Tuesday, April 11, 2017

Bulan Rejab

-us Johari Kuliah Maghrib Selasa 11-Apr-2017
Bulan Rejab

- bln Rejab:
(a) bln yg diagungkan oleh kabilah2 Arab (mengikut fahaman jahiliah), mereka mengharamkan peperangan dlm bln Rejab.

(b) Islam menghormati 4 bln ie Rejab, Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah.

(c) bln genjatan senjata,

(d) Rasulullah menggunakan masa pd bln Rejab (kerana tiada peperangan) utk perbanyakkan puasa, iaitu puasa yg tidak dikhususkan pd bln2 lain spt:
- puasa Isnin dan Khamis
- puasa pd hari putih ie 13,14&15
- puasa sunat yg diamalkan oleh Nabi Daud, puasa selang sehari. (Nabi Daud berpuasa selang sehari sepanjang hayatnya).

(e) perbanyakkan perkara yg disukai orang dan mengurangkan/menghindari org mukmin lain sakit hati.

(f) disebutkan oleh Ibn Hajar al-Afqalani (yg menulis kitab) apa shj fadilat yg khusus pd bln Rejab  adalah tidak ada. Oleh itu berhati-hati bila menerima atau hendak fwd hadis (yg palsu) kpd org lain.
- contoh hadis palsu:
1) puasa 3 bln berturut-turut pd bln Rejab, Syaaban dan Ramadhan.
2) ada amalan khusus pd bln Rejab.

- selain bln Rejab, Rasulullah juga byk melakukan puasa pd bln Syaaban, kerana pd bln Syaaban kebanyakan isteri Rasulullah akan melakukan puasa qadak pd bln Syaaban.

- para ulamak Saudi berpendpt bhw puasa qadak hendaklah dilakukan terlebih dahulu kemudian diikuti puasa sunat 6 bln Syawal. Namun para ulamak yg menyokong pendpt Imam As-Shauqani, bhw beliau mengambil pengajaran dr Isteri2 Rasulullah yg melakukan puasa qadak pd bln Syaaban. Dgn itu beliau menganjurkan wanita dibolehkan puasa sunat 6 pd bulan Syawal, dan melewatkan puasa qadak hingga bln Syawal.

Sunday, April 9, 2017

Melembutkan hati

- us Meftah Kuliah Suboh Ahad 9-Apr-2017

1) Bersedia utk kehidupan selepas kematian
Kehidupan kita bermula dgn kematian, apbl diciptakan oleh Allah kita bermula dr sesuatu yg mati, kemudian dihidupkan di dunia. Apbl dimatikan kehidupan dunia yg sementara, maka kita akan dihidupkan sekali lagi utk kehidupan yg kekal selamanya.

- Surah Yunus Ayat 10:45

(وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَأَنْ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنَ النَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيْنَهُمْ ۚ قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ)

Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).

2) Sifat Allah itu lemah lembut
- utk melembutkan hati seseorg, baca "Ya Latiif" sebanyak 129 kali, kemudian "Ya Hafiiz"  119 kali, (jumlah yg spesifik). Jika terkurang atau terlebih, ianya spt zikir biasa.
- bacakan surah Toha Ayat 1 hingga 5, sewaktu membacakan ayat ini  bayangkan wajah org yg diinginkan utk dilembutkan hatinya.

Sunday, April 2, 2017

Dosa Besar ke-26 ie Penganiyaan dan Kezaliman

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 2-Apr-2017

Dosa Besar ke-26 ie Penganiyaan dan Kezaliman

- iaitulah mengambil harta org lain tanpa izin (merampas), memukul tanpa sebab, mencaci-memaki orang lain,

- kata Saidina Ali, sendi2 Islam itu ada 4
(#1) Yakin
- bila kita yakin kpd Allah, maka kebergantungan diletakkan hanya kpd Allah. Rezeki itu urusan Allah, tidaklah seseorg itu menerima rasuah.

Kata Hatib al-Asr kpd gurunya, selama 30 thn dia belajar ada 6 perkara yg diperoleh, salah satunya adalah keyakinan rezeki  itu adalah urusan Allah.
- kamu selalu sebut firman Allah, dan mana2 makhluk yg melata di atas muka bumi itu tlh ditentukan rezeki baginya. Aku yakin bhw aku ini adalah juga disebutkan dlm golongan melata, dan rezekiku ditentukan oleh Allah.

(#2) Adil
- ie meletakkan sesuatu pd tempatnya. Iaitu laksanakan tugas kamu sebelum menuntut.
- bertimbang-rasa dan prihatin seorg ketua adalah lambang keadilan, maka tidak berlakulah kezaliman.
- membayar upah sebelum sesuatu kerja disempurnakan sepenuhnya.

(#3) Sabar,
- ada 2 jenis sabar:
1) sabar dlm melakukan ibadah (juga termasuk dlm melaksanakan tugasan kerja, melalui keadaan trafik)
2) sabar dr melakukan kemaksiatan.

(#4) Al-Jihad
- ie kena pastikan dahulu siapa musuh kamu (iaitulah syaitan).
- syaitan itu makhluk yg telah terkeluar dr rahmat Allah.
- 2 golongan syaitan ie jin yg kafir dan manusia yg mengajak kpd kemaksiatan.
- masalah hari ini kita tidak kenal musuh, jiran sebelah dijadikan musuh, adik-beradik, mertua dijadikan musuh. Jiran, harta, anak-pinak, mertua adalah ujian dr Allah utk menguji keimanan seseorg dan utk memberi ganjaran pahala kpd hambanya.
- syaitan akan terus-menerus menggoda manusia hingga ke saat sakarul maut yg sakitnya ditetak dgn pedang sebanyak 300 kali.Rasulullah ketika menahan sakit sakaritul maut, memercik peluh baginda.
- di saat sakaratul maut  syaitan menjelma sebagai wajah2 yg kita kenal seperti ibu, seperti ayah, dan mengajak manusia utk menafikan Allah, dan mati dlm nasrani.
- kata Saidina Ali, punca permusuhan sesama manusia adalah hasad (masalah hati). Maka hendaklah kamu melawan perasaan hasad.
- janganlah kamu menyangka Allah lupa terhadap perbuatan zalim yg kamu lakukan.

Surah Ibrahim Ayat 14:42

(وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ)

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

- Allah tangguhkan hingga mata2 manusia terbeliak (iaitu sewaktu di Padang Mahsyar) di hadapan sekalian manusia, maka Allah bentangkan dan balas kesalahan, kezaliman yg dlakukan di dunia. Mereka pd ketika itu datang dgn mata tidak berkelip, terbeliak. Maka pd ketika itu Allah beri peringatan akan hari pembalasan azam. Lalu berkata org2 yg zalim itu kpd Allah, tangguhkanlah, nescara kami akan lakukan segala yg disuruh oleh Allah.

Surah Ibrahim Ayat 14:43

(مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ)

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Surah Ibrahim Ayat 14:44

(وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ)

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?