Sunday, October 28, 2018

As-Sunnah, Ijmak dan Kias

- Kuliah Maghrib Ahad 28-Okt-2018

Martabat As-Sunnah
- sumber hukum fekah ke2 adalah dr sunnah (sama ada dari perlakuan Rasulullah atau pun kata-kata baginda), ie selepas hukum yg dinyatakan oleh Al-Quran.
- As-Sunnah menjelaskan hukum² yg disebutkan dlm Al-Quran, contohnya, kaedah solat dinyatakan sebagai perintah dlm Al-Quran dan penjelasan solat dinyatakan dlm sunnah (utk merujuk kpd cara solat Rasulullah dan juga bacaan² dlm solat).
- Begitu juga As-Sunnah menjelaskan kaedah ibadah haji, perjanjian (akad), mensyariatkan hukum spt lelaki tidak boleh berpakaian dgn emas dan sutera.

- wajib beramal dgn As-Sunnah.

Sumber Hukum Fekah ke3: Al-Ijmak
- Al-Ijmak adalah persetujuan semua ulamak yg mujtahid, dlm suatu zaman/masa.
- Masalah semasa adalah tebaran ulamak pd masa sekarang adalah melangkaui benua , maka sukar utk mendpt persetujuan dlm istilah ijmak itu. Maka ada istilah Sukuti iaitu persetuan secara diam.

Martabat Al-Ijmak
a) kedudukannya adalah ke3 selepas Al-Quran dan hadis

Sumber Hukum Fekah ke4: Al-Kias
a) ada masalah lain, tetapi hukumnya kurang sesuai dgn keadaan.
b) khomar, nabiz, tuak adalah minuman yg diperam dan memabukkan haram hukumnya.
b) Contoh kias:
(1) adalah zakat dgn beras dikiaskannkpd zakat dgn gandum
(2) kaedah membersihkan tempat kena najis babi adalah menggunakan kias yg dinyatakan dlm sunnah utk membersihkan najis anjing.
(3) tuak dikiaskannkpd khamar

4 rukun Kias:
1. Perkara asal utk dikiaskan
2. Furuk ie perkara baru
3. Hukum asal utk dinaskan
4. Illah ie sebab.

- contoh perkiraan kias utk tuak
1. Perkara asal adalah khomar (ie arak)
2. Perkara baru: tuak
3. Hukum asal: haram
4. Illah (sebab): memabukkan

Kepentingan beriltizam dgn hukum² fekah.