Saturday, November 15, 2025

Tafsir Surah Al-Haqqah Ayat 69:13 hingga 20

- us Mohd Zamri kuliah Maghrib Sabtu 15-Nov-2025

Tafsir Surah Al-Haqqah Ayat 69:13 hingga 20

Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila Allah Ta'ala mengasihi seseorang hamba, maka dipanggil-Nya Jibril seraya berfirman: "Hai, Jibril! Sesungguhnya Aku mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia." Lalu Jibril mengasihi orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia oleh, kalian semuanya!" Lalu penduduk langit mengasihi orang itu. Kemudian cinta kasih itu sampai kepada penduduk bumi. Dan apabila Allah Ta'ala membenci seseorang hamba, maka dipanggil-Nya Jibril seraya berfirman : "Hai, Jibril! Aku benci kepada si Fulan. Maka benci pulalah kepadanya!" Lalu Jibril membenci orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci si Fulan. Maka benci pulalah kamu semua kepadanya." Kata Nabi saW., "Lalu penduduk langit membenci orang itu, sehingga penduduk bumi membencinya pula." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2265]
- Surah Al-Haqqah ayat 69:13 (klik sini)
{ فَإِذَا نُفِخَ فِي ٱلصُّورِ نَفۡخَةٞ وَٰحِدَةٞ }

Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -

- Menurut Ibnu Kathir, ayat ini menggambarkan saat di mana sangkakala ditiup dengan sekali tiupan oleh Malaikat Israfil yang menandakan permulaan hari Kiamat. Tiupan pertama ini menyebabkan semua makhluk yang berada di langit dan bumi menjadi pingsan atau tidak sedar, dan kemudian terjadi kehancuran dan goncangan dahsyat di bumi dan langit. Ibnu Kathir turut menyebut bahawa tiupan ini adalah tiupan yang pertama, diikuti dengan tiupan kedua yang menyebabkan kebangkitan makhluk dari kubur untuk dihisab oleh Allah.

Surah Al-Haqqah ayat 69:14 (klik sini)
{ وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةٗ وَٰحِدَةٗ }

Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -

Surah Al-Haqqah ayat 69:15 (klik sini)
{ فَيَوۡمَئِذٖ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ }

Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -


Surah Al-Haqqah ayat 69:16 (klik sini)
{ وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِيَ يَوۡمَئِذٖ وَاهِيَةٞ }

Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),

Surah Al-Haqqah ayat 69:17 (klik sini)
{ وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآئِهَاۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَئِذٖ ثَمَٰنِيَةٞ }

Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

- Ibnu Kathir menerangkan bahawa ayat ini menggambarkan keadaan pada Hari Kiamat di mana malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit dan mereka yang memikul Arsy Allah adalah lapan malaikat yang agung. Kedudukan malaikat ini menandakan kebesaran dan kemuliaan Allah serta betapa agungnya peristiwa hari pembalasan itu.

Surah Al-Haqqah ayat 69:18 (klik sini)
{ يَوۡمَئِذٖ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٞ }

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.

Surah Al-Haqqah ayat 69:19 (klik sini)
{ فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ }

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

Surah Al-Haqqah ayat 69:20 (klik sini)
{ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ }

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

No comments: