Sunday, October 18, 2015

Dosa Besar ke-15 Orang yang Lari dari Medan Perang

- us Syairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 18-Okt-2015

Orang yang Lari dari Medan Perang

-Hanya org yg benar-benar iman sahaja yg mengimarahkan rumah-rumah Allah.
-Salah satu dari Raudah adalah dlm majlis2 ilmu. Raudhah juga didapati di Masjid Nabawi di Madinah.
- Perbanyakan doa dan zikir semasa dlm Raudah, utk mendapatkan kasih-sayang Allah kpd kita. Apbl Allah mencintai hambaNya, maka Dia memberitahu kpd Jibrail yg Dia mencintai hambaNya itu. Jibrail kemudiannya memanggil malaikat2 lain dan memberitahu org yg dicintai oleh Allah.
-Dgn amalan kita menghadiri majlis2 ilmu, kita berharap Allah terima amalan kita dan mencintai kita.

Dosa Besar ke-15 Orang yang Lari dari Medan Perang
- Kadar yg ditetapkan adalah tidak lebih dari 2 kali ganda bilangan tentera muslim.
- Sekiranya pasukan tentera musuh kurang atau 2 kali ganda dari pasukan tentera Islam, maka kita perlu berhadapan dengan kumpulan musuh tersebut. Jika berundur (lari dari medan perang) maka berdosa hukumnya.
- Sekiranya bilangan musuh melebihi 2 kali ganda pasukan tentera muslim maka tidak berdosa (besar) pasukan tentera Islam itu berundur, dgn tujuan utk menyusun strategi baru spt utk bergabung dgn pasukan tentera lain.

- Kes aqidah semasa:
(1) apbl ditanya kpd kita apa yg dilakukan oleh bangsa lain tentang amalan sembahan mereka,maka kita mesti katakan mereka tidak menyembah Allah, sebaliknya menyembah lain dr Allah. Tidak boleh dikatakan mereka melakukan sembahyang kpd tuhan mereka.

(2) kajian terhadap pelajar semesta 3 (kira2 22 thn) di sebuah pusat pengajian, didapati hampir 40% mengakui agama lain sama seperti agama Islam.

(3) hadis Nabi: akhir zaman nanti akan muncul satu golongan yg menggunakan nendera hitam yg menyeleweng dari Islam, namun menggunakan nama2 tertentu utk menyesatkan, menimbulkan fitnah terhadap Islam. Rasulullah berpesan, sekiranya muncul kumpulan ini, maka tetaplah kamu di negeri kamu (iaitu jangan mengikuti kumpulan itu).
- Kini kumpulan yg menggunakan panji/bendera hitam ini adalah ISIS.

3 perkara yg kita mohon dijauhkan, iaitu:
(1)- Dikurniakan seseorg itu ilmu, namun diperlekehkan para ulamak dan dia jauh dari para ulamak.

(2)- Dikurniakan seseorg itu kawan2 yg soleh dan solehah, namun terhalang dia akan mwngetahui kebenaran.

(3)- Direzekikan kepd seseorg dgn rezeki yg lebih,namun terhalang dia dari melakukan keikhlasan.

Saturday, October 3, 2015

Takut bahaya bukannya takut kepada Allah

- us Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 3-Okt-2015

Org-org yg beriman itu gementar hatinya apabila disebut nama Allah.

Setiap org yg beriman dituntut utk rasa takut kpd Allah sebagai pendinding kpd melakukan maksiat terhadap Allah.
- Org tasauf membayangkan rasa takut utk melakukan maksiat itu umpama takutkan diri kita yg hendak dicampakkan dlm api yg marak,  sedang tangan dan kaki telah diikat. (dlm keadaan terikat tangan dan kaki, maka tiada lagi peluang utk melarikan diri dari dicampakkan dlm api tsbt, maka takut semasa itulah dijadikan batasan utk melakukan maksiat).

Takut kpd bahaya bukannya takut kpd Allah. Contohnya:
(i) oleh kerana telah disahkan oleh doktor bahawa jika diteruskan minum arak, maka akan menyebabkan jantung rosak dan membawa kpd kematian; dia mengatakan kpd org takut utk minum arak kerana takutkan dosa kpd Allah.

(ii) Seorg peniaga yg ditimpa kerugian mengatakan dia takut melakukan dosa kpd Allah sekiranya berniaga dgn meninggalkan solat. Sebenarnya, semasa diuji dgn kekayaan dan kemewahan perniagaan,dia tidak melakukan solat, malah menganggap suatu kerugian masa bila meninggalkan perniagaan utk menunaikan solat.

Bersihkan hati kita dgn mengujudkan rasa takut (rasa khaf) kpd Allah.
- Org yg bongkak dgn Allah,  akan mengatakan dirinya perlu lakukan kemaksiatan kerana Allah pasti memaafkan kesilapan yg dilakukan.

- Jaga hati kita jangan sampai kita tidak rasa apa2 (rasa takut kpd Allah)  bila malakukan maksiat.