Monday, January 31, 2022

Bersegera Melakukan Amal Soleh Hingga Mendapat Keampunan Allah

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 14-Nov-2021

- Manusia itu makhluk yg lalai.

- perkataan insan dtg dari perkataan dasar "nasia" ie lupa.

- Allah terima taubat hambaNya. Meminta ampun adalah budaya kehidupan manusia. Allah boleh ampunkan dosa dgn beberapa amalan spt mengambil wuduk. Juga amalan lazim:
a) solat 5 waktu yg mengampun dosa-dosa dicelah/di antara dua solat. 
b) solat Jumaat, di antara dua solat Jumaat,
c) umrah, di antara dua umrah. 
d) haji, di antara dua haji.
e) amal kebaikan, turutilah amal kebaikan setelah lakukan kemungkaran. 

- kelalaian akan diampunkan selagi mana tidak melakukan dosa besar, seperti:
a) Syirik 
b) Minum arak
c) Lari dari medan perang
... 

- seseorg yg terus-menerus melakukan dosa kecil, akan menjerumuskan dirinya atau membawanya kpd dosa besar. 

- "lamam" ie dosa kecil boleh diampunkan oleh Allah bila seseorg meneruskan/melazimkan amalan2 ugama. Bersegeralah kamu dlm melakukan amalan. 

- Surah Al-Hadid Ayat 57: 21 (klik sini utk paparan ayat)

 سَابِقُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا كَعَرۡضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أُعِدَّتۡ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ


Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.


- Matlamat hidup seorg muslim adalah syurga. 

- Surah Ali-Imran Ayat 3:133 (klik sini utk paparan ayat)

۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

- Allah suruh manusia bersegera dlm membina rumah di syurga. Adab dlm berdoa adalah memohon syurga Firdaus yg kedudukannya paling tertinggi. 
Syurga Firdaus adalah syurga paling tinggi, yg padanya mengalir air yg mengalir ke syurga-syurga yg lain. 

- para sahabat berlumba-lumba utk beramal/mendapatkan syurga. 

- Minda akhirat ie mencari keredhaan Allah akan membawa seseorg dlm kehidupannya, bukan sebaliknya. 

- Dlm menghadapi masalah dunia, Allah menyebutkan "jangan kamu panjangkan mata kamu kepada nikmat/kelebihan yg ada pada seseorg, maksudnya kita hanya perlu lihat lahiriah shj tanpa perlu menyelidik disebalik kelebihan/kekayaan org tersebut, kerana itu akan menimbulkan cemburu. Ia akan membawa kpd kecintaan kepada dunia.

- Surah At-Taubah Ayat 9:55 (klik sini utk paparan ayat)

فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).


Sebaliknya cemburulah kpd amalan ugama dan perkara kebaikan. Perlumbaan sebeginilah menjadikan seseorg berusaha utk mengatasi kekangan yg dihadapi utk memperbaiki dirinya.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:148 (klik sini utk paparan ayat)

 

وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Perbezaan Aliran Dalam Islam Siri-3

- us Muhammad Nidzam Abdul Kadir Kuliah Maghrib Ahad 30-Jan-2022

- Selagi mana seorang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia adalah seorang muslim (Islam)
- Perbezaan aliran dlm Islam spt fahaman syiah, anti-hadis dan wahabi.

Syiah:
- Fahaman syiah membenarkan jamak solat pd setiap hari. Kerana dikatakan kita sedang musafir dari kehidupan dunia ke kehidupan Akhirat.

Anti-Hadis:
- Golongan yg berpegang kepada Al-Quran sahaja dan menolak al-hadis, mengatakan solat hanya 3 kali sehari, ie Al-Quran menyebutkan solat pada pagi, ptg dan malam.  Namun, tidak jelas apakah waktu solat yg mereka (wahabi) khususkan. Mereka berpegang kpd ayat Al-Quran Surah Hud Ayat 11:114 (klik sini utk paparan ayat)

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

--> Fahaman mereka bertentangan dengan Surah Ar-Rum Ayat 17-18, yang bermaksud solat lima (5) kali sehari, ie malam (Maghrib dan Isyak), Subuh, petang (Asar) dan Zuhur 
- Surah Ar-Rum Ayat (30:17) (klik sini utk paparan ayat)

 فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ حِينَ تُمۡسُونَ وَحِينَ تُصۡبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

 

- Surah Ar-Rum Ayat (30:18) (klik sini utk paparan ayat)

 وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَعَشِيّٗا وَحِينَ تُظۡهِرُونَ

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

 

- Solat malam merangkumi solat fardu Maghrib dan Isyak. Rujuk Tafsir al-Qurtubi (9/108-109). Daripada Talhah bin Ubaidillah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي اليَوْمِ وَاللَّيْلَةِ


Maksudnya: Ada lima solat (yang wajib didirikan) pada siang malam. [HR al-Bukhari (46) dan Muslim (11)] 


Wahabi:
a) dikatakan fahaman salafi wahabi bersifat keras, kerana menimbulkan perbalahan dlm masyarakat, dan mudah menjatuhkan hukum balasan neraka, kpd yg tidak selari dgn fahaman mereka.
b) Fahaman fekah wahabi banyak cenderung kpd imam Hambali.

c) 3 jenis tauhid dlm aliran wahabi (rujuk/klik nota kuliah 24-Nov-2019)
i) tauhid rububiah
ii) tauhid Uluhiah
iii) tauhid asma wasifat
Dari tulisan buku pengasas wahabi ie. Syeik Muhammad Abdul Wahab.

1.1 tauhid rububiah ie Allah adalah pencipta alam
1.2 tauhid uluhiyyah ie ibadat hanya kpd Allah.
1.3 tauhid asma wasifat i.e. menerima nama² dan sifat² yg disebut dlm Al-Quran dan hadis, tanpa apa² bantahan (atau tafsiran atau takwil).

d) Masalahnya wahabi yg menerima pakai 3 tauhid ini, maka mereka menolak sifat 20 ie menentang ilmu kalam. Hujah mereka adalah Rasulullah tidak mengajar sifat 20.

--> Jika wahabi menolak sifat 20 kerana Rasulullah tidak mengajarkannya, maka hujah menolak tauhid 3 adalah Rasulullah tidak mengajarkan tauhid 3. 

Namun isi sifat 20 ada di sebutkan dlm Al-Quran dan hadis. Begitu juga isi kpd tauhid 3 juga ada dlm Al-Quran.

e) Hal tauhid asma wasifat: beriman dgn zahir makna Al-Quran yg hakiki, tidak boleh ditakwilkan maksud. 
--> Bahasa Arab adalah bahasa yang indah. Sesuatu perkataan mempunyai maksud yang berbeza mengikut konteks. Takwil bertujuan supaya mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu. 

 

Contoh dlm bahasa Melayu bagi perkataan "sumbang" -- (i) maksud yg baik spt "dia sumbangkan rm100 kepada tabung bencana"  bermaksud membantu atau menghulur bantuan (ii) maksud yg tidak elok seperti "dia melakukan perkara sumbang" bermaksud melakukan perkara mungkar.

cth Tuhan "turun" maka cara mana turun itu adalah yg layak bagi Allah.

cth2 Allah sebaik-baik pembuat tipu-helah (tipu daya), Surah Al-Anfal Ayat 8:30 (klik sini utk paparan ayat)


وَإِذۡ يَمۡكُرُ بِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثۡبِتُوكَ أَوۡ يَقۡتُلُوكَ أَوۡ يُخۡرِجُوكَۚ وَيَمۡكُرُونَ وَيَمۡكُرُ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.


- wahabi byk berpegang kpd kitab Fathul Majid, yg cenderung menjatuhkan hukum kafir kpd org yg tidak setuju dgn fahaman mereka bilamana takwil digunakan bagi memahami sesuatu maksud Al-Quran.
  • Nota: Kitab wahabi i.e. Fathul Majid, cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahab.

Jika tidak ditakwil, pengertian sifat Allah adalah Allah lupa atau pelupa. Ini dirujuk dalam Surah At-Taubah Ayat 9:67 (klik sini utk paparan ayat)

ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَٰفِقَٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنكَرِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَقۡبِضُونَ أَيۡدِيَهُمۡۚ نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَهُمۡۚ إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ


Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.


Kesimpulan:
  1. Sebagai seorang Islam, kita jangan mudah (atau sewenang-wenangnya) mengkafirkan seorang Islam yang lain.  
  2. Kerajaan Malaysia menyekat ajaran wahabi di Malaysia kerana ajaran ini tidak bersesuaian dengan pendekatan islam di Malaysia serta dikhuatiri ianya menggugat perpaduan umat.

Nota tambahan:
Apakah sejarah ringkas mengenai Muhammad bin Abdul Wahhab & Wahhabi?

Wahhabi yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H sehingga mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka.

Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam.

(Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut: “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan “Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).

Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275). Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran Takfir yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Mufti Mazhab Hambali, Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.