Saturday, June 1, 2019

Amalan Sunnah Menyambut Hari Raya

Sunnah menyambut Aidilfitri

#1 Takbir
Apbl terbenam matahari terakhir Ramadhan, maka bermula takbir membesarkan Allah. Takbir diteruskan sehinggalah sebelum solat sunat Aidilfitri.

Nota: utk Takbir Aidil Adha, takbir bermula dari solat suboh Hari Arafah hingga terbenam matahari Hari Tasyrik.

#2 Mandi sunat
Mandi sunat sebelum ke tempat solat.

#3 Pakai Haruman Paling Baik
Haruman kepunyaan isteri boleh diguna, jika tiada haruman lelaki. Org Arab paling tidak berkira utk belikan barang.

#4 Pakai Pakaian Paling Baik
Pakai pakaian yg paling baik yg kita ada. Jangan berpakaian seperti pakaian biasa (seperti bukan menyambut Aidilfitri).

Pakai pakaian mengikut pakaian penduduk setempat.

#5 Kembali Kepada Fitrah
Jamah makanan dan minum sebelum ke tempat solat (sunat Aidilfitri). Sunnah makan 3 biji kurma. Kismis dan madu juga digalakkan.

#6 Keluarkan Ahli Keluarga
Bawa isteri, anak-anak dan pembantu rumah

Apa yg kita makan dan pakai, itulah yg diminta oleh ugama supaya diberikan kpd pembantu rumah.

Kita buat baik kpd org (termasuk kpd pembantu), Allah akan beri kebaikan kpd kita.

#7 Solat sunat Aidilfitri
Sunnah dikerjakan solat di kawasan lapang spt padang, jika tiada, dilakukan di masjid.

Masjid Ghamamah adalah asalnya lokasi di mana Rasulullah lakukan solat hari raya. Lokasinya kira² 500meter dr rumah dan masjid Nabi.

Tujuan Rasulullah lakukan solat di padang (kwsn lapang) boleh disimpulkan sebagai:

1. Jemaah yg dtg akan bertumpu dan berkumpul hanya utk lakukan solat sunat Aidilfitri. Jika dilakukan di masjid, akan ada jemaah yg tiba kemudian lakukan solat sunat tahiyatulmasjid. Juga utk mengelak jemaah yg hadir utk lakukan solat sunat dhuha.

Jika di padang hanya solat sunat hari raya shj.

#8 Mendengar khutbah
Selepas solat sunat hari raya, jemaah boleh sama ada:
(i) duduk dengar khutbah raya
(ii) pulang utk beraya.

Berbanding dgn solat Jumaat, mendengar khutbah adalah dituntut. Namun utk solat sunat Raya, mendengar khutbah Raya diberikan pilihan kpd jemaah utk sama ada mendengarnya atau tidak.

#9 Ikut laluan yg berbeza bila pulang dari solat sunat hari raya
Paling baik adalah jalan kaki ke tempat solat, supaya boleh bertemu dgn ramai orang supaya dpt bersalaman dan saling  mendoakan.

1. Adat beri duit raya
Jadikan amalan beri duit raya kpd saudara-mara, tetamu dgn niat sedekah.
- Amalan beri duit raya bukan meniru budaya ugama lain.

2. Adat ziarah kubur
Tiada halangan utk ziarah kubur selepas solat sunat hari Raya.

3. Jika imam tertinggal takbir raya (spt terlupa), dia tidak perlu lakukan sujud sahwi.

Namun jika dia i.e. imam lakukan sujud sahwi. Maka makmum perlu ikut imam.

- Doa-doa di malam-malam akhir Ramadhan

-Di akhir Ramadhan, dia yg dituntut adalah doa mohon keampunan dari Allah.

(a) Rasulullah ajarkan kpd Aisyah utk mengulangi doa memohon keampunan dari Allah di malam² akhir Ramadhan dgn doa:

"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, ampunilah aku. Dengan kemurahan dan belas kasihan, ampunilah aku”

(b) Nabi Yunus ketika berada dlm perut ikan di dasar laut, baginda hanya mengulang-ulang kalimah memohon keampunan dari Allah.

- Surah Al-Anbiak Ayat 21:87

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

- Surah Ayat As-Saffat Ayat 37:143

فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ

Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

-Surah As-Soffat  Ayat 37:144

لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.