Tuesday, December 26, 2017

Cara berjalan mengikut cara Rasulullah

- us Abd Basir kuliah Maghrib Selasa 26-Dis-2017

- Basyar - merujuk kpd manusia juga. Menurut tafsiran org kafir Mekah bhw rasul itu adalah dr kalangan malaikat, bukannya seorg manusia yg kehidupan rasul itu sama spt mereka.

- Insan - merujuk kpd manusia (ie makhluk ciptaan Allah). Insan itu sifatnya pelupa.

- syariat Nabi terdahulu adalah utk umat itu mentauhidkan Allah shj. Tidak dituntut  utk mengikuti jejak langkah Nabi. Namun apbl diutuskan Nabi Muhammad saw, Allah perintahkan umat Nabi Muhammad saw utk:

(1) "taat" ie taat kpd Allah. Taat secara mutlak sama ada secara terpaksa  atau secara rela.
(2) "ittiba'" ie mengikut jejak-langkah (ie mencontohi seseorg) Rasulullah.
- cth melakukan sesuatu kerana mencontohi amalan Rasulullah, yg diikuti dan diamalkan oleh para sahabat.

Bab cara berjalan Rasulullah.

- kata saidina Abu Hurairah,
(i) kelihatannya apbl Rasulullah berjalan, bumi itu kelihatannya berlipat ie laju pergerakan Nabi.
- misalan ini boleh kita bayangkan spt seorg berjalan di atas "travelator" (a moving walkway), dgn langkah yg sama tetapi dia tiba lebih awal dr org yh berjalan tanpa travelator.

- apbl Rasulullah berjalan, bumi akan meringankan beban perjalanan baginda, utk cepat sampai ke tempat yg dituju.

- gunung Uhud: dlm keadaan baginda Rasulullah cedera, para sahabat membawa baginda ke suatu tempat di gunung Uhud utk berehat dan berlindung dr serangan musuh pd ketika itu. Diketahui gunung Uhud itu tiafa tempat berlindung, dipenuhi batu batan. Namun sebuah batu terbelah dua yg saiz belahannya boleh memuatkan tusuk tubuh baginda utk beri perlindungan kpd Rasulullah. Begitu sayangnya gunung Uhud kpd Rasulullah.

- baginda tidak berjalan tanpa tujuan.

- baginda berjalan seperti memandang ke hadapan, tidak mendongak.

- baginda berjalan tidak menyombong diri ie tidak meninggikan dada atau dgn gaya berlagak.
(a) pd masa tertentu spt dlm peperangan  kita dibenarkan berjalan dgn gah, mengangkat dada, utk memberi gerun dan takut kpd pihak musuh.

- rupa paras Rasulullah itu exclusive (khusus) kpd bagind shj. Tiada siapa yg menyerupai baginda Rasulullah.

- apbl baginda berjalan keadaannya spt berjalan dr tempat tinggi ke tempat rendah.

- apbl berjalan baginda Rasulullah iti kelihatannya seorg yg merendah diri (tawaduk), ie berjalan melihat ke bawah.

- adab ketika berjalan, jangan melihat secara taajub (merasa bhw apa yg dikurniakan Allah kpd kita itu tidak hebat, menyebabkan kita rasa tidak bersyukur dgn apa yg dikurniakan kpd kita).

Saturday, December 16, 2017

Ukhwah dan kasih-sayang

-us Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 16-Dis-2017

- Surah Al-Hujrat Ayat 49:9-10 (pg 516)

(وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ)

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Ayat 49:10:

(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

- semua org yg beriman mesti pastikan di hatinya Allah adalah paling utama. Baharulah timbul rasa damai.

- Allah janjikan rahmat (kedamaian, kebahagiaan, keselesaan, kasih-sayang) apbl kita benar-benar sayang, cintakan Allah.
(a) bila ada rahmat maka dibukakan hati kita utk menyayangi dan mengenali Allah dan Rasul.
(b) utk membeli syurga, kita mestilah taati Allah dan Rasul. Memelihara silaturrahim, bersih hati.

- Allahyarham dan Allahyarhamha merujuk kpd roh yg didoakan:
"Allahyarhamha" adalah sebutan yg betul bagi merujuk kpd roh seorg wanita. Kebiasaannya kita sebut Allahyarhamah.

Sunday, December 3, 2017

Dosa Besar ke-26 ie Melakukan Kejahatan dan Kezaliman

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 3-Dis-2017

Dosa Besar ke-26 ie Melakukan Kejahatan dan Kezaliman (ke atas manusia)

a) Kezaliman yg paling besar adalah berlaku syirik kpd Allah.

- penindasan berlaku dlm byk bentuk. Jika seorg pemimpin, jangan mengenakan polisi, dan undang² hingga menyebabkan rakyat dibebani masalah kehidupan, spt cukai yg melampau dan menekan rakyat.

- sesungguhnya Allah tidak lupa akan perbuatan, penindasan yg dilakukan. Semua itu akan dibentangkan di Akhirat nanti, dan dibenarkan utk org yg ditindas/dizalimi utk menuntut haknya.

- Surah Ibrahim Ayat 14:42 (pg 260)

(وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ)

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

b) Hadis dr Abdullah bin Salam, kata baginda Rasulullah, selepas Allah ciptakan makhluk,  dan selepas itu berjalanlah makhluk itu sambil bertanya kpd Allah, wahai Tuhan dgn siapa Engkau suka mendampingkan diri. Kata Allah, Aku bersama-sama dgnnorg yg teraniaya, sehinggalah ditunaikan haknya.

- sahabat Rasulullah apbl diuji dgn kezaliman dan penindasan, iman mereka makin bertambah kerana yakinnyaereka dgn janji Allah  bhw Allah bersama dgn org yg dizalimi.

c) dlm riwayat/cerita yg lain ada seorg raja yg zalim yg membina istana dgn segala kemewahan. Kemudian dtg seorg perempuan tua membina sebuah pondok buruk di sebelah kawasan istananya. Suatu hari ketika bersiar-siar dia ternampak pondok buruk itu. Selepas ditanyakan kpd pengiringnya, dia arahkan utk roboh pondok buruk itu kerana mencacatkan pandangannya. Apbl pulang perempuan tua itu dia bertanya kpd pengawal, siapa yg merobohkan pondoknya. Jawab si pengawal, raja yg menyuruh pondok perempuan itu dirobohkan. Maka berdoa perempuan itu memohon balasan dr Allah kpd raja yg berlaku zalim kpdnya. Lalu makbulkan doanya dan Allah perintahkan malaikat Jibrail utk membalikkan istana raja.

- doa seorg yg dianiaya itu amat dekat dgn Allah.

c) sewaktu kita melakukan kejahatan, menghina, mencaci, mengaibkan org, kita terdedah kpd dosa melakukan fitnah dan kezaliman yg boleh menyebabkan Allah murka kpd kita, dan kita terdedah kpd bala dr Allah.

- org yg rasa dia dianiaya, dizalimi dan ditindas, maka cukup baginya utk mengucapkan "hasbiallah" ie "cukuplah bagiku Allah ada  bersamaku".

d) dari Abu Umamah, dia menyebutkan bhw org yg zalim itu apbl melalui jambatan dia akam bertemu dgn org yg dizaliminya dahulu. Org itu tidak dpt melepasi jambatan itu melainkan semua kebaikan/pahalanya digunakan utk menebus kezaliman yg dilakukan. Bila kehabisan kebaikan/pahala maka dipindahkan pula dosa org yg dizalimi. Bila dah tiada pahala, maka dia akan diseret oleh malaikat dan dicampakkan ke dlm neraka.

e) kata Rasulullah, akan dibangkitkan manusia dgn berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Lalu berseru suara yg dpt didengar org yg jauh, lalu dikatakan oleh suara itu, Akulah Raja yg paling berkuasa, tidak dibenarkan seorg itu masuk ke syurga walau dgn satu dosa di tangannya.

- apbl ditanya oleh para sahabat siapakah org yg berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan itu, jawab baginda Nabi, org yg berkaki ayam bertelanjang dan tidak berkhatan itu adalah kerana kejahatan dan kezaliman yg dilakukan di dunia.

- Sesungguhnya Allah tidak menzalimi sesiapa. Manusia itu sendiri yg memilih berlaku zalim ke atas diri mereka sendiri. Segala perbuatan mereka akan dibentangkan di Akhirat nanti.

- Surah Al-Kahfi Ayat 18:49 (pg 299)

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

d) Rasulullah mengajarkan kita utk mengajarkan kpd anak² kita utk beradab, tidak berlaku zalim kpd mereka.

Saturday, December 2, 2017

Jangan memulakan krisis

- us Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 2-Dis-2017

- ikatan sesama muslim itu dihubungkan melalui tali Allah, hingga jika berbalah maka kita diminta utk mendamaikan perbalahan mereka.

- Surah Al-Hujrat Ayat 49:10 (pg 576)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

- ukhwah  berkasih-sayang itu bernilai wajib, tidak dpt ditandingi oleh pahala² sunat.

- wajib atas kita utk menjaga persahabatan, silaturrahim, ukhwah, dan jangan menjadi punca permusuhan hingga menyebabkan putus ukhwah di atara 2 org (jika dilihat dr konteks yh lebih besar maka ianya 2 kaum/golongan/pengikut).

- Allah mewajibkan kita utk saling berkasih-sayang.

Friday, December 1, 2017

Dialog org yang ditindas dgn org yg menindasnya

-us Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 1-Dis-2017

- Org kafir akan selalu terperanjat, satu daripadanya disebut dlm ayat surah Yasiin ini.

- Surah Yasiin Ayat 36:52 (pg 443)

قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

- Dialog org yg lalai (yg lemah) di Akhirat, kpd org yg melalaikannya,

- Surah Saba Ayat 34:31 (pg 431)

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ نُؤْمِنَ بِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَلَا بِالَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ مَوْقُوفُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْجِعُ بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ الْقَوْلَ يَقُولُ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لَوْلَا أَنْتُمْ لَكُنَّا مُؤْمِنِينَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman".

- Surah Saba' Ayat 34:32 (pg 432)

قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَىٰ بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ ۖ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ

Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa

- Surah Saba' Ayat 34:33 (pg 432)

وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَادًا ۚ وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلَالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.

- org yg tertindas itu adalah org yg lemah, yg lalai.

- org yg takbur itu merancang dan melaksanakan perkara2 yg melalaikan org yg beriman dr mengingati Allah, dr membaca dan mentadabbur Al-Quran.

- Ayat teguran kpd wanita utk menutup aurat dgn sempurna.

- Surah An-Nur Ayat 24:31 (pg 353)

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

- maksud "perhiasan tubuh" itu adalah bhgn tubuh wanita bukannya barang kemas/perhiasan/mewah yg dipakai di badan wanita.

- Ayat teguran utk org lelaki, utk menjaga pandangan mereka dan jangan berzina.

- Surah An-Nur Ayat 24:30 (pg 353)

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

- Sekutu Allah Taala, disebutkan dlm
Surah Al-Baqarah ayat 2:278 (pg 47), iaitu riba.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.