Saturday, September 30, 2017

Doakan ibu bapa

- us Mohd Fadzly kuliah Suboh Sabtu 30-Sep-2017

Surah Al-Israk Ayat 17:23 (ms 284)

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

- perkataan "Ihsan" kpd ibu bapa itu melangkauwi dr hanya berbuat baik, termasuklah:
a) menghubungi ibu bapa, bertanya khabar
b) ziarah atau jengok (pulang ke kampung) sama ada sendirian atau bersama isteri dan anak2.
c) memberikan wang belanja.
- jadikan suatu rutin dgn suatu jumlah yg kita tetapkan, agar ianya menjadi kebiasaan yg kita rasa bersalah bila tidak melakukannya.

- apbl ibu bapa menjangkau usia tua, maka masa itu bermula ujian utk anak2 berjihad menjaga hati ibu bapa agar tidak merasa kecil hati.
a) apbl ibu bapa sudah tua, perasaan atau hati merekalah yg sukar dijaga.
b) berkata "ah" itu yg paling ringan tahapnya, apatah lagi jika memukul atau menghina ibu bapa.

- rendahkan diri kpd ibu bapa
a) rendahkan diri itu dgn perasaan kasih sayang, dan dgn rasa ikhlas.

- doakan kpd ibu bapa "Ya Allah, kesihanilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihaniku semasa kecil"
a) kita mohonkan belas kasihan dr Allah utk menjaga ibu bapa kita walaupun masa masa tuanya kita rasa ibu bapa tidak sayang kpd kita.
b) kita berdoa dgn penuh rasa sayang kpd ibu bapa, dan mengharapkan rahmat Allah.
c) doakan kedua ibu bapa walau mereka telah meninggal.

Surah Al-Luqman Ayat 13:14 (ms 412)

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

a) seorg ibu mengalami kesusahan dan kepayahan semasa mengandungkan anaknya. Begitu juga kesakitan ketika melahirkan, dan kepayahan semasa membesarkan seorg anak.

Surah Al-Israk Ayat 17:25 (ms 284)

رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

a) jika kamu terlepas juga mengatakan "ah" kpd ibu bapa, maka sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada dlm hati kita. Adakah ianya sengaja atau tidak sengaja.

- 4 perkara yg boleh dilakukan oleh seorg anak apbl ibu bapanya telah meninggal
1) solatkan jenazah mereka
2) mendoakan mereka
3) melunaskan hutang mereka
4) merapatkan silaturrahim dgn org yg ibu bapa kita kenal

-kisah Uwais
a) sewaktu tawaf di Kaabah (sambil mendukung ibunya) dia berkumat-kamit berdoa kpd Allah memohon keampunan ibunya dan memohon dimasukkan ibunya dlm syurga.
b) apbl pulang ke Yaman, ibunya bertanya apa yg dibacakan sewaktu tawaf. Jawab Uwais dia hanya mendoakan keampunan ibunya dan dimasukkan ibunya dlm syurga.

Ibunya bertanya kenapa tak mohon ampun utk dirinya dan dimasukkan ke syurga juga. Jawab Uwais dia mohon redho ibunya. Apbl ibu telah masuk syurga dan redho dgn perbuatannya menjaga ibunya, masa Insyaallah dia akan dpt masuk syurga.

Monday, September 11, 2017

Jangan berbangga dgn kejayaan anak

- us Harif kuliah Maghrib Isnin 11-Sep-2017
Mengharapkan keampunan dan kebaikan dr Allah tetapi malas utk beramal

Hati-hati dgn kejayaan anak, kerana itu adalah ujian Allah ke atas kita.
- jangan kerana kejayaan anak maka ibu bapa menjadi riak (berbangga-bangga dgn kejayaan anaknya), menyebabkan Allah tarik nikmat kejayaan anaknya (eg dlm peperiksaan seterusnya).

- org yg riak dijadikan oleh syaitan sebagai perkara yg kecil. Menjadikan org itu rasa perbuatannya (berlaku riak) bukannya riak. Disebutkan oleh Allah dlm surah Qaf, bhw org itu akan menyesal kerana perbuatan itu, dan menyalahkan syaitan kerana menipunya sewaktu hidup.

- Surah Qaf Ayat 50:27

قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَٰكِنْ كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".

- ilmu tidak masuk ke dlm hati org yg melakukan maksiat. Kita takut Allah tidak tegur kita (dgn ujian) dgn kesalahan/kemaksiatan yg kita lakukan.

- bersangka baiklah dgn org lain, jangan berprasangka kerana khuatir Allah sekat nikmat kpd kita.

- syaitan itu musuh kita yg jelas. Syaitan suka kita lakukan perkara yg Allah murka. Syaitan tidak suka jika kita lakukan perkara yg Allah suka.

- kenapa musuh Islam hari ini tidak takut

- Tanda2 Allah murka/benci kpd kita:
1. Allah beri kita ilmu tetapi kita tidak dpt beramal dgn ilmu itu.
2. Kita beramal tetapi tidak ikhlas.
3. Allah izinkan kita berkawan dgn org soleh, tetapi kita tidak dptengambil menafaat drnya.

- panggilan Sheik utk 3 keadaan:
1. Merujuk kpd seorg yg kaya,
2. Seorg yg berilmu, atau
3. Seorg yg tua.

- jangan jadikan diri kita kesian pd org bukan kerana kita kenal dia.

- beramal dgn istighfar, kerana istigfar menghapuskan dosa, dan Allah akan kabulkan hajat kita. a

Friday, September 8, 2017

Sirah Talhah bin Ubaidillah

- us Kuliah Maghrib Ahad 20-Ogo-2017

Sirah Talhah bin Ubaidillah

- salah seorg dr 10 org sahabat Nabi yg tlh dijanjikan (dari wahyu Allah) syurga, antara org yg awal memeluk Islam.

- seorg Quraisy, lahir 25 thn selepas Rasulullah diputerakan (juga disebutkan sebagai 28 thn sebelum Hijrah).

- dia membesar sebagai seorg peniaga, hingga dia mengembangkan perniagaan ke Busra (Busra adalah tempat dimana Rasulullah bersama Abdul Mutalib bertemu dgn rahib yg menasihatkan Abdul Mutalib utk membawa Nabi Muhammad pulang kerana dia mengenali kelebihan yg ada pd Nabi Muhammad).

- penduduk  Mekah dikenali sebagai Al-Haram (ie org yg berasal dr Mekah). Seorg rahib yg mendengar ada peniaga dr Al-Haram yg baru tiba. Rahib itu bertanya kpd Talhah adakah seorg yg bernama Ahmad bin Abdullah bin Abdul Mutalib? Pd ketika itu Nabi Muhammad masih belum dilantik menjadi Rasul. Rahib itu menceritakan watak Rasulullah dan kebaikan yg dibawanya.

- apbl Talhah kembali le Mekah dia bertanya kpd sahabat peniaganya ie Abu Bakar As-Siddiq, adakah cerita yg didengarnya ketika di Mekah berkenaan Ahmad itu benar. Abu Bakar mengiyakan kata2 rahib di Busra, dan apbl diajak oleh Abu Bakar utk bertemu Rasulullah utk memeluk Islam.

- Talhah kemudiannya bersetuju bertemu Rasulullah dan akhirnya memeluk Islam.

- apbl tlh memeluk Islam, Talhah juga menerima ancaman dan gangguan dr golongan kufar.

- semasa Rasulullah berhijrah, baginda tlh bertemu Talhah. Talhah tlh memberikan sepasang persalinam kpd Rasulullah dan Abu Bakar.

- dlm perang Badar, Talhah tidak ikut berperang. 313 org Islam yg turut dlm perang Badar pd awalnya utk merampas kembali harta rombongan Quraisy yg mana ketika mereka berhijrah (ke Madinah) mereka berhijrah sehelai sepinggang (tidak dibenarkan oleh kafir Quraisy utk membawa bersama sebarang harta).

- Talhah ditugaskan oleh baginda Rasulullah utk mengintai laluan rombongan peniaga Quraisy yg diketuai oleh Abu Sufian. Abu Sufian dpt mengetahui yg rombongannya akan disekat oleh pasukan Rasulullah, dan menyiapkan tenteranya. Pd ketika itu Talhah dlm perjalanan ke Madinah dan tidak sempat utk menyampaikan berita persediaan Abu Sufian utk berperang.

- apbl sampai di Madinah, pasukan Islam tlh memenangi perang Badar, dan ketika itu proses pembahagian harta rampasan perang. Diriwayatkan Rasulullah memberikan juga harta rampasan perang kpd Talhah kerana sumbangannya menyalurkan maklumat laluan pedagang Quraisy.

- Talhah menyertai perang Uhud dimana tentera Islam adalah pd nisbah 1:3 (1,000 vs 3,000). Pd awalnya strategi Rasulullah adalah utk berkubu ie berperang di dlm. Namun atas cadangan dan semangat pemuda2 utk menyerang, maka Rasulullah pun menyarung baju besi baginda utk menukar strategi kpd menyerang.

- dr 9 org yg tinggal bersama Rasulullah, 2 org adalah Ansar ie Talhah dan Saad. Apbl Rasulullah terjatuh, baginda tidak dpt bangun dan ketika itu Talhah membantu baginda dan menangkis serangan tentera Quraisy.

- selepas tentera memanah menyangka tentera Quraisy tlh tewas, mereka mengingkari arahan Rasulullah utk tidak meninggalkan kawasan atas bukit di kedudukan mereka walau apa pun terjadi. Oleh kerana ternampakkan harta perang yg ditinggalkan oleh tentera quraisy, pasukan memanah tlh menuruni bukit utk mengambil harta yg ditinggalkan. Pd ketika itu tentera quraisy tlh menyerang mereka.

- dlm perang Uhud itu Talhah cedera teruk, dikatakan 73 kesan peperangan pd badannya. Namun beliau tidak meninggal dlm peperangan.