- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 28-Sep-2025
Penggiliran Bermalam Isteri
Hadis berkaitan giliran bermalam bersama isteri yg baru dinikahi utk 7 hari sekiranya isteri barunya itu belum pernah bersuami, dan 3 hari sekiranya isterinya itu seorang janda.
Hadis #1
- Dari Anas r.a. katanya: "Telah menjadi sunnah bahawa kalau seseorang mempunyai isteri janda, lalu ia kahwin dengan seorang gadis, maka ia tetap tinggal dengan isteri mudanya selama tujuh hari, setelah itu bergiliran. Kalau ia mempunyai isteri gadis, lalu ia kahwin pula dengan seorang janda, maka ia tinggal selama tiga hari dengan isterinya yang baru, setelah itu bergiliran." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1609]
Hadis #2
- Dari Abu Bakar bin 'Abdur Rahman r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw baru kahwin dengan Ummu Salamah, beliau tinggal di rumahnya (tiga malam). Ketika beliau hendak pergi ke rumah isterinya yang lain, baju beliau ditarik oleh Ummu Salamah. Lalu sabda beliau, "Jika engkau menghendaki, akan ku tambah malam pengantinmu, dan sudah tentu akan ku perhitungkan. Untuk gadis tujuh malam dan untuk janda tiga malam." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1403]
No comments:
Post a Comment