- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 9-Nov-2025
Tafsir Surah Al- Masad dan Kisah Abu Lahab
Surah Al-Masad (atau Surah Al-Lahab) ini ada keistimewaan tersendiri.
Surah Al-Masad ayat 111:1 (klik sini)
{ تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ }
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Surah Al-Masad ayat 111:2 (klik sini)
{ مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ }
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
Surah Al-Masad ayat 111:3 (klik sini)
{ سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ }
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
Surah Al-Masad ayat 111:4 (klik sini)
{ وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ }
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
Surah Al-Masad ayat 111:5 (klik sini)
{ فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۭ }
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
- Allah rahsiakan nama² tokoh nabi dan org² alim dlm Al-Quran. Begitu juga Allah rahsiakan org² yg kufur ingkar, cuma kejahatan dan kemaksiatan mereka disebutkan sebagai penceritaan yg kita perlu fahami dan ambil iktibar.
- Dlm surah Al-Masad ini nama Abu Lahab yg hidup pada zaman Rasulullah saw.
- Allah abadikan kata² tokoh kafir quraisy dlm Al-Quran, namun tidak sebutkan namanya. Seperti kata² Abu Suffian. Begitu juga kata² dan kisah Abu Jahal.
(i) Kata-kata Abu Sufian kpd org² Islam, "sesungguhnya org ramai sedang berkumpul utk memerangi kamu, maka takutlah kamu". Allah sebut dlm Al-Quran dlm surah Ali-Imran ayat 3:173 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَٰنٗا وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ }
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
(ii) Kisah dan kata² Abu Jahal, yg Allah abadikan dlm Al-Quran surah Al-Alaq ayat 17-18. Jika Abu Jahal memanggil tenteranya utk memerangi Nabi Muhammad, Allah membalas dgn akan menghantarkan malaikat Zabaniyah utk menghancurkan Abu Lahab dan tenteranya.
Surah Al-Alaq ayat 96:17 (klik sini)
{ فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ }
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
Surah Al-Alaq ayat 96:18 (klik sini)
{ سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ }
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
- Pengajaran dari surah ini.
1. Hidayah - Hidayah adalah milik Allah, tiada kaitan dgn keluarga.
Abdullah adalah anak kesayangan Abdul Mutalib, dan kelahiran Rasulullah saw memberikan kegembiraan kpd penduduk Mekah. Abdul Mutalib adalah ketua penduduk Mekah yang dihormati dan dia seorg yg bijak.
Kebijaksanaan Abdul Mutalib dan ketinggian ilmunya.
Org² Abrahah datang dari Yaman, wakil kepada kerajaan Rom. Abrahah memanggil org Mekah semasa mereka mengepung Mekah. Sebelum serangan itu Abrahah mengarahkan tenteranya mencuri unta penduduk Mekah. Setelah tiba di pinggir Mekah, Abrahah membina khemahnya dan panggil ketua penduduk Mekah.
Abdul Mutalib sebagai ketua penduduk Mekah pergi menemui ketua pasukan Abrahah dan dia tanpa rasa hormat kpd Abrahah tanpa menundukkan diri. Abdul Mutalib sering bertanyakan hal unta yang dicuri oleh tentera Abrahah. Ini menjadikan ketua tentera Abrahah bingung kerana kedatangan mereka utk merobohkan Kaabah utk dibinakan satu lagi tempat sembahan selain di Yaman, sebaliknya Abdul Mutalib hanya risaukan hal unta. Jawab Abdul Mutalib, unta² di Mekah yg dicuri itu adalah miliknya, dan dia mengatakan bhw Kaabah itu ada tuhan yg menjaganya sekiranya ada org yg cuba merosakkannya.
Org² Mekah mengharapkan Abdullah yg akan menggantikan Abdul Mutalib yg sudah tua, kerana dia adalah anak yg paling disayangi Abdul Mutalib. Ditakdirkan Abdullah meninggal sewaktu usia muda sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Kelahiran Rasulullah saw dan sewaktu kecil baginda disayangi, dikasihi dan dilindungi oleh Abdul Mutalib. Pada peringkat awal kelahiran Nabi semua bapa saudara ini bergembira, dan paling gembira adalah Abu Lahab.
- Selepas Nabi Muhammad saw dilantik menjadi Rasul, hanya ada 4 org bapa saudara baginda yg masih hidup, iaitu:
- Abu Lahab
- Abu Talib
- Hamzah, dan
- Abbas
4 org ini terpisah kpd 3 kelompok:
- Kelompok pertama, 2 daripada 4 saudara ini masuk Islam ie Hamzah dan Abbas
- Kelompok kedua adalah Abu Talib. Dia bermati-matian mempertahankan Rasulullah, namun dia meninggal dlm keadaan musyrik.
- Rasullah sangat mengasihi Abu Talib, kerana kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan kpd Rasulullah.
- Abu Talib berjaya menarik keluarganya dari Bani Hasyim dan Bani Mutalib yg majoriti belum Islam untuk memberi sokongan dan perlindungan kpd Nabi Muhammad.
- Di dalam hadis disebutkan bhw syafaat yang dapat diberikan oleh Rasulullah kpd Abu Talib berupa pelapik (kaki) yg mana pelapik ini menahan sedikit kepanasan azab api neraka. Namun pelapik itu tidak mampu menahan azab panas api neraka. Walaupun dgn pelapik itu, bakaran api neraka menyebabkan otak Abu Talib menggelegak.
- Kelompok ke3 adalah Abu Lahab. Asalnya sayang kpd Nabi tetapi akhirnya membenci Rasulullah.
Carian hadis:
- Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Sekurang-kurang seksa penduduk neraka ialah seksa yang diderita Abu Thalib. Dia memakai sepasang terompah yang membuat otaknya menggelegak." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0167]
- Maksudnya: Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Wahb bin Jarir memberitahukan kepada kami dari Syu'bah dari Abu Ishaq dari An Nu'man bin Basyir bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan seksa penghuni neraka adalah seorang laki-laki yang di lekuk kedua telapak kakinya ada dua bara di mana otaknya mendidih kerananya". Ini hadis hasan sahih. Dan dalam bab ini ada hadis dari Abu Hurairah, Abbas bin Abdil Muththalib dan Abu Sa'id. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2731]
- Bani Hasyim dan Bani Mutalib dipulaukan selama 3 tahun. Sauatu tempoh kehidupan yg amat perit. Abu Talib terkesan dgn pemulauan ini, dan jatuh sakit. Rasulullah saw datang ziarah dan mengajak Abu Talib utk memeluk Islam. Namun setiap kali baginda mendekati Abu Talib, Abu Lahab akan mengingatkan Abu Talib agar tidak meninggal sembahan nenek moyang mereka sejak sekian lama.
- Allah (sebutkan kpd Nabi Muhammad), bahawa hidayah ini milik Allah.
Surah Al-Qasas ayat 28:56 (klik sini)
{ إِنَّكَ لَا تَهۡدِي مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ }
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
- Org kafir yg paling baik adalah Abu Talib.
- Allah tidak ampunkan dosa org2 musyrik.
- Abu Lahab
Dakwah Rasulullah saw pd tahun² awal bertumpu kpd ahli keluarga spt yg diperintahkan Allah. Dakwah Rasulullah tertumpu kpd keluarga bapanya dan ibunya. Tempoh 3 tahun dakwah, Rasulullah berjaya mengislamkan 57 org.
Dakwah baginda yang dilakukan secara terbuka setelah mendapatkan perlindungan dari bapa saudaranya, Abu Talib. Pada tahun ke2 kenabian, Nabi Muhammad saw naik ke puncak Bukit Shafa dan berseru dengan suara keras memanggil ahli keluarga baginda dari sebelah bapa (Abdullah) dan ibu (Aminah) suku-suku Quraisy satu per satu, seperti Bani Hasyim, Bani Mutalib, Bani Fihr, Bani 'Adi, dan lain-lain, agar mereka berkumpul mendengarkan seruannya.
Beliau kemudian bertanya kepada mereka, "Bagaimana menurut kalian, jika aku beritahukan bahwa ada sekelompok pasukan berkuda di lembah di kaki bukit yang hendak menyerang kalian, apakah kalian mempercayai aku?" Mereka menjawab, "Kami tidak pernah mendapati engkau berdusta dan selalu berkata benar."
Nabi Muhammad saw kemudian memperingatkan mereka akan datangnya azab dan mengajak mereka untuk beriman kepada Allah dan risalah yang beliau bawa. Ini merupakan dakwah terbuka pertama yang disampaikan Nabi kepada kaum Quraisy di Mekah.
Namun, tidak semua merespon dengan baik. Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri, sangat membenci ajakan itu dan mencaci Nabi Muhammad saw, "celakalah engkah wahai Muhammad sepanjang hari ini". Abu Lahab merasa marah karena dakwah Nabi mengancam kepentingan dan kedudukannya di masyarakat Quraisy.
Selepas peristiwa cacian Abu Lahab itu, Allah turunkan ayat surah Al-Masad, mencaci dan mencela Abu Lahab dan isterinya.
Uniknya Abu Lahab ini, dia dan isterinya dicela oleh Allah.
2. Abu Lahab dan isterinya Arwa binti Harb (juga dikenali sebagai Ummu Jamil) dicela oleh Allah. Nama sebenar Abu Lahab adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf.
- Mengapa Allah sebut Abu Lahab dan bukannya Abdul Uzza, kerana Uzza adalah suatu yg diciptakan manusia, dan tiada hamba kpd ciptaan manusia itu.
- Allah gunakan nama Abu Lahab dan kunyah yg selain dari merujuk kpd api neraka yg menyala-nyala, (i) mukanya hodoh (ii) sifat yg buruk.
- Kebiasaan org Arab akan menggunakan nama "Abu" merujuk kpd suatu yg dimuliakan. Jika merujuk kpd bapa, maka Abu dikaitkan dgn anak yg baik.
- Abu Lahad dan isterinya dijanjikan masuk neraka.
- Kisah Ummu Jamil
Ummu Jamil melemparkan duri² di perjalanan Rasulullah saw. Apbl turun ayat ke4 ini yg merujuk kpd perbuatan Ummu Jamil melemparkan duri dan ranting berduri kpd Rasulullah (atau di tempat laluan Rasulullah), Ummur Jamil menjadi sgt marah, dia bawa batu utk memukul Rasulullah. Ketika itu Rasulullah bersama Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mengingatkan Rasulullah bhw kedatangan Ummu Jamil itu dgn niat jahat. Rasulullah berkata biarkan kerana dia tidak akan nampak baginda. Apbl Ummu Jamil tiba dia bertanya kpd Abu Bakar di mana sahabat engkau (Muhammad.) Tanya saidina Abu Bakar apa yg dia nak, kenapa datang ke sini. Abu Bakar tidak langsung sebutkan sama ada Rasulullah ada dekat dengannya atau berbohong mengatakan Rasullah tiada di situ. Ummu Jamil kemudiannya meninggalkan Abu Bakar.
- Ummu Jamil sgt marah kpd anak saudaranya (Nabi Muhammad) dan memanggil baginda dgn gelaran "muzammam", yg bermaksud "yang tercela".
- Kematian Abu Lahab
Allah perkenankan doa Nabi Muhammad saw org² yg memusuhi dan mengganggu dakwah baginda mati. Mereka mati dlm perang Badar, dan mayat mereka dikambus dalam satu lubang. Ini sebagai celaan kpd org2 yg memusuhi Islam dan Nabi Muhammad.
Namun Abu Lahab yg cedera dlm Perang Badar tidak mati dlm medan peperangan sebaliknya mati 7 hari selepas Perang Badar. Abu Lahab mendapat sejenis penyakit dan dikatakan penyakit berjangkit. Keadaan mayatnya sgt busuk dan anak² serta org tidak mahu menguruskan mayatnya kerana takut penyakit berjangkit. Selepas 3 hari, mayat Abu Lahab berbau sgt busuk. Akhirnya, anak2nya mengupah org utk uruskan mayat Abu Lahab. Mereka menolak dan golekkan mayat Abu Lahab dgn kayu hingga ke lubang kubur. Setelah dimasukkan dlm lubang kubur, mayatnya dikambus.
Kesudahan org yg memusuhi Allah, mereka tidak selamat dari bakaran api neraka, seperti janji Allah. Celaan Allah kpd Abu Lahab diulang² oleh org2 Islam setiap ketika dan dlm solat hingga hari Kiamat.
- Janji Allah
- Janji Allah itu benar, org2 kafir akan dibalas dgn siksaan api neraka. Di dunia mereka akan dikalahkan dan diakhiran mereka diazab dlm neraka Jahannam.
Surah Ali-Imran ayat 3:12 (klik sini)
{ قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ سَتُغۡلَبُونَ وَتُحۡشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ }
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".
No comments:
Post a Comment