- us Syed Husaini bin Syed Hasan kuliah Suboh Ahad 29-Jun-2025
Bernazar tanpa ilmu
- Dari lbnu Abbas r.a. katanya: Ketika Nabi saw. sedang berkhutbah, ada seorang laki-laki tetap berdiri. Lalu beliau menanyakan tentang laki-laki itu. Orang itu menjawab: "Itulah Abu Israel yang telah bernazar akan terus berdiri, tidak akan duduk, tidak akan berteduh dan tidak akan bercakap-cakap serta tetap berpuasa." Nabi saw. bersabda: "Suruhlah dia berkata-kata, berteduh dan duduk serta menyempurnakan puasanya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1791]
- seseorang yg bernazar hanya boleh lakukan suatu yg sunnah qurbah dan tidak boleh ke atas perkara yg wajib. Maka perkara yg dinazarkan itu wajib utk dilaksanakan. Sekiranya dia tidak mampu melaksankan nazarnya, maka dia perlu lakukan kafarah ie memberi makan kpd 10 org miskin.
- Sekiranya bernazar kpd perkara haram, maka ianya tidak terjadi. Begitu juga kepada perkara yg harus, ianya tidak terjadi.
Larangan beribadah secara berlebihan (ghuluw)
Abu Israel bernazar untuk beribadah dengan cara yang sangat keras dan ekstrem: berdiri terus tanpa duduk, tidak berteduh, tidak bercakap, dan terus berpuasa tanpa henti. Ini menunjukkan sikap berlebihan dalam beribadah yang boleh membawa kepada keletihan fizikal dan mental.
Nasihat Nabi Muhammad ﷺ untuk bersederhana
Nabi saw. menegur sikap tersebut dengan memerintahkan agar Abu Israel dibenarkan untuk bercakap, berteduh, duduk, dan tetap menyempurnakan puasanya dengan cara yang lebih seimbang. Ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan ibadah yang tidak membebankan diri secara keterlaluan.
Ibadah yang berkualiti dan berterusan
Nabi saw. mengajar supaya ibadah dilakukan dengan cara yang berterusan dan berkualiti, bukan dengan cara yang memudaratkan tubuh atau jiwa. Kesihatan dan kemampuan seseorang juga perlu dijaga supaya ibadah dapat dilakukan dengan baik dan konsisten.
Beribadah mengikut kemampuan dan bukannya berlebihan (ekstream)
- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1582]
- Bernazar perlukan ilmu pengetahuan keagamaan. Sekiranya dilakukan perkara yg haram sebagai perkara nazar, ianya mendatangkan dosa. Begitu juga jika lakukan perkara yg harus sebagai perkara nazar, ianya suatu perkara yg sia-sia.
- Jangan memperkecilkan keupayaan org lain.
Allah memberikan ganjaran ke atas perkara yang dilakukan oleh hambaNya
- Dari lbnu 'Abbas r.a., dari Nabi saw. yang diriwayatkannya dari Tuhannya, beliau bersabda: Tuhan berkata: Sesungguhnya Allah menuliskan semua kejahatan dan kebaikan, kemudian dijelaskannya: Siapa yang berniat melakukan satu kebaikan dan tidak dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisi-Nya untuk orang itu satu kebaikan yang sempurna. Kalau orang itu berniat melakukan suatu kebaikan dan hal itu dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali lipat, sampai berlipat ganda. Siapa yang berniat melakukan suatu kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu satu kebaikan yang sempurna. Tetapi kalau ia berniat melakukan kejahatan dan dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu, satu kejahatan." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1745]
Carian hadis berkaitan:
- Dari Anas r.a., katanya: "Bahwasanya Nabi saw. melihat seorang orang tua dipapah oleh dua anaknya (menunaikan ibadah haji). Nabi saw. bertanya; "Kenapa orang ini?" Jawab mereka, "Ia bernazar akan menunaikan haji dengan berjalan kaki." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya Allah tidak memerlukan orang yang menyeksa dirinya ini." Lalu Nabi memerintahkan supaya orang itu naik kenderaan. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0906]