Saturday, November 15, 2025

Tawaduk

- us Azhar Bin Tuarno kuliah Suboh Sabtu 15-Nov-2025

Bab Tawaduk

Barangsiapa merendahkan diri kpd Allah dgn kekusyukan maka Allah akan tinggikan darjatnya. Org yg zalim dgn kesombongan maka Allah merendahkan darjatnya.
  • Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2218]

Definasi Tawaduk
  • Tafsir Ibnu Kathir: maksud tawaduk (rendah diri) adalah sikap merendah dan tidak sombong, mengenali kekurangan diri dan tidak meninggikan diri di hadapan Allah dan manusia. 
Tawaduk ialah sikap yang sangat disukai Allah dan merupakan amalan para nabi dan orang soleh, yang menampakkan kesedaran akan kebesaran Allah serta kelemahan diri manusia. Dalam tafsir ini, tawaduk merupakan sikap yang bertentangan dengan kesombongan (takabbur) yang dibenci Allah. Orang yang tawaduk mengakui keagungan Allah dan menjauhkan diri dari rasa bangga diri yang boleh membawa kepada kezaliman dan kemungkaran.

  • Menurut Tafsir Ibnu Kathir maksudnya adalah sikap rendah diri yang penuh kesedaran dan penghormatan kepada Allah, yang tercermin dalam perbuatan dan akhlak seseorang tanpa rasa sombong atau angkuh.

- Imam Al-Qurtubi mengupas bahawa tawaduk ialah tanda kesedaran insan terhadap kebesaran Allah dan pengakuan kelemahan diri sendiri. Ia mengandungi pengertian tidak memandang diri lebih tinggi dari orang lain dan menempatkan diri secara seimbang, penuh hormat dan rendah hati, terutamanya dalam hubungan dengan Allah dan dalam urusan kehidupan seharian.

- Kita merendahkan dirinya, dari org lebih rendah taraf/darjat. Jangan merasa hasad (dengki/cemburu) kpd org yg lebih kedudukannya.
- Umat Nabi Muhammad saw diuji dgn harta (dunia).

Sedikit manusia yg bersyukur kpd Allah. Dalilnya dlm surah Saba' ayat 34:13 (klik sini)
{ يَعۡمَلُونَ لَهُۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَٰرِيبَ وَتَمَٰثِيلَ وَجِفَانٖ كَٱلۡجَوَابِ وَقُدُورٖ رَّاسِيَٰتٍۚ ٱعۡمَلُوٓاْ ءَالَ دَاوُۥدَ شُكۡرٗاۚ وَقَلِيلٞ مِّنۡ عِبَادِيَ ٱلشَّكُورُ }

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

- Kisah saidina Umar Al-Khattab dgn pemuda yg berdoa utk dimasukkan dlm golongan sedikit
Seorang pemuda yang sering berdoa di Baitullah ketika saidina Umar melakukan tawaf. "Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang sedikit." Doa itu kedengaran pelik sehingga saidina Umar bertanya kepadanya mengapa berdoa sedemikian rupa dan adakah tidak ada permintaan lain. Pemuda itu menjelaskan bahawa dia takut dengan firman Allah dalam Al-Quran yang menyebut bahawa sesungguhnya Allah telah menempatkan manusia di muka bumi dengan pelbagai jalan penghidupan, tetapi sedikit sekali yang bersyukur. Maka, pemuda itu memohon agar dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang benar-benar bersyukur kepada Allah.

- Berpada dlm bab cinta/suka kpd seseorg
  • Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Suwaid bin Amr Al-Kalbi menceritakan kepada kami dari Hammad bin Salamah dari Ayyub dari Muhammd bin Sirrin dari Abu Hurairah akan menyangka dia meriwayatkan secara marfu' dia berkata: "Cintailah kekasih mu dengan cinta yang sederhana barangkali kekasih mu berubah menjadi orang yang kamu benci pada suatu hari. Bencilah orang yang kamu benci dengan sederhana saja, barangkali orang yang kamu benci berubah menjadi kekasih mu pada suatu hari". Hadis ini adalah gharib. Kami tidak mengetahuinya dengan sanad ini melainkan dari segi ini. Hadis ini juga diriwayatkan dari Ayyub dengan sanad selain ini, diriwayatkan oleh AI-Hasan bin Abi Jaafar. Ia hadis daif juga dengan sanad Ayyub dari Ali dari Rasulullah saw. Yang sahih adalah hadis dari Ali secara mauquf. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2065]
- Orang yang sombong tempatnya di neraka
Muhammad Al-Mutsanna dan Abdullah bin Abdur Rahman ceritakan kepada kami, Syukbah menceritakan kepada kami dari Aban bin Taghlib dari Fudhail bin Amr dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdillah dari Rasulullah saw. bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari kesombongan dan tidak masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom dari iman", Rawi berkata: "Lalu seorang berkata: "Sesungguhnya mengagumkan diri ku bahawa perkataan ku bagus dan sandal ku bagus", Beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah itu senang kepada sesuatu yang bagus, tetapi kesombongan adalah orang yang menolak kebenaran dan menghina manusia." Hadis ini adalah hasan sahih gharib. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2067]


Nota Kuliah Terdahulu:
  • Tawaduk, us Azhar Bin Tuarno, 17-Mei-2025 (klik sini)

  • Sifat Tawaduk, us Dr Fauzi Asmuni, 13-Okt-2019 (klik sini)

No comments: