Monday, January 31, 2022

Bersegera Melakukan Amal Soleh Hingga Mendapat Keampunan Allah

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 14-Nov-2021

- Manusia itu makhluk yg lalai.

- perkataan insan dtg dari perkataan dasar "nasia" ie lupa.

- Allah terima taubat hambaNya. Meminta ampun adalah budaya kehidupan manusia. Allah boleh ampunkan dosa dgn beberapa amalan spt mengambil wuduk. Juga amalan lazim:
a) solat 5 waktu yg mengampun dosa-dosa dicelah/di antara dua solat. 
b) solat Jumaat, di antara dua solat Jumaat,
c) umrah, di antara dua umrah. 
d) haji, di antara dua haji.
e) amal kebaikan, turutilah amal kebaikan setelah lakukan kemungkaran. 

- kelalaian akan diampunkan selagi mana tidak melakukan dosa besar, seperti:
a) Syirik 
b) Minum arak
c) Lari dari medan perang
... 

- seseorg yg terus-menerus melakukan dosa kecil, akan menjerumuskan dirinya atau membawanya kpd dosa besar. 

- "lamam" ie dosa kecil boleh diampunkan oleh Allah bila seseorg meneruskan/melazimkan amalan2 ugama. Bersegeralah kamu dlm melakukan amalan. 

- Surah Al-Hadid Ayat 57: 21 (klik sini utk paparan ayat)

 سَابِقُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا كَعَرۡضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أُعِدَّتۡ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ


Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.


- Matlamat hidup seorg muslim adalah syurga. 

- Surah Ali-Imran Ayat 3:133 (klik sini utk paparan ayat)

۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

- Allah suruh manusia bersegera dlm membina rumah di syurga. Adab dlm berdoa adalah memohon syurga Firdaus yg kedudukannya paling tertinggi. 
Syurga Firdaus adalah syurga paling tinggi, yg padanya mengalir air yg mengalir ke syurga-syurga yg lain. 

- para sahabat berlumba-lumba utk beramal/mendapatkan syurga. 

- Minda akhirat ie mencari keredhaan Allah akan membawa seseorg dlm kehidupannya, bukan sebaliknya. 

- Dlm menghadapi masalah dunia, Allah menyebutkan "jangan kamu panjangkan mata kamu kepada nikmat/kelebihan yg ada pada seseorg, maksudnya kita hanya perlu lihat lahiriah shj tanpa perlu menyelidik disebalik kelebihan/kekayaan org tersebut, kerana itu akan menimbulkan cemburu. Ia akan membawa kpd kecintaan kepada dunia.

- Surah At-Taubah Ayat 9:55 (klik sini utk paparan ayat)

فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).


Sebaliknya cemburulah kpd amalan ugama dan perkara kebaikan. Perlumbaan sebeginilah menjadikan seseorg berusaha utk mengatasi kekangan yg dihadapi utk memperbaiki dirinya.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:148 (klik sini utk paparan ayat)

 

وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

No comments: