Sunday, February 6, 2022

5 Soalan Pada Hari Kiamat -- Bagaimana Kita Nak Menjawab? Mampukah Menjawabnya?

- us Dr Hj Mohd Hafiz bin Fauzi tazkirah Jumaat 4-Feb-2022

- Hadis sohih:

“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu). [HR Imam Tarmizi]

- Surah Sajdah Ayat 32:12 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".


Ayat Al-Quran ada dua (2) jenis ie tarajji (boleh jadi) dan tamanni (musytahil).  Ayat 32 surah Sajdah ini bersifat tamanni ie mustahil. Mustahil utk kembali semula ke dunia.

- Setiap manusia melalui 5 alam ie alam roh, alam rahim (9 bulan), alam dunia (sehari hingga 63 tahun atau mungkin 100 tahun, alam barzah dan alam akhirat (hingga 50,000 tahun).

Surah Al-Haj Ayat 22:47 menjelaskan 1 hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun kehidupan dunia (klik sini utk paparan ayat)

وَيَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَلَن يُخۡلِفَ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥۚ وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٖ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.


- Jika kita gagal merancang diri dan keluarga kita menuju ke syurga, maka kita dan keluarga kita dihumban ke neraka. Surah As-Syam Ayat 91:1 hingga 10 (klik sini utk paparan ayat)

  1. Ayat-ayat dari surah As-Syam ini dimulakan dgn ayat sumpah, menunjukkan betapa pentingnya ayat ini. Tadabbur Al-Quran bukan bermaksud hanya membaca, sebaliknya mengkaji makna dan tafsir ayat. Pada setiap hari kita perlu membuat keputusan, termasuklah juga utk datang awal ke masjid utk bersolat Jumaat.

  2. Maksud ayat ke-9 -- 

    قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
  3.  
    "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;" 

  4. Maksud ayat ke-10 --

    وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا

  5. "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),"


- 2 soalan akan ditanya berkenaan harta ie 

  1. bagaimana harta itu diperoleh, dan 
  2. kemana harta itu digunakan.


- Soalan tentang umur: pada apa kamu habiskan umurmu? 

Surah Al-Kahfi Ayat 18:49 (klik sini utk paparan ayat)

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.


- Kelebihan orang yg hafal Al-Quran:

(a) Jasad org yg hafal Al-Quran tidak akan dimamah tanah/kubur

(b) Syafaat Al-Quran dapat menyelamatkan dan membawa 10 orang masuk ke syurga.


- kita memegang buku amalan kita dan menyesal kerana semua perbuatan kita dari sekecil-kecil perbuatan dicatit oleh malaikat Raqib dan Atid. Ayat 49 surah Al-Kahfi ini sepatutnya menjadi penyebab utk kita insaf dan bertaubat, kerana Allah akan tanya semua perkara yg kita lakukan. Cukup utk kita menjaga tingkah laku dan percakapan kerana semuanya akan dihitung dan dibicarakan.

- Surah At-Takasur Ayat 102:1 hingga 8 (klik sini utk paparan ayat)

Ketika mana ayat ini turun, menangis Saidina Ummar Al-Khattab. Di hujung ayat (ayat ke-8) :  

ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

- Semua nikmat: nikmat masa, nikmat umur, nikmat sihat, harta, nikmat tubuh badan akan disoal siasat. Segagah-gagah Umar, dia menjadi lemah dan menangis bila surah Al-Takasur ini diturunkan. Namun kita tidak mengambil usaha utk memahami dan mendalami Al-Quran.


- Bagaimana kita nak menjawab kepada Allah tentang anggota badan?

Mata ditanya, mulut ditanya, badan ditanya, tangan, ditanya, kaki ditanya. Bagaimana kita nak menjawab? Bagaiman kita nak melepasi hari Akhirat?

Lidah akan ditanya -- dosa lidah tidak akan diangkat (ie diampunkan Allah) dgn istighfar atau solat sunat taubah, kerana dosa lidah adalah dosa sesama manusia. Syarat sah taubat dgn Allah tidak sama dgn sah taubat dgn manusia.

Kata imam Nawawi, barangsiapa bertaubat tetapi tidak memenuhi syarat sah taubat, maka taubat mereka tertolak disisi Allah.

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia - maka syaratnya ada tiga:

  1. Menjauhi dan meninggalkan maksiat
  2. Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.
  3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.

Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):

  • Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan. (Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)


Sufyan Ats-tsauri berkata: 

لأنْ تلقى الله تعالى بسبعين ذنباً فيما بينك وبينه؛ أهونُ عليك من أن تلقاه بذنب واحد فيما بينك وبين العباد

“Sendainya engkau bertemu Allah dengan membawa 70 dosa yang ada kaitannya antara engkau dan Allah ta’ala, maka itu lebih ringan buatmu dari pada engkau bertemu Allah dengan membawa 1 dosa yang ada kaitannya antara engkau dengan seorang hamba.” (Tanbihul ghofilin karya as samarqondi hal. 380)

- Bab muamalat ie hubungan dgn manusia yang perlu dijaga. Ada 5 jenis dosa sesama manusia yang memakan semua pahala amalannya pahala haji, membaca Al-Quran, berzikir, sedekah etc, menjadikan seseorang itu muflis di Akhirat. 

- Hadis manusia menjadi muflis di Akhirat kerana dosa dgn manusia. 

Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” [HR Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)]


- Ayat pertama diturunkan oleh Allah berkenaan ilmu. Amalan tanpa ilmu maka sia-sia amalan yg dilakukan. Puasa tanpa ilmu maka tidak sah puasanya. Jihad tanpa ilmu maka sia-sia jihadnya.


- Bagaimana nak menjawab soalan berkenaan harta?

  1. Harta tipu, riba, rasuah, pecah amanah, khianat, zalim, judi, ugut, tipu, tipu harta pusaka, tipu harta adik-beradik, makan harta haram. Berapa generasi makan harta haram?

  2. Akaun simpanan, kad kredit, akaun pencen menggunakan akaun bank riba? pembelian rumah menggunakan akaun bank riba? pembelian kereta utk dtg ke masjid menggunakan akaun riba? kad kredit dari bank riba? -- macam mana nak menjawab di Akhirat?

  3. Makam dosa riba lebih dahsyat dari memakan daging babi.

  4. Manusia tidak takut dgn riba. Saham, forex, crypto currency, skim cepat kaya, MLM -- tak hirau bagaimana harta diperoleh. -- bagaimana nak menjawab di hadapan Allah?

 

No comments: