud bodoh.
- org yg alim bukanlah ilmunya di otak, tetapi sebenarnya ilmu dihati.

Ayat 2:14 (klik sini)
{ وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَهۡزِءُونَ }

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

- "syaitan" dimaksudkan kpd kawan² mereka yg munafik.
- justifikasi hari ini membenarkan perkara² maksiat dan kejahatan dilakukan, dan mereka memberi jawapan dan alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka.


Saturday, December 24, 2022

Beriman kpd Nabi dan Rasul (Siri 2)

- us Abdull Rahman bin Mahmood kuliah Suboh Sabtu 24-Dis-2022

Beriman kpd Nabi dan Rasul (Siri 2)

Manusia perlukan panduan kpd Alllah, iaitulah melalui perantaraan Nabi dan Rasul, hal² berkaitan aqidah, perkara² ghaib, perkara² yg tidak diketahui spt asal-usul manusia.

Dalil: Allah ciptakan manusia dgn pelbagai kaum, bahasa dan rupa sebagai bukti kekuasaanNya.

Surah Ar-Rum ayat 30:22 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ }

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Masyarakat sebelum kita hidup dlm kezaliman, mengingkari Nabi² dan Rasul² yg diutuskan kpd mereka.
  • Kerajaan Rom menyembah Nabi Isa, bukannya pencipta kpd Nabi Isa ie Allah SWT
  • Kerajaan Farsi menyembah api

Beza antara penyebaran dakwah Islamiah dengan pembukaan negara oleh org² bukan Islam adalah kedatangan mereka adalah:
  • Membawa manusia kpd menyembah Allah, mengeluarkan manusia dari penyembahan kpd makhluk.
Tidak ada lagi Nabi selepas dari Nabi Muhammad saw. Nabi² sebelum dari kedatangan Nabi Muhammad saw memberitahu umatnya akan ada Nabi selepas darinya.


Hadis: tidak ada nabi selepas aku...

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perbandinganku dan Nabi-nabi sebelumku, seperti orang yang membangun sebuah gedung (rumah). Dibuatnya dengan amat baik dan sangat bagus, tapi satu tempat batu bata terluang di sudutnya. Orang banyak mengelilingi rumah itu dan hairan, sambil berkata: "Mengapa tidak dipasang batu bata ini?" Beliau bersabda: "Sayalah batu bata itu dan sayalah penutup Nabi-nabi".
[ Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1532]

Nabi² palsu timbul selepas kewafatan Rasulullah saw.  Termasuk juga ajaran Millah Abraham yg telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
  • Setiap pengikut ajaran Millah Abraham perlu membayar wang untuk bertaubat, menuntut cerai ke atas pasangan yang tidak menyertai gerakan, menggunakan kelas al-Quran dalam talian bagi menarik pengikut baharu -- Sebahagian dari modus operandi dan strategi ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 September 2015.

Hadis: Aku tinggalkan kamu di atas landasan yang terang, tidak ada lagi sesuatu yang kabur 

Agama Islam berpaksikan disiplin ilmu yg jelas. Apa-apa perkara yg kita tidak jelas, maka kita perlu bertanya, pelajari dan selidik, agar kita tidak sesat dari ajaran Islam.

Antara tanda seseorg itu mengikut ajaran Rasulullah saw atau ahli sunnah wal-jamaah adalah, ada dua (2) tanda,. Satu tanda yg telah tiada, dan satu lagi masih ada hingga kini:
  1. Khalifah - namun Khalifah telah tiada lagi selepas dari khalifah terakhir, zaman Uthmaniah yang tumbang pada tahun 1924. Kini yang tinggal adalah negara² kecil Islam dgn pemerintahan kecil di negara² mereka.
  2. Majoriti umat Islam ie ajaran Nabi yang jelas dan terang itu diikuti oleh ramai orang. 
    • Apa yg dibawa/diajarkan oleh Rasulullah itulah jalan yg lurus.
    • Jangan ikut jalan² cabang yg dibawa oleh individu atau organisasi tertentu yg akan memecah-belahkan kita.

Nabi² dan Rasul² adalah manusia ie seorg lelaki yg dilantik oleh Allah, bukannya individu itu sendiri yg mengakui dirinya sebagai seorg nabi, atau mana² individu yg dilantik dikalangan manusia.

Allah melantik malaikat dan manusia terpilih untuk menjadi utusanNya bagi menyebarkan dakwah. Islam dan menEsakan Allah. Dalilnya dlm surah Al-Haj ayat 22:75 (klik sini

{ ٱللَّهُ يَصۡطَفِي مِنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ رُسُلٗا وَمِنَ ٱلنَّاسِۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٞ }
Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Kewajipan kita beriman kpd Nabi dan Rasul adalah beriman kpd 25 org Nabi dn Rasul yg disebutkan dlm Al-Quran.

Anak² para sahabat bertanyakan hal Nabi Muhammad saw, siapa Nabi Muhammad, apa yg dimakan diminum, bagaimana baginda beribadah.
  • Anak² para sahabat pergi ke rumah isteri Rasulullah meminta dimasakkan makanan yg digemari oleh Rasulullah saw.  

Nabi itu:
1. seorg lelaki.
2. dari kalangan manusia -- malaikat itu ada pelbagai rupa. Jika malaikat itu hendak dijadikan nabi, maka Allah akan jadikan malaikat itu manusia lelaki.
3. ada kelebihan dan keistimewaan yg diberikan oleh Allah iaitulah mukjizat.
-mukjizat Nabi Muhammad saw yg paling besar adalah Al-Quran.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Setiap Nabi-Nabi diberikan kepadanya mukjizat-mukjizat menyebabkan manusia beriman (percaya). Tetapi yang diberikan kepada ku hanyalah wahyu (Quran) yang diwahyukan Allah kepada ku dan aku penuh harapan mempunyai pengikut yang lebih banyak di hari kiamat." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1951] 
4. diberikan wahyu oleh Allah, utk menyampaikannya kpd umatnya.


-kekuatan org² Islam adalah Al-Quran. Anak² yg membesar dgn Al-Quran, vocabularynya 4,000 patah perkataan, menjadikan mereka lebih bijak berbanding dgn anak² yg dibesarkan tanpa Al-Quran, yg vocabularynya sekitar 2,000 patah perkataan.

Sambungan kuliah seterusnya hal wahyu.



Catatan kuliah:

Tiga Golongan Manusia

- us Abd Muiez kuliah Maghrib Selasa 29-Nov-2022

3 golongan manusia kata Imam Ghazali

1. Org yg hanyut dgn dunia, lupa tentang mati
  • Ingatannya kpd kematian hanya seketika dan mudah lupa hal kematian. Bagi mereka setiap perkara ada imbalan yg boleh nampak depan mata. Hal pahala dan gandaan pahala serta perkara² ghaib bukan suatu imbalan yg bernilai baginya.
  • Nilai amalan yg dilakukan di dunia akan dpt dilihat sewaktu hendak meninggal dan juga di Padang Mahsyar.

3 perkara yg akan dilihat di saat sakaratul maut:
  1. Malaikat maut, yg akan hadir mengikut amalan sesorg itu
    -- ada jenazah yg ditunjukkan keadaannya spt terkejut, mungkin kerana rasa takut yg teramat.
  2. Malaikat yg menjaga dan mencatat segala amalannya.
    -- jika banyak amalan yg dilakukan, maka malaikat itu akan mengucapkan selamat datang semoga Alllah memerikan kebaikan ke atasnya.
    -- sebaliknya jika bnyak kejahatan yg dilakukan maka malaikat akan mencela org itu sambil mengharapkan Allah memberikan balasan terhadap kemungkaran dan kejahatan yg dilakukan.
  3. Tempat yg akan dituju oleh rohnya selepas kematiannya.
    -- ada org yg sedang nazak tidak memberikan response, mungkin kerana dia telah dibukakan hijab dan mampu melihat malaikat, tempat yg akan dituju selepas dari saat kematiannya.
    -- di saat hampir mati ajarkan org itu mengucap, jika dia minta air, berikan sedikit air minuman. Org yg hampir mati akan berpeluh dahinya dan rasa has.
    -- perkara yg tidak perlu dilakukan apbl menziarahi org yg sedang nazak adalah meminta maaf, memperkenalkan diri, sebaliknya ajarkan dia mengucap, kerana pd waktu nazak itu, syaitan dan iblis berusaha utk memesongkan aqidah.

2. Golongan yang bertaubat
  • Jangan pandang rendah kpd org lain.
    -- doakan org² yg melakukan kemungkaran agar diberikan hidayah agar dia kembali kpd ajaran Islam dan meninggalkan kemungkaran yg dilakukan sebelum itu.
  • Org dlm golongan ke2 ini memohon keampunan dari Allah dgn bersungguh-sungguh secara istiqamah, mendorong sahabat dan org lain utk mentaati perintah Allah, semata-mata mengharapkan keredhoan Allah.
  • Org yg melakukan secara banyak (ekstrem) akan merasa penat dan kecewa, akhirnya akan kembali ke tahap golongan pertama.
  • Amalan itu bergantung kpd diri kita sendiri, tingkatan amalan adalah amalan yg dilakukan secara istiqamah.
  • Solat itu perlu dijaga dan dilakukan, kerana solat tidak boleh digantikan oleh org lain, walaupun dibayar dgn wang dan emas.

3. Golongan yg pandai ("arifin")
  • Pandai kerana sepanjang masa dia meletakkan Allah pada kedudukan paling tinggi, dan melaksanakan segala perintah Allah kerana cinta kpd Allah.
  • Dia redha dlm setiap keadaan, dan menunggu-nunggu utk berjumpa Allah.
  • Huzaifah al-Yamani amat cinta kpd Allah, dia sering bertanyakan kpd Rasulullah saw terhadap perkara² azab kematian dan hari akhirat. Huzaifah adalah sahabat yg diamanahkan oleh baginda Rasulullah saw utk menyimpan senarai org munafik. Selepas kewafatan Rasulullah saw, saidina Umar dtg bertanya semula kpd Huzaifah utk mengetahui jika namanya tersenarai. Begitu juga hika terdapat antara pegawai yg dilantik adalah dlm senarai org munafik. Huzaifah hany memberitahu bhw dlm senarai pegawainya terdapat seorg yg di senaraikan oleh Rasulullah sebagai org munafik. Saidina Umar dgn peneletiannya, memecat seorg munafik dari pegawainya walupun tidak mengetahui siapa orgnya dari Huzaifah.
  • Saidina Umar melantik Huzaifah sebagai gabenor utara Farsi.
  • Sewaktu hampir kematian Huzaifah, dia memohon kpd Allah agar disegerakan kematiannya kerana rindunya utk bertemu Allah.

Kenapa Hati Manusia Mati

- kuliah Suboh Isnin 28-Nov-2022

- Selagi hayat dikandung badan, ada perkara yg perlu diambil iktibar, utk kita membetulkan keadaan.

Hadis: Sesungguhnya Allah menghulurkan tanganNya pada waktu malam utk terima taubat hambaNya.
Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw. katanya: "Allah 'Azza wa Jalla membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2368]

(Sambungan kuliah) Kenapa hati manusia itu mati?

5. Matinya hati sesorang itu kerana amalannya tidak ke arah mendapatkan syurga -- seseorg itu cintakan syurga, akan tetapi amalannya tidak mendorong utk mendapatkan syurga.

Syurga, dalilnya dlm surah At-Tawbah ayat 9:71 dan 9:72
{ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ }

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat 9:72 (klik sini)
{ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ وَرِضۡوَٰنٞ مِّنَ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.


Hadis dari Anas bin Malik yg menceritakan mengenai nikmat syurga,
... tanah syurga sebesar tempat simpan busar panah ianya lebih berharga dari dunia dan isinya...

Dari Anas r.a. bahawa Ummu Haritsah datang kepada Rasulullah saw. sedang Haritsah (suaminya) telah mati dalam perang Badar, kena panah yang tidak diketahui dari mana datangnya.Ummu Haritsah bertanya: "Ya Rasulullah! Tentu anda mengetahui tempat Haritsah dalam hatiku (cinta kepadanya). Oleh sebab itu, kalau ia dalam syurga, saya tidak akan menangisinya. Tetapi kalau tidak, nanti anda akan melihat apa yang akan saya perbuat." Kata Nabi kepadanya: "Benar pendapatmu! Syurga itu bukan satu, melainkan banyak macamnya. Sesungguhnya Haritsah berada dalam syurga Firdaus yang lebih tinggi." Seterusnya beliau bersabda:"Berangkat di waktu pagi atau petang untuk perjuangan fisabilillah lebih baik dari dunia dan seisinya. Busur panah atau tempat meletakkan kaki dalam syurga, lebih baik dari dunia dan seisinya. Kalau seandainya seorang wanita penghuni syurga datang ke bumi, nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang." 

[Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1766]

6. Sesorg itu menyaksikan bhw dia takut akan neraka bahkan dia beriman bhw adanya neraka, akan tetapi dia belum berhenti dari melakukan dosa.

Neraka, dalilnya dlm surah At-Tahrim ayat 6:66 (klik sini)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Neraka disediakan kpd org yg kufur (kafir) dan juga org Islam yg ingkarkan perintah Allah.
Neraka itu bertingkat² ie tahap seksaannya. Hadis yg menyatakan neraka itu bertingkat²:

Dari 'Abbas bin 'Abdul Muthalib r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Adakah bermanfaat kepada Abu Thalib kasih-sayang dan pembelaannya terhadap anda?" Jawab Rasulullah saw., "Ada! Dia berada dalam neraka dengan kedalaman sebatas mata kail. Kalaulah bukan kerana pembelaanku kepadanya, dia berada di tingkat yang paling bawah dalam neraka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0166]


Monday, December 19, 2022

Cinta dan Kasih Sayang

- us Muhamed Sabir Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Dis-2022

Cinta dan Kasih Sayang

Seorang muslim itu kasih saudaranya yang lain
- Hadis: kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman.... [HR Muslim]

Dari Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Ketika perang Khaibar sedang berkecamuk, sekelompok sahabat datang kepada Rasulullah saw. Kata mereka, "Si Fulan syahid. Si Fulan syahid! Ketika mereka melalui mayat seorang laki-laki mereka berkata pula, "Si Fulan syahid." Jawab Rasulullah saw., "Sesungguhnya aku melihatnya berada dalam nereka, memakai pakaian yang dicurinya dari harta rampasan yang belum dibagi." Kemudian Rasulullah bersabda, "Hai, anak Khaththab! Beritahukan kepada orang banyak: "Tidak dapat masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman." Kata Umar, "Aku keluar, lalu ku serukan kepada orang banyak: "Ketahuilah! Sesungguhnya tidak dapat masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0091]

- Rasulullah saw hidup dlm kasih-sayang terhadap siapa jua, termasuk juga kpd kanak². Baginda juga tunjukkan kasih-sayang kpd cucu baginda.
- kestabilan yg berlaku dlm alam ini berpunca dari kasih-sayang Allah terhadap hambaNya.

Jangan berhasad-degki kpd org lain
- tidak sepatutnya org beriman mempunyai hasad dengki terhadap org lain.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki. Jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2191]

Jangan kamu buka aib org lain
- Bila seseorg mencari keaiban, maka dia akan menyebarkan keaiban.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Orang yang menutup aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari kiamat."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2220]

Jangan kamu mengumpat
- Allah beri amaran terhadap 4 sifat mazmumah ini dlm Al-Quran (mencari salah, sebarkan fitnah)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu apa yang dikatakan Ghibah (mengumpat)?" Jawab para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Rasulullah saw., "Ghibah, iaitu mempercakapkan saudara mu tentang hal yang tidak disukainya." Ditanya orang beliau, "Bagaimana kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?" Jawab beliau, "Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, bererti engkau menggumpat. Dan Jika tidak benar, bererti engkau melakukan suatu kebohongan tentang dirinya."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2219]

- punca peperangan adalah akibat dari hilangnya kasih-sayang. Jangan hidupkan kebencian dlm jiwa.

- Hadis: tahukah kamu siapa org yg muflis?
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu apa erti muftis ?" Jawab para sahabat. "Muflis menurut kami ialah orang yang tidak punya wang dan tidak punya harta." Sabda Rasulullah saw., "Muflis dari umat ku akan datang kelak di hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat; dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh orang, dan pernah memukul orang, maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum terbayar lunas kepada orang-orang yang dizaliminya, maka diambil dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian dia di lemparkan ke neraka."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2211]


Sunday, December 18, 2022

Interaksi Nabi Muhammad saw dengan orang bukan Islam

- kuliah Maghrib Ahad 18-Dis-222

Interaksi Nabi Muhammad saw dengan orang bukan Islam

- Hikmah kejadian manusia dlm pelbagai kaum adalah supaya kita saling mengenali. Utk mengenali sesuatu kaum kita perlu berinteraksi sama ada secara lisan atau penulisan. Peggunaan medium seperti internet, TV dan radio adalah contoh medium komunikasi.
- Dlm satu sketsa pembukaan world cup 2022, seorang anak kecil membacakan ayat ke-13 surah Al-Hujrat. Ayat ini menjadi dakwah kepada jutaan penonton yang tidak pernah mengetahui bahawa Allah menyuruh manusia saling mengenali antara satu sama lain.
  • Pemerintah Qatar memberikan perspektif baru kepada non-muslim utk mengenali Islam, kenali Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir.
  • Rata-rata non-muslim tidak diberikan peluang utk mengenali Islam secara langsung oleh pihak kerajaan di negara asal mereka, apatah lagi kecaman dan konspirasi yang disebarkan dlm media internet yang menggambarkan Islam sebagai sebuah ugama yang mempromosikan keganasan. 
- Kerajaan Qatar membenarkan org² bukan Islam utk menziarahi masjid² dan melihat org² Islam menunaikan solat. Ramai antara mereka yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam, sedangkan tujuan utama mereka ke Qatar adalah untuk menonton bola sepak.

- Surah Al-Hujrat ayat 49:13 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ }

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Panduan Al-Quran tentang hubungan dgn non-muslim
- Surah Al-Mumtahanah ayat 60:8 (klik sini)
{ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ }

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

- Allah perintahkan supaya berbuat baik dan adil kpd org² non-muslim selagi mana mereka tidak memerangi Islam.
- dalil: tidak berdakwah dgn nafsu, ie dlm surah Al-Araf ayat 7:203 (klik sini)
{ وَإِذَا لَمۡ تَأۡتِهِم بِـَٔايَةٖ قَالُواْ لَوۡلَا ٱجۡتَبَيۡتَهَاۚ قُلۡ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّ مِن رَّبِّيۚ هَٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمۡ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٞ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ }

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".

- Al-Quran mengandungi petunjuk dan penawar kpd org Islam dan bukan Islam, seperti yang disebutkan oleh Allah dlm ayat ke 44 surah Fussilat.
Surah Fussilat ayat 41:44 (klik sini)
{ وَلَوۡ جَعَلۡنَٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيّٗا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عۡجَمِيّٞ وَعَرَبِيّٞۗ قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدٗى وَشِفَآءٞۚ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ فِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٞ وَهُوَ عَلَيۡهِمۡ عَمًىۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُنَادَوۡنَ مِن مَّكَانِۭ بَعِيدٖ }

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

- Hidayah utk memeluk Islam adalah urusan Allah. Rasulullah saw berdakwah dan mengajak bapa saudaranya ie Abu Talib supaya memeluk Islam, namun dia meninggal dlm keadaan bukan Islam. Allah rakamkan dlm ayat ke 56 surah Al-Qasas.
Surah Al-Qasas ayat 28:56 (klik sini)
{ إِنَّكَ لَا تَهۡدِي مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ }

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

- dlm dakwah Rasulullah saw, baginda menjemput rombongan org² Nasrani ke dlm masjid utk soal-jawab ugama. Semasa sesi ini, terdapat ahli rombongan yg memeluk Islam. Ayat 80 Surah Al-Maedah merakamkan peristiwa ini.
Surah Al-Maedah ayat 5:80 (klik sini)
{ تَرَىٰ كَثِيرٗا مِّنۡهُمۡ يَتَوَلَّوۡنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْۚ لَبِئۡسَ مَا قَدَّمَتۡ لَهُمۡ أَنفُسُهُمۡ أَن سَخِطَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَفِي ٱلۡعَذَابِ هُمۡ خَٰلِدُونَ }

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).

- Rasulullah saw beri penghormatan kpd org² non-muslim. Termasuk juga kpd yg tlh meninggal dunia.

- hadis: sedang Rasulullah duduk di suatu tempat, lalu rombongan yahudi bawa mayat. Rasulullah berdiri memberi hormat kpd mayat rombongan itu.  Apbl ditanya oleh sahabat, jawab baginda, "Bukankah dia juga seorg manusia?".
Dari Abdurrahman bin Abi Laila r.a., katanya: "Ketika Sahal bin Hunaif dan Qais bin Saad sedang duduk-duduk di Qadisiyah, tiba-tiba lalu di hadapan mereka suatu jenazah. Lalu keduanya berdiri. Setelah itu dikatakan orang kepada mereka, bahawa jenazah itu adalah jenazah zimmi (bukan orang Islam). Jawab keduanya, "Nabi saw. pernah pula lalu sebuah jenazah dihadapan beliau, lantas beliau berdiri. Sesudah itu dikatakan orang kepada beliau, bahawa jenazah itu adalah jenazah orang Yahudi." Maka sabda beliau, "Bukankah dia itu manusia juga?" [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0684]


- Allah rakamkan perbuatan baginda itu dlm ayat ke 4 Surah Al-Qalam, ie akhlak baik baginda Rasulullah saw terhadap org kafir, walaupun telah meninggal duia, 

Surah Al-Qalam ayat 68:4 (klik sini)
{ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ }

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

- Jangan mencaci tuhan² org non-muslim, spt yg diperintahkan oleh Allah.
Surah Al-An'am ayat 6:108 (klik sini)
{ وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

- Kemaafan Rasulullah saw kpd org² yg memerangi, memusuhi baginda.
Sewaktu awal dakwah, Bani Thaqif di Taif menolak dakwah yg disampaikan oleh Rasulullah saw. Baginda Rasulullah saw dihina, dibaling batu dan najis oleh kanak² yg diupah oleh pembesar² Taif. Namun baginda mendoakan zuriat bani Thaqif utk memeluk Islam.

Semasa pembukaan Kota Mekah pd tahun ke-8 hijrah, baginda Rasulullah saw memaafkan org² kafir. Maka berbondong-bondong org kafir masuk Islam. Termasuk org² yg sebelum itu memerangi, membenci dan memusuhi Rasulullah dan Islam.

Nota tambahan:
  1. Allah menyeru hambaNya agar sentiasa berdoa. Kita diminta agar mendoakan perkara yang baik sahaja dan kita tidak dibenarkan mendoakan keburukan walaupun kita dianiaya oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan. Kita hanya perlu mendoakan kebaikan terhadapnya dan menyerahkan segalanya kepada Allah sebagai penentu
    -- surah Yunus ayat 10:84 (klik sini)
    Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

  2. Dalam prinsip komunikasi Islam, doa dan bertawakkal juga merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia seharian. Allah juga memerintahkan kepada makhlukNya supaya berdoa kepadaNya. Berdoa yang dimaksudkan bukan hanya apabila ditimpa kesusahan tetapi apabila kita berada dalam kesenangan dan kegembiraan juga hendaklah kita bersyukur terhadap Allah.
    -- Surah Al-Araf ayat 7:55 (klik sini)
    Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

  3. Menurut Al-Quran (Surah Al-An’am, 6:36), (Surah Al-Anfal, 8:21-22) dan (Surah Luqman, 31:7), komunikasi tidak hanya tertumpu pada lisan semata-mata tetapi ia juga melibatkan sejauhmana fokus seseorang yang mendengar komunikasi tersebut. Ini kerana komunikasi yang berkesan mestilah menerusi komunikasi dua hala iaitu pendengar betul-betul memahami apa yang diucapkan oleh penutur.
    -- Surah Al-An'am ayat 6:36 (klik sini)
    Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan.

    -- Surah Al-Anfal ayat 8:21 (klik sini)
    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).

    -- Surah Al-Anfal ayat 8:22 (klik sini)
    Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

    -- Surah Luqman ayat 31:7 (klik sini)
    Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.


Saturday, December 17, 2022

Larangan Berkhianat

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 17-Dis-2022

Bab Amanah: Larangan Berkhianat

Dalil: Surah Al-Anfal ayat 8:27 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

- Amanah mencakupi semua perkara. Amanah harta, ie sebhgn harta yg direzekikan kpd kita ada bhgn utk org lain (mesti dikeluarkan zakat). Nikmat yg diberikan oleh Allah itu juga suatu amanah (kesihatan, kekuatan tubuh badan, ilmu kepandaian)
- Khianat itu apbl pemberian Allah digunakan utk melakukan kemaksiatan kpd Allah.
- Seburuk-buruk kejahatan adalah khianat.
- 2 perkara yg besar di titian sirat adalah amanah dan saturrahim.
a) adapun menyambung silaturrahim itu, Allah akan menetapkan kakinya.

Tanda kedatangan hari Kiamat
- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang berbicara dengan orang banyak (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab dusun menanyakan kepada beliau: Bilakah datangnya saat (kiamat)?"Rasulullah saw. tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang banyak. Kerana sikap Rasulullah saw. yang demikian itu, sementara orang mengatakan Rasulullah mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah saw. selesai berbicara, beliau bertanya, "Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?" Orang itu menyahut, "Saya! Ya, Rasulullah! Rasulullah saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat." Tanya orang itu, "Bagaimanakah cara disia-siakannya amanah?" Jawab Rasulullah saw., "Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat, kehancuran)."
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0049]

a) kualiti solat perlu ditingkatkan, kerana ianya suatu kerugian jika kualiti solat tidak ditingkatkan.

- Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Kami menerima dua buah hadis dari Rasulullah saw., yang satu telah ku lihat kenyataannya, sedangkan yang satu lagi masih ku tunggu-tunggu. Rasulullah saw. bersabda kepada kami, "Sesungguhnya amanah itu bertempat di hati sanubari seseorang. Kemudian Al-Quran turun, lalu mereka belajar dari Al-Quran dan Sunnah. Kemudian Rasulullah saw. bersabda pula tentang hilangnya amanah. Sabda beliau, "Seorang sedang tidur, lalu dicabut amanah dari hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti noktah. Kemudian ia tidur lagi, lalu dicabut pula amanah dari hatinya maka kini tinggallah bekasnya seperti lepuh yang membengkak di tangan atau di kaki yang terkena bara panas, dan lepuh itu mengandung air sedikit. Ketika itu, amanah hampir saja hilang sehingga orang mencarinya ke mana-mana. Ketika dikatakan orang: Di sana ada amanah! Mereka sama berkata: alangkah sabarnya dia; atau alangkah baiknya dia; dan atau alangkah cerdiknya dia. Tetapi yang sebenarnya batin orang itu kosong dari iman. Kata Hudzaifah, "Dahulu, ketika amanah masih dipegang orang erat-erat, aku bisa berdagang dengan siapa pun. Jika dengan orang muslim, ia berlaku jujur kerana agamanya, dan jika dengan orang Nasrani atau dengan orang Yahudi, kejujuran itu pun terdapat pada majikannya. Tetapi sekarang, aku tak hendak berdagang lagi melainkan dengan orang-orang tertentu, seperti si Anu dan si Anu yang masih memegang amanah erat-erat.
[Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0116]

- Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0076]

- org jahil, org jahat disanjung oleh org ramai, bilamana mereka menggunakan teknologi spt media sosial, TV, filem, penulisan di Internet utk mempengaruhi pembaca dan pengikutnya. Maka dia dipandang tinggi dan disanjung.

- Org² ruwaibidhah akan diangkat. Siapa itu org ruwaibidhah? Iaitu seorg lelaki yg berbicara kpd org banyak tetapi dia tiada ilmu

- Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda :

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.
[Riwayat Ibn Majah, kitab al-Fitan, bab zaman yang dahsyat. No. Hadis : 4026. Imam Ahmad, Sahabat yang banyak meriwayatkan hadis, musnad Abu Hurairah. No. Hadis: 7571. Al-Hakim, Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, 5 : 659). Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani RA di dalam Silsilahnya, no. hadis: 1887]

- org jahil, org jahat disanjung oleh org ramai, bilamana mereka menggunakan teknologi spt media sosial, TV, filem, penulisan di Internet utk mempengaruhi pembaca dan pengikutnya. Maka dia dipandang tinggi dan disanjung.