Sunday, November 24, 2019

Buku Aku Bukan Wahabi

-us Muhammad Nidzam Abdul Kadir, Ahad 24-Nov-2019

-buku Aku Bukan Wahabi


1. Konsep wahabi


3 jenis tauhid dlm aliran wahabi
a) tauhid rububiah
b) tauhid Uluhiah
c) tauhid asma wasifat
Dari tulisan buku pengasas wahabi ie.  Syeik Muhammad Abdul Wahab.

1.1 tauhid rububiah ie Allah adalah pencipta alam

1.2 tauhid uluhiyyah ie ibadat hanya kpd Allah.

1.3 tauhid asma wasifat i.e. menerima nama² dan sifat² yg disebut dlm Al-Quran dan hadis, tanpa apa² bantahan (atau tafsiran).


2. Perbezaan
Aliran wahabi menerima tauhid 3 DAN menolak sifat 20.

2.1 fahaman wahabi: Sifat 20 adalah bidaah - fahaman wahabi mengatakan bhw sifat 20 adalah sesat. Dikatakan bhw sifat 20 adalah bidaah, ie tidak diajar pd zaman Rasulullah.

(a) Jika sifat 20 itu tiada pd zaman Rasulullah, maka tauhid 3 juga tidak diajarkan pd zaman Rasulullah.

(b) ilmu tajwid juga tidak diajarkan pd zaman Rasulullah adalah bidaah.

(c) ilmu fekah spt rukun wuduk, rukun solat, rukun haji juga bidaah.

2.2 hujah wahabi: sifat 20 menggunakan akal.

Sifat 20 sememangnya banyak menggunakan akal dlm penghujahannya kerana org yg bukan Islam tidak boleh menerima hujah2 Al-Quran, kerana mereka tidak pernah percaya Al-Quran.

2.3 hujah wahabi: Sifat Allah itu sedikit.
Sifat 20 adalah sebahagian dari sifat Allah.


3. tauhid asma wasifat ie menerima nama dan sifat Allah tanpa takwil.

a) contoh ayat Al-Quran "... di tangan Allah",  ditafsirkan sebagai kuasa Allah. Namun dlm fahaman wahabi tafsiran ini bertentangan dgn tauhid mereka, maka mereka mengkafirkan sesiapa yg mentafsirkan ayat Al-Quran itu, termasuk ulamak dan org² Islam yg berfahaman ahli sunnah Waljamaah.


Surah Al-Maidah Ayat 5:64


A064


Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.


Dlm kitab Abdul Wahab, ia menghalalkan   darah org Islam yg kafir.

b) dlm hadis "... Allah buka tangan pd waktu malam supaya org yg melakukan maksiat pd siang hari beramal pd malam hari memohon keampunan dan bertaubat,"

(i) fahaman ahli sunnah, bhw Allah menuntut (ie "buka tangan"), atau ditakwilkan sebagai pemurahnya Allah. Boleh juga ditakwilkan "buka tangan" itu sebagai rahmat Allah.

(ii) ulamak² ahli sunnah mentakwilkan Al-Quran mengikut bahasa ie bahasa arab.

Dlm bahasa Melayu ada juga takwil. Contoh penggunaan pribahasa dlm menyampaikan maksud. Apbl ada peminangan jawapan balasnya "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Maksudnya (takwilnya) peminangan dari  pihak lelaki itu diterima (oleh keluarga pihak perempuan)

Dlm bahasa inggeris, "there is an angel in my house", dimaksudkan sebagai ibu. Bukannya malaikat.


2.4 fahaman wahabi dlm tauhid uluhiyyah i.e. tidak boleh tawassul.

Maksud tawassul: 

"Jalan dan amalan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah SWT. Meminta kepada Allah SWT dan berdoa kepada-Nya melalui kedudukan nabi-Nya, atau dengan hak hamba-Nya yang soleh." (sumber: www.muftimelaka.gov.my)



No comments: