Sunday, November 11, 2018

4 Perkara Perlu Dipohon dari Allah

- us Muhammad Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib Ahad 11-Nov-2018

- Dari hadis yg dituliskan dlm kitab Riyadus Solihin, dlm tajuk takwa, 4 perkara yg Rasulullah mohon kpd Allah (ie perkara yg akan membantu di akhirat)
1. Hidayah
2. Takwa
3. Kesucian diri
4  Kecukupan

4 perkara ini boleh menjadikan manusia selamat di akhirat.

#1 Hidayah
- suatu ilmu atau petunjuk.
- utk mendpt ketakwaan, seseorg perlukan hidayah. Jadi pohonlah hidayah, ilmu, petunjuk, pengetahuan.
- hidayah adalah milik mutlak Allah.
- seorg muslim perlu menyerahkan dirinya secara mutlak kpd Allah. Akal manusia terbatas utk memikirkan logik wahyu, atau suruhan dan larangan yg ditetapkan Allah. Begitu juga logik akal tidak dpt membezakan jual-beli dgn riba.
- apbl kita mendapat petunjuk yg betul, maka kita beramal dgnnya, maka timbul ketakwaan.

#2 Takwa
- Rasulullah sendiri mohon takwa.
- seseorg yg ingin mendptkan takwa, dia perlu berhati-hati dlm kehidupan dunia.
- berfikir sebelum melakukan sesuatu dgn pertimbangan sama ada mematuhi auruhan Allah atau melanggar perintah Allah, maka itu dimaksudkan dengan takwa.
- melakukan perkara-perkara dosa kecil akan menghakis takwa. Syaitan akan terus menggoda manusia agar tenggelam dgn dosa kecil, dosa² yg harus (spt menonton tv keterlaluan hingga melewatkan solat).
- takwa membantu kita memberi keutamaan (priority) dlm melakukan amal.
- takwa menuntut kita utk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.

#3 Kesucian Diri
- Rasulullah mengajar kita utk menjaga maruah berdasarkan kpd kesucian diri.
- Khalifah Umar Abdul Aziz, amat menjaga dirinya bhw dr fitnah harta. Pd zaman pemerintahan beliau, ekonomi Islam amat kukuh, baitulmal mempunyai baki yg banyak walau setelah diagihkan kpd asnaf. Beliau meninggal dgn meninggalkan sebuah peti. Apbl didakwa oleh oleh org bhw Umar ada menyimpan harta, maka setelah dibuka peti, maka terkejut org ramai kerana yg ditemui adalah baju yg lusuh dan seutas rantai. Apbl ditanya kpd isteri Umar Abdul Aziz, dia menyatakan bhw jubah yg lusuh itulah yg dipakai ketika solat malam, dan rantai itu diikatkan dikaki, sebagai mengingatkan dirinya bhw dia adalah seorg hamba Allah walaupun memegang jawatan khalifah.

#4 Kecukupan
- sifat org kaya adalah dia mempunyai kecukupan, dgn iti dia tidak meminta-minta.
- hadis: sesiapa yg bangun pagi dgn (1) rahsianya dijaga/ditutup, (2) dlm keadaan sihat, (3) ada makanan sepanjang jarinya, maka seolah-olah dia memiliki seluruh alam.
- apbl usia meningkat, kita hanya perkara yg minimum, spt tidur yg nyenyak.
- Rasulullah ajarkan kita utk melakukan amalan berusaha/bekerja hingga boleh mengeluarkan zakat.
- rasa cukup menghalang seseorg merasa tamak, iri hati.
- sesungguhnya manusia akan melakukan perlampauan, kerana dlm dirinya tiada rasa kecukupan.