Saturday, February 5, 2022

Khabbab bin Al-Arat

-us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 5-Jan-2022

Sahabat Rasulullah, Saidina Khabbab bin Al-Arat

- Khabbab Al-Arat adalah seorg hamba yg dibebaskan dan menjadi seorg maula. Dia berbangsa Arab berasal dari Najed, salah satu bani dari Bani Tamim. Suatu ketika perkampungannya diserang dan anak2 kecil dijual. Dia  berpindah dari satu pasar ke pasar dari seorang tuan kpd tuan yg lain. Ummu Ammar membelinya dari kecil disebuah pasar di Mekah. 

Di tengah jalan, Ummu Ammar memandangi anak itu dan bertanya, "Siapa namamu Nak?" Dia menjawab, "Khabbab." Ummu Ammar bertanya, "Siapa bapakmu?" Dia menjawab, "Al Arat."

Beliau bertanya lagi, "Dari mana kamu?" Dia menjawab "Nejed." Ummu Ammar berkata, "Kalau begitu kamu anak Arab?" Dia menjawab, "Benar dari Bani Tamim."

Lalu Ummu Ammar bertanya tentang sebab ia menjadi budak, "Apa yang membuatmu bisa sampai di tangan para pedagang budak di Makkah?"

Khabbab menjawab, "Kampung kami diserang oleh sebuah kabilah Arab, mereka merampas ternak-ternak kami, menawan kaum wanita dan anak-anak, diantara anak-anak tersebut adalah aku, selanjutnya aku berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain sampai aku tiba di Makkah dan berada di tanganmu."

Ummu Ammar kemudian menghantar Khabbab belajar menempa besi hinggalah membuat pedang. Khabbab menjadi seorng pembuat pedang yang mahir. Ummu Ammar kemudian membelikan sebuah kedai utk Khabbab berniaga dan membuat pedang. 

- Saidina Khabbab memandang perhambaan sebagai sesuatu yg batil. Begitu juga org yg menempa patung/berhala dan yg memuja berhala, serta org-org yg memuja berhala.

- Apbl Rasulullah mula berdakwah menyebarkan Islam, Khabbab adalah org yg awal memeluk Islam. Org ke-6 yg awal memeluk Islam

- suatu hari dtg sekumpulan org ke kedainya utk menempa pedang, didapati Khabbab spt kebingungan,  berbisik sendirian, dan bertanya kpd kumpulan itu telah berjumpa dgn org itu kah (maksudnya Rasulullah). Khabbab tidak merahsiakan dia telah memeluk Islam dan menjadi pengikut Rasulullah. 

- org Quraisy memang tahu bhw Rasulullah membawa suatu ugama baru yg menolak tradisi nenek-moyang mereka menyembah berhala. Namun Rasulullah tidak diapa-apakan kerana keturunan Rasulullah dan perlindungan yang diperoleh dari bapa saudara baginda. Hanya orang-orang Quraisy yang ganas/samseng berani membuat kacau kpd baginda Rasulullah. Apbl diketahui Khabbab telah memeluk Islan dan menjadi pengikut Rasulullah saw, Khabab dipukul.

- Khabbab diseksa dgn badannya diseret di atas bara api, hinggalah padam bara api. Ketika itu usia Khabbab sekitar 18 tahun.

- ketika Rasullah sedang berehat di tepi Kaabah dan Khabbab dtg bertaya Baginda. Khabbab mengadu kpd Rasulullah supaya berdoa kpd Allah agar diberikan pertolongan kepada org Islam. Rasulullah bingkas bangun dan memberitahu Khabbab bhw umat terdahulu diseksa lebih dahsyat namun mereka kekal dgn ugama Islam mereka. Rasulullah meyakinkan Khabbab bhw Allah akan memberikan kemenangan kpd org-org Islam. Islam akan membawa kedamaian, dan keadaan akan menjadi aman. 

Hadis yang diriwayatkan dari Khabbab bin al-Art. Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. Kami berkata: Tidakkah Baginda SAW memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda SAW berdoa kepada kami?. Lalu Baginda SAW bersabda:
 

قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)”. [HR al-Bukhari (6943)]


- Dlm tempoh 23 tahun 125,000 dtg bersama Rasulullah menunaikan haji. 

- Khabbab hidup sehingga zaman saidina Ali menjadi Khalifah.

- Khabbab bersama Rasulullah di rmh Al-Arqam Abi Al-Arqam. Khabbab pergi ke rmh Fatimah dan Said, dan mengajarkan Islam. Abang Fatimah yg mencari Rasulullah utk dibunuh, tlh datang ke rmh Fatimah, yg dikhabarkan bhw adiknya itu juga telah memeluk Islam. Dlm keadaan memegang pedangnya utk mencari dan membunuh Rasulullah, Umar dari luar rmh memanggil Fatimah memberitahu kedatangannya. Fatimah menyuruh Khabbab utk menyorok kerana abangnya seorg yg garang. Fatimah memberikan ayat dari Surah Taha yg diajarkan oleh Khabbab dan setelah membacakan ayat-ayat itu Umar Al-Khattab tertarik dgn keindahan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya dan ingin memeluk Islam. Kemudiannya Fatimah dan Said membawa keluar Khabbab menceritakan bhw Khabbab adalah utusan Rasulullah yg mengajarkan Islam.  Umar kemudiannya meminta supaya dibawakan kpd Rasulullah utk memeluk Islam. Khabab berkata, benarlah kata-kata Rasulullah bhw Umar akan memeluk Islam.

- Khabbab memperkenalkan konsep food bank. Di mana dia meletakkan/menyediakan barangan makanan bernilai 80,000 dirham, utk sesiapa yg memerlukan.

- di akhir hayatnya, dia memangis. Apbl ditanya kenapa menangis kerana setelah meninggal dia akan dpt bertemu semula dgn Rasulullah dan para sahabat yg tlh awal meninggal. Khabbab memberitahu dia takut sekiranya Allah membalas/membayar awal kebaikan kpdnya dan membandingkan dgn sahabat yg lain yg semasa hidupnya berkeadaan susah. 

Dia melihat kpd 3 helai kain kafan yg dibelinya, dia memangis kerana mengingatkan kpd Saidina Hamzah bin Abdul Mutthalib dan Mus'ab Ibn Umair, dimana pd ketika itu tidak cukup kain kafan utk menutup jenazah mereka. 


Nota tambahan: 
Surah Taha merupakan surah yang diturunkan di Mekah sebelum Islamnya Saidina Umar al-Khattab. Surah ini mempunyai hubungkait tentang kisah pengislaman Saidina Umar al-Khattab seperti yang dinukilkan oleh Imam  al-Qurtubi di dalam kitabnya, kisah yang  diriwayatkan oleh al-Daraqutni di dalam sunannya yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang menceritakan bahawa Saidina Umar keluar bersama pedangnya dengan tujuan untuk membunuh Rasulullah SAW. Ketika dalam perjalanan, beliau diberitahu bahawa saudara perempuannya telah mengjadi pengikut Baginda Nabi SAW. Lantas beliau terus meluru ke rumah saudaranya, apabila sampai di rumah tersebut beliau terdengar suara Khabbab membaca surah Taha. Lalu beliau meminta mushaf yang ditulis di dalamnya surah tersebut kemudian dia membacanya.

Kisah ini juga diceritakan dengan panjang lebar dan terperinci oleh Ibnu hisyam di dalam sirahnya dengan menukilkan kisah ini daripada Ibnu Ishaq, yang mana diceritakan setelah selesai Saidina Umar membersihkan diri, kemudian saudara perempuannya memberikan mushaf yang terkandung di dalamnya surah Taha ayat 1 hingga 20 tersebut kepada Saidina Umar lalu dibacanya. Setelah itu, beliau berkata: (klik sini utk paparan Surah Taha Ayat 1-20, surah ke-20)

مَا أَحْسَنَ هَذَا الْكَلَامَ وَأَكْرَمَهُ!

Maksudnya: Alangkah cantik dan mulianya kata-kata ini

Kemudian beliau meminta Khabbab memberitahunya tempat untuk berjumpa Baginda Nabi SAW. Setelah itu Beliau terus pergi ke rumah tempat Nabi SAW dan para sahabatnya berkumpul yang terletak di bukit Safa untuk berjumpa Baginda Nabi SAW. Setelah beliau berdepan dengan Baginda SAW, lalu Baginda bertanya kepadanya:

مَا جَاءَ بِكَ يَا بن الخطّاب؟ فو الله مَا أَرَى أَنْ تَنْتَهِيَ حَتَّى يُنْزِلَ اللَّهُ بِكَ قَارِعَةً

Maksudnya: Apakah yang membawa kamu datang ke sini wahai Ibnu al-Khattab? Demi Allah Aku melihat ia tidak akan berakhir sehinggalah Allah menurunkan kepada kamu malapetaka.

Lalu Saidina Umar al-Khattab berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، جِئْتُكَ لِأُومِنَ باللَّه وَبِرَسُولِهِ، وَبِمَا جَاءَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Maksudnya: Wahai Rasulullah, aku datang bertemu kamu untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta apa yang telah diwahyukan dari Allah.

Setelah mendengar ikrar keimanan Saidina Umar al-Khattab RA maka Rasulullah SAW bertakbir kegembiraan dan disebabkan itu sahabat-sahabat Nabi SAW mengetahui bahawa Saidina Umar al-Khattab telah memeluk Islam. 



No comments: