Saturday, September 30, 2017

Doakan ibu bapa

- us Mohd Fadzly kuliah Suboh Sabtu 30-Sep-2017

Surah Al-Israk Ayat 17:23 (ms 284)

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

- perkataan "Ihsan" kpd ibu bapa itu melangkauwi dr hanya berbuat baik, termasuklah:
a) menghubungi ibu bapa, bertanya khabar
b) ziarah atau jengok (pulang ke kampung) sama ada sendirian atau bersama isteri dan anak2.
c) memberikan wang belanja.
- jadikan suatu rutin dgn suatu jumlah yg kita tetapkan, agar ianya menjadi kebiasaan yg kita rasa bersalah bila tidak melakukannya.

- apbl ibu bapa menjangkau usia tua, maka masa itu bermula ujian utk anak2 berjihad menjaga hati ibu bapa agar tidak merasa kecil hati.
a) apbl ibu bapa sudah tua, perasaan atau hati merekalah yg sukar dijaga.
b) berkata "ah" itu yg paling ringan tahapnya, apatah lagi jika memukul atau menghina ibu bapa.

- rendahkan diri kpd ibu bapa
a) rendahkan diri itu dgn perasaan kasih sayang, dan dgn rasa ikhlas.

- doakan kpd ibu bapa "Ya Allah, kesihanilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihaniku semasa kecil"
a) kita mohonkan belas kasihan dr Allah utk menjaga ibu bapa kita walaupun masa masa tuanya kita rasa ibu bapa tidak sayang kpd kita.
b) kita berdoa dgn penuh rasa sayang kpd ibu bapa, dan mengharapkan rahmat Allah.
c) doakan kedua ibu bapa walau mereka telah meninggal.

Surah Al-Luqman Ayat 13:14 (ms 412)

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

a) seorg ibu mengalami kesusahan dan kepayahan semasa mengandungkan anaknya. Begitu juga kesakitan ketika melahirkan, dan kepayahan semasa membesarkan seorg anak.

Surah Al-Israk Ayat 17:25 (ms 284)

رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ إِنْ تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

a) jika kamu terlepas juga mengatakan "ah" kpd ibu bapa, maka sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada dlm hati kita. Adakah ianya sengaja atau tidak sengaja.

- 4 perkara yg boleh dilakukan oleh seorg anak apbl ibu bapanya telah meninggal
1) solatkan jenazah mereka
2) mendoakan mereka
3) melunaskan hutang mereka
4) merapatkan silaturrahim dgn org yg ibu bapa kita kenal

-kisah Uwais
a) sewaktu tawaf di Kaabah (sambil mendukung ibunya) dia berkumat-kamit berdoa kpd Allah memohon keampunan ibunya dan memohon dimasukkan ibunya dlm syurga.
b) apbl pulang ke Yaman, ibunya bertanya apa yg dibacakan sewaktu tawaf. Jawab Uwais dia hanya mendoakan keampunan ibunya dan dimasukkan ibunya dlm syurga.

Ibunya bertanya kenapa tak mohon ampun utk dirinya dan dimasukkan ke syurga juga. Jawab Uwais dia mohon redho ibunya. Apbl ibu telah masuk syurga dan redho dgn perbuatannya menjaga ibunya, masa Insyaallah dia akan dpt masuk syurga.

No comments: