- us Syed Hussaini kuliah Maghrib Sabtu 8-Nov-2025
Sifat Ithar
Dalil Surah Al-Hasyr ayat 59:9 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡهِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمۡ حَاجَةٗ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
- Definasi:
Sifat ithar dalam Islam bermakna mengutamakan atau mendahulukan kepentingan orang lain di atas kepentingan diri sendiri, terutama dalam hal-hal duniawi, dengan niat ikhlas karena mengharapkan keridhaan Allah SWT. Secara bahasa, ithar (الإيثار) berarti pengorbanan atau keutamaan yang diberikan kepada orang lain meskipun orang tersebut mungkin tidak mampu membalasnya.
- Dalam istilah, ithar merujuk pada tindakan mulia yang dilakukan dengan keyakinan dan mahabbah (cinta yang mendalam) terhadap sesama Muslim, serta kesabaran dalam menghadapi kesulitan demi kebaikan orang lain. Orang yang berithar rela mengorbankan keperluannya sendiri, termasuk dalam keadaan kekurangan, untuk membantu atau mengutamakan orang lain, baik dalam bentuk materi, waktu, maupun perhatian.
Hadis:
- Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar." Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air. Begitulah jawapan mereka masing-masing. Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, ya Rasulullah!" Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan. Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1966]
Kupasan:
1. Rasulullah saw tidak menggunakan kedudukannya sebagai Nabi atau ketua utk memutuskan siapa yg perlu berikan bantuan kpd org yg perlukan bantuan, sebaliknya baginda tanyakan kpd para sahabat yg ingin memuliakan tetamu Rasulullah saw.
2. Rasulullah saw dan isteri² baginda hidup dlm keadaan zuhud. Walaupun sebagai seorg pemerintah, baginda tidak mengumpul kekayaan. Dlm hadis yg lain Aisyah hanya ada kurma dan diberikan kpd fakir yg meminta bantuan makanan.
- Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan miskin datang kepada ku membawa dua orang anak perempuannya. Maka ku beri dia kurma tiga buah. Lalu perempuan itu memberi anaknya masing-masing sebuah. Sedang yang sebuah lagi diangkat ke mulutnya hendak dimakannya sendiri, tetapi diminta oleh kedua anaknya. Maka dibelahnya kurma yang hendak dimakannya itu lalu diberikannya kepada kedua anaknya, seorang sebelah. Aku kagum menyaksikan perempuan itu, lalu ku ceritakan apa yang telah diperbuatnya itu kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mewajibkan syurga baginya, atau Allah Ta'ala membebaskannya dari seksa neraka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2258]
3. Rasulullah saw tahu melalui wahyu apa yg berlaku di rmh lelaki Ansar yg melayani tetamu baginda.
4. Sifat mendahului org lain atas dasar memuliakan tetamu, saudara, atau org lain, adalah suatu sifat mulia.
No comments:
Post a Comment