Sunday, March 15, 2020

10 Nasihat Mengadapi Pendemik

- kuliah Maghrib Ahad 15-Mac-2020

10 nasihat sempena pendemik

#1 Zikir sebelum wabak menimpa
Hadis riwayat Usman bin Affan, Rasulullah bersabda Barangsiapa membaca 3x pd waktu pagi dan 3x pd waktu petang, maka Insyaallah dia tidak akan ditimpa malapetaka. "Bimillah hillazi yadurruhu maasmihi syaiun, filardhi wahuwassimiulalim".

#2 Perbanyakkan zikir Nabi Yunus, surah Al-Anbiak Ayat 41:87 -88.

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

- Ayat 41:88

فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٰلِكَ نُـۨجِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

#3 Minta perlindungan kpd Allah supaya dihindari dari bencana yg sukar kita tanggung.

Rasulullah mohon 4 perkara ipd Allah iaitu: 
1) dari bala bencana yg berat yg sukar ditanggung
2) dari perkara² yg membinasakanku
3) dari takdir yg buruk
4) dari musuh bergembira di atas kekalahan kita.

#4 Sentiasa membaca doa di saat keluar dari rumah.

Hadis dari Anas Ibnu Malik, Rasulullah bersabda, "Bismillahi tawakaltu alallah Lahaulawala khuataillabillah".

#5 Mintalah keafiaatan kpd Allah pd waktu pagi dan petang.
Hadis diriwayatkan dari Abdullah bin Umar,  seperti mana yg dilakukan oleh Rasulullah iaitu memohon keafiatan dunia dan akhirat. Mohon perlindungan dari segala bencana dari hadapan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah.

#6 Memperbanyakkan doa
Rasulullah bersabda, Sesiapa yg dibukakan pintu doa, maka dibukakan pintu² rahmat. Perkara yg paling Allah suka adalah meminta keafiatan. Allah paling benci kpd hambanya yg tidak mahu berdoa.

#7 Jauhi tempat² yg diketahui ada wabak.

#8 Perbanyakkan buat kebaikan.
(i) Perkara² kebaikan itu menolak keburukan. 
(ii) Ubatilah penyakit kamu dgn sedekah.
(iii) Ubat yg paling mujarab adalah melakukan kebaikan² atau ihsan kpd org lain.

Jangan kamu menyangka bala yg diturunkan itu hanya kpd org² berdosa shj.

#9 Perbanyakkan solat malam.
Hendaklah kamu lakukan solat malam (ie qiamulail), 
(i) kerana itulah amalan org² soleh, 
(ii) kerana ianya mendekatkan dirimu kpd Allah,
(iii) 
(iv) 
(v) kerana ianya dpt menjauhkan penyakit².

#10 Biasakan makanan dan minuman dari bekas yg bertutup.
Tidak turun suatu wabak, melainkan kpd bekas atau bejana (air) yg tidak bertutup.

Saturday, March 14, 2020

Wabak Penyakit

Sabtu 14-Mac-2020

Wabak Penyakit - hadis berkaitan wabak penyakit

1  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2076.
Dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya: "Pada suatu ketika 'Umar bin Khathab pergi ke Syam. Setelah sampai di Sargila, pimpinan tentera datang menyambutnya. Antara lain terdapat Abu 'Ubaidah bin Jarrah dan kawan-kawannya. Mereka mengkhabarkan kepada 'Umar bahawa wabak penyakit sedang berjangkit di Syam. 

Kata 'Umar, "Panggil ke sini orang-orang Muhajirin yang pertama-tama!" Maka ku panggil mereka, lalu 'Umar bermusyawarat dengan mereka. Kata 'Umar, "Wabak penyakit sedang berjangkit di Syam. Bagaimana pendapat tuan-tuan?" Mereka berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan kepada 'Umar, "Anda telah keluar untuk suatu urusan penting. Kerana itu kami berpendapat, tidak selayaknya Anda akan pulang begitu saja." Sebagian yang lain mengatakan, "Anda datang membawa suatu rombongan besar, di mana terdapat para sahabat Rasulullah saw. Kami tidak sependapat jika Anda menghadapkan mereka kepada wabak ini." Kata 'Umar, "Pergilah kalian dari sini!" 

Kemudian berkata pula 'Umar, "Panggil ke sini orang-orang Ansar!" Maka ku panggil pula mereka, dan 'Umar bermusyawarat dengannya. Ternyata kebijaksanaan mereka sama dengan orang-orang Muhajirin. Mereka berbeza pendapat seperti orang-orang Muhajirin. Maka kata 'Umar, "Pergilah kalian dari sini!" 

Kata 'Umar selanjutnya, "Panggil ke sini pemimpin-pemimpin Quraisy yang hijrah sebelum penaklukan Makkah!" Maka ku panggil pula mereka. Ternyata mereka sependapat semuanya, tidak ada perbezaan. Kata mereka, "Kami berpendapat, sebaiknya Anda pulang saja kembali bersama rombongan Anda dan jangan menghadapkan mereka kepada wabak ini. 

Lalu 'Umar memaklumkan kepada rombongannya, "Esok pagi-pagi aku akan kembali pulang. Kerana itu bersiap-siaplah kalian!" Maka bertanya Abu 'Ubaidah bin Jarrah, "Apakah kita hendak lari dari qadar Allah?" Jawab 'Umar, "Mengapa bukan kamu yang bertanya, hai Abu 'Ubaidah agaknya Umar tidak mahu berbantah dengannya - Ya, kita lari dari qadar Allah kepada qadar Allah. Bagaimana pendapatmu, seandainya engkau mempunyai seekor unta, lalu engkau turun ke lembah yang mempunyai dua sisi. Yang satu subur dan yang lain tandus. Bukankah jika engkau mengembalakannya di tempat yang subur, engkau menggembala dengan qadar Allah, dan jika engkau menggembala di tempat tandus engkau menggembala dengan qadar Allah?" 

Tiba-tiba datang Abdurrahman bin 'Auf, yang sejak tadi belum hadir kerana suatu urusan. Lalu dia berkata, "Aku mengerti masalah ini Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Apabila kamu mendengar wabak berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datangi negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan keluar dari negeri itu kerana hendak melarikan diri." Kata Ibnu 'Abbas, 'Umar bin Khaththab mengucapkan puji kepada Allah, setelah itu dia berangkat."

2  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1669.
Dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., ia menceritakan bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang wabak kolera. 

Nabi saw. mengkhabarkan kepadanya bahawa penyakit itu adalah seksaan yang dijatuhkan Tuhan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Tetapi Tuhan menjadikannya rahmat bagi orang-orang yang beriman. 

Setiap hamba Tuhan yang menderita wabak itu dan tetap tinggal dinegerinya dengan sabar, kerana ia mengetahui bahawa yang menimpanya hanyalah apa yang telah ditakdirkan Tuhan saja, maka pahala yang diterimanya sama dengan pahala orang mati syahid."


3  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2075.
Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tha'un (penyakit menular/wabak kolera) adalah suatu peringatan dari Allah swt. untuk menguji hamba-hamba-Nya umat manusia. 

Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. 

Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari daripadanya."


4  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0927.
Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, Abu Bakar dan Bilal terkena demam panas. 

Ketika Abu Bakar sedang naik panasnya, ia berkata: "Pagi-pagi, setiap orang (santai) dengan keluarganya, padahal maut mencekam lebih dekat dari tali terompahnya." 

Bilal apabila turun panasnya, dengan suara keras dia berkata: "Wahai kiranya ingatanku dapatkah kiranya aku bermalam agak semalam, Di sebuah lembah, dikelilingi pohon izkhir dan jalil, Dapatkah aku sampai pada suatu hari ke air Majannah, dan dapat jelas bagi ku bukit Syamah dan Thafil." Selanjutnya ia berdoa: "Wahai Allah! Ku tukilah kiranya Syaibah bin Rabiah, 'Utbah bin Rabiah dan Umayyah bin Khalaf, sebagaimana mereka mengusir kami dari negeri kami ke negeri penyakit." 

Kemudian Nabi saw. berdoa: "Wahai, Allah! Berilah kami kecintaan terhadap Madinah sebagaimana kami mencintai Mekah atau lebih dari itu. Wahai, Allah! Berilah kiranya keberkatan bagi kami pada gantang dan cupak kami. Jadikanlah Madinah ini sihat untuk kami dan pindahkanlah penyakitnya ke Juhfah." 

Kata 'Aisyah, "Ketika kami tiba di Madinah, kota itu merupakan bumi Allah tempat wabak penyakit." Kata 'Aisyah meneruskan, "Sungainya yang mengalir, airnya keruh (kerana mengandungi kuman-kuman penyakit)."


5  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2074.
Dari Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash, dari bapanya r.a., bahawa Amir mendengar bapanya (Sa'ad bin Abi Waqqash) bertanya kepada Usamah bin Zaid, katanya: "Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw. tentang penyakit tha'un?" 

Jawab Usamah, "Rasulullah saw. bersabda: Tha'un (wabak kolera) adalah semacam azab (seksaan) yang diturunkan Allah kepada Bani Israil atau kepada umat yang sebelum kamu. 

Maka apabila kamu, mendengar penyakit taun berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu keluar dari negeri itu untuk melarikan diri daripadanya."


6  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1868.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang lelaki berjalan di sebuah jalan lalu dia menemukan sebuah ranting berduri di tengah jalan maka disingkirkannya ranting itu dengan bersyukur kepada Allah Ta'ala. Allah mengampuni dosanya kerana perbuatannya itu." 


Beliau bersabda pula, "Para syuhada (orang-orang yang mati syahid) lima macam: 

(1) Al Math'un, orang-orang yang mati kerana penyakit kolera (penyakit menular atau wabak). 

(2) Al Mabthun, orang-orang yang mati kerana sakit perut atau melahirkan. 

(3) Orang yang mati kerana tenggelam. 

(4) Orang yang mati kerana ditimpa tanah longsor atau pohon tumbang dan sebagainya. 

(5) Orang yang mati dalam perang Fi Sabilillah."