Sunday, August 17, 2025

Corak Berfikir

- us Mohammed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 17-Ogo-2025

Berhati Teguh Menghadapi Kesulitan: Corak Berfikir

Benarlah manusia itu diciptakan hidup yg susah dan berjuang. Dalilnya dlm surah Al-Balad ayat 90:4 (klik sini)
{ لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِي كَبَدٍ }

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

- Dlm kehidupan kita akan menemui pelbagai manusia yg dari pelbagai kaum, warna kulit, negara asal, keturunan dan kedudukan ekonomi. Harus diingat mereka iuga sedang diuji oleh Allah dgn keadaan mereka itu. Jadi jangan menjadi org² yg lupa bersyukur dgn menghina/mencaci mereka yg dirasakan lebih rendah kedudukannya/tarafnya berbanding diri kita.

- Dalam bab berfikir, kita dituntut supaya tidak menyoalkan perintah Allah, contohnya, mengapa persolat Suboh dua rakaat; kenapa haji hanya dibuat sekali setahun sedangkan ramai yg ingin menunaikan haji; mengapa org perempuan yg uzur tidak perlu solat.

  • Menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ziyad dari Abu Hurairah r.a, berkata: Ketika Rasulullah saw berkhutbah, maka beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mewajibkan haji atas kamu." Seorang bertanya: "Apakah haji itu diwajibkan setiap tahun?" Beliau hanya diam tidak menjawabnya. Hingga ketika orang itu mengulangi pertanyaannya tiga kali, maka sabda beliau: "Andaikata aku bertanya 'Ya", nescaya haji itu wajib setiap tahun, dan antaikata diwajibkan setiap tahun, nescaya kamu tidak akan mampu menunaikannya. Biarlah apa yang tidak aku perintahkan atas kamu. Sesungguhnya, hancurnya orang-orang sebelum kamu, kerana mereka banyak bertanya dan mereka banyak yang melanggar perintah Nabinya. Maka apa yang aku perintahkan atas kamu, lakukanlah sesuai dengan kemampuanmu, dan saja aku larang, maka jauhilah". [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2479]

- Allah tuntut kita berjalan/mengembara di muka bumi dan perhatikan kenikmatan dan kelebihan yg ada pada kita agar kita bersyukur, dalilnya dlm surah Al-Ankabut ayat 29:20 (klik sini)
{ قُلۡ سِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ بَدَأَ ٱلۡخَلۡقَۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأٓخِرَةَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

- Merdeka fikiran bermakna menuruti perintah Allah dan meletakkan bergantungan kpd Allah, tidak mengikut nafsu dan hasutan syaitan dlm kehidupan seharian. Dgn itu perbanyakkan bacaan Al-Quran dan zikir kerana ianya menjadi pelindung dari terjerumus dlm perangkap syaitan.

- Manusia itu dijadikan dari akal, hati, jasad dan roh. Apbl Allah meletakkan nikmat yg banyak kita menjadi lupa utk bersyukur kpd Allah.

- Utk membeli syurga Allah, kita perlu berjuang dan bersyukur.
  • Cara berfikir kita akan menentukan ke mana kita di Akhirat nanti. Jangan melulu mengikut suruhan/ajakan org lain/ketua/ahli politik. Bertindaklah dgn ilmu dan pertimbangan akal yg waras.

Carian Internet:
Corak berfikir yang selamat dan dapat membawa keselamatan manusia di Padang Mahsyar adalah berfikir secara beriman, bersyukur, bertakwa, dan sentiasa merujuk kepada wahyu (Al-Quran dan Sunnah) dalam segala tindakan serta menilai sesuatu dengan akal yang berpandukan petunjuk Allah.  Prinsip utamanya:

1. Beriman dan Bertauhid
  • Keyakinan kukuh kepada Allah sebagai satu-satunya Tuhan dan tidak mensyirikkan-Nya. Inilah asas keselamatan di akhirat.
  • Setiap keputusan dan perbuatan sentiasa diniatkan kerana Allah.
2. Berfikir Berpandukan Wahyu
  • Bijak menilai antara yang hak dan batil dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam segala urusan hidup.
  • Tidak tunduk kepada hawa nafsu atau logik akal yang bercanggah dengan syariat.
3. Bersyukur dan Qana'ah
  • Mensyukuri nikmat Allah, tidak mudah putus asa dan redha atas segala ketentuan-Nya.
  • Melatih diri melihat segala ujian sebagai peluang mendekatkan diri kepada Allah.
4. Berfikir Kritikal dan Positif
  • Sentiasa meneliti serta menyelidik sesuatu perkara sebelum bertindak.
  • Mengamalkan husnuzon (bersangka baik) terhadap Allah dan manusia.
5. Menjaga Amanah, Jujur, dan Ikhlas
  • Setiap amal dilakukan dengan keikhlasan, tidak riya’ atau mengharapkan pujian manusia.
  • Menjaga hak dan tanggungjawab terhadap sesama manusia dan makhluk lain.
6. Sentiasa Muhasabah
  • Sentiasa menilai dan memperbaiki diri, bertaubat atas dosa, dan memperbanyak amalan soleh.
7. Mengelakkan Syubhat dan Dosa
  • Tidak mencari jalan ‘shortcut’ yang melanggar syariat walaupun logik akal merasionalkannya.
  • Menjauhi perkara yang meragukan dan segala bentuk maksiat.

Dalil: Surah As-Syuraa ayat 26:88 dan 89

Surah As-Syuraa ayat 26:88 (klik sini)
{ يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ } 
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

Surah As-Syuraa ayat 26:89 (klik sini)
{ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ }
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya :Abdullah bin Abdurrahman menceritakan kepada kami, Al-Aswad bin Amir memberitahukan kepada kami, Abu Bakar bin Ayyasy memberitahukan kepada kami, dari Al 'Amasy dari Sa'id bin Abdillah bin Juraij dari Abu Barzah Al-Aslami berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Kedua telapak kaki seseorang tidak pindah-pindah sehingga ia ditanya tentang umurnya dalam apa saja ia habiskan, tentang ilmunya dalam apa saja ia lakukan dan tentang hartanya dari mana ia memperolehnya dan dalam apa saja ia belanjakan, dan tentang tubuhnya dalam apa saja ia sibukkan". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2532]

Saturday, August 16, 2025

Kesempurnaan Iman Melalui Kasih Sayang Sesama Muslim

- us Hussaini Hussain kuliah Maghrib Sabtu 16-Ogo-2025

Kesempurnaan Iman Melalui Kasih Sayang Sesama Muslim

Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Belum sempurna iman seseorang, sebelum dia mencintai bagi saudaranya atau bagi tetangganya, apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0036]

- Sebelum kedatangan Islam, suku Aus dan Khazraj adalah dua suku besar yang bermusuhan dan sering berperang di Yathrib (Madinah). Ketika Nabi Muhammad hijrah ke Madinah, beliau telah mempersaudarakan antara Muhajirin dari Mekah dengan Ansar yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj, serta mendamaikan permusuhan lama mereka.

- Islam mendamaikan manusia, dan hijrah Rasulullah saw ie Yathrib menghubungkan puak Aus dan Khazraj. Allah sebutkan perkara ini dlm surah Ali-Imran ayat 103.

Surah Ali- Imran ayat 3:103 (klik sini)
{ وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ }

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

- Kesempurnaan iman seseorang terikat dengan sifat cinta dan keikhlasan kepada sesama muslim. Seorang mukmin yang benar-benar beriman akan mendoakan dan menginginkan kebaikan, kebahagiaan, dan keberuntungan yang sama untuk saudaranya atau tetangganya seperti dia menginginkan hal tersebut untuk dirinya sendiri.

Hadis ini mengajarkan pentingnya kasih sayang, solidariti, dan hubungan sosial yang positif antara umat Islam, kerana sesama mukmin itu diibaratkan sebagai satu tubuh yang saling melengkapi dan menjaga.

Mencintai saudara seagama termasuk dalam konteks mengajak kepada kebaikan, bersabar dengan kekurangan mereka, serta saling membantu, menghindarkan kejahatan, dan tidak merasa dengki atau iri hati terhadap nikmat yang mereka peroleh.

Org yang mencintai saudaranya kerana Allah (agamanya), akan mendapat naungan Ilahi ketika di Padang Mahsyar.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah.
  1. Imam (pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.)
  2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.
  3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid.
  4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah
  5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat maksiat oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah."
  6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya.
  7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya." 
[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0376]

Wednesday, August 13, 2025

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:213 hingga 214

-us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 13-Ogo-2025

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:213 hingga 214

Surah Al-Baqarah ayat 2:213 (klik sini)
{ كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ }

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

- "ٱلۡكِتَٰبَ" Al-Kitab bermaksud satu kitab. Jika "Al-Kutub" bermaksud banyak kitab (diturunkan oleh Allah kpd banyak Nabi).

- Dirujuk sebagai satu kitab, kerana Nabi² yg diturunkan pd waktu itu mempunyai suhuf masing² yg diturunkan oleh Allah kpd mereka. Setiap kitab mempunyai kesamaan darinsegi hukum tauhid ie mengEsakan Allah. Berkemungkinan terdapat perbezaan dari sudut hukum syarak di antara Nabi² tersebut. Pd Zaman Nabi Ibrahim terdapat Nabi Lut, tetapi wahyubyg diterima oleh mereka khusus utk mereka shj.

Sebagai contoh hukum syarak pd zaman Nabi Yaakub membenarkan perkahwinan 2 org adik beradik kpd Nabi Yaakub. Namun hukum syarak ini dibatalkan apabila turunnya Al-Quran. Contoh lain ada hukum sebelum Al-Quran diturunkan adalah diwajibkan wasiat. Namun selepas Al-Quran diturunkan diwajibkan pelaksanaan faraid shj.

- Pada asalnya manusia adalah umat yang satu, yang berpegang kepada tauhid atau keesaan Allah. Namun, setelah timbul perbezaan dan perselisihan dalam agama dan akidah, Allah mengutus para nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, serta menurunkan kitab-kitab suci sebagai petunjuk dan untuk memutuskan pertikaian di antara manusia. Walaupun setelah datangnya wahyu dan nabi, masih ada yang berselisih dan menolak kebenaran akibat sifat dengki dan permusuhan di antara mereka.

  • Orang Yahudi tidak digelar sebagai orang musyrik dalam Islam kerana Islam mengklasifikasikan mereka sebagai Ahli Kitab (Ahl al-Kitāb).
Ahli Kitab adalah golongan yang menerima wahyu dan kitab suci dari Allah sebelumnya, seperti Taurat untuk orang Yahudi dan Injil untuk orang Kristian. Oleh kerana mereka menerima wahyu dari Allah dan mempercayai satu Tuhan, mereka tidak dianggap musyrik yang bermakna menyekutukan Allah dengan sesuatu.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:214 (klik sini)
{ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ }

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

- Seseorang mukmin tidak seharusnya menyangka bahawa mereka akan masuk syurga tanpa melalui ujian dan cubaan yang berat. Ayat ini mengingatkan tentang kesukaran dan penderitaan yang dialami oleh umat terdahulu yang beriman, seperti kemiskinan, kesakitan, dan ancaman musuh, yang sampai membuat Rasulullah dan para sahabat bertanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Tetapi akhirnya, pertolongan Allah itu pasti datang dan dekat bagi mereka yang bersabar dan berpegang teguh kepada agama.

Ibrah utamanya ialah bahawa keimanan dan ganjaran syurga tidak diberikan dengan mudah atau secara percuma tanpa ujian dan pengorbanan. Ujian adalah sebahagian daripada proses untuk menguatkan iman dan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Orang beriman perlu bersiap sedia menghadapi berbagai ujian duniawi sebagai tanda keikhlasan dan kesungguhan cinta pada Allah. 
Kemenangan dan pertolongan Allah adalah dekat bagi mereka yang sabar dan istiqamah dalam iman mereka.


Thursday, August 7, 2025

Minum Air Kencing Unta & Susu dalam Kitab Bahrul Mazi

- us Lukmanul Hakim kuliah Maghrib Khamis 7-Ogo-2025

Minum Air Kencing Unta & Susu dalam Kitab Bahrul Mazi

  • Kitab Bahrul Mazi adalah sebuah karya hadis berbahasa Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi, disusun oleh Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi, seorang ulama dalam bidang Bahasa Arab, hadis, tafsir, dan fiqh. Kitab ini merupakan huraian terhadap koleksi hadis dari kitab Sunan al-Tirmidzi dengan susunan dan penjelasan hukum syariat daripada hadis Nabi, lengkap dengan penjelasan pandangan mazhab Syafie dan ulama lain.

Dalam kitab Bahrul Mazi, terdapat bab yang membahas tentang air kencing, khususnya berkaitan dengan hukum dan penggunaan air kencing unta sebagai ubat. Misalnya, dalam kuliah Bahrul Mazi jilid 14 disebutkan bab minum air kencing unta yang dihalalkan sebagai ubat, berdasarkan hadis yang menunjukkan Nabi saw mengajarkan berubat dengan air kencing unta bagi puak ‘Urainah.

Anas r.a. bercerita: "Beberapa orang dari 'Ukl atau dari 'Urainah datang ke Madinah, sedangkan hawa kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Nabi menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan beliau. Setelah mereka sihat kembali mereka bunuh gembala unta itu, dan untanya mereka bawa. Berita mengenai kejadian itu sampai , kepada Nabi pagi hari. Lalu Nabi memerintahkan supaya mengikuti jejak mereka. Kira-kira tengah hari mereka dapat ditangkap. Maka Nabi memerintahkan supaya memotong tangan dan kaki mereka, dan mata mereka ditusuk, kemudian dijemur di tempat panas, dan bila mereka meminta minum jangan diberikan. Berkata Abu Qalabah, "Mereka itu mencuri, membunuh, kafir sesudah iman, bahkan menentang Allah dan Rasul-Nya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0154]

- Hukuman yg dikenakan kpd mereka itu berkaitan Surah Al-Maedah ayat 5:33 (klik sini)
{ إِنَّمَا جَزَٰٓؤُاْ ٱلَّذِينَ يُحَارِبُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓاْ أَوۡ يُصَلَّبُوٓاْ أَوۡ تُقَطَّعَ أَيۡدِيهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم مِّنۡ خِلَٰفٍ أَوۡ يُنفَوۡاْ مِنَ ٱلۡأَرۡضِۚ ذَٰلِكَ لَهُمۡ خِزۡيٞ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ }

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Dalam hadis riwayat Anas bin Malik, disebutkan bahawa puak 'Urainah yang datang kepada Rasulullah saw mengalami sakit cacar karena tidak mampu beradaptasi dengan suhu dan udara di Madinah yang berbeda dengan tempat asal mereka. Rasulullah pun memerintahkan agar mereka dibawa keluar dari kota Madinah dan meminum susu serta air kencing unta sebagai ubat. Setelah melakukan itu, penyakit mereka sembuh dan mereka menjadi sehat kembali.

- Apakah doa baginda Rasulullah utk Anas, seperti yg diminta oleh ibu Anas sewaktu menyerahkan Anas utk berkhidmat sebagai pembantu kpd Rasulullah (setibanya baginda ke Madinah, perinstiwa Hijrah)?
Doa yang dibacakan oleh Nabi Muhammad kepada Anas bin Malik ketika ibunya menyerahkan Anas untuk menjadi pelayan Nabi adalah doa agar Anas diberkahi dalam hartanya, keturunannya, dan kehidupannya. Doa tersebut berbunyi:

"اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيهِ"

Artinya: "Ya Allah, perbanyaklah hartanya, keturunannya, dan berkatilah dia dalam semua itu."

- Keberkatan yang diterima oleh Anas bin Malik hasil dari doa Rasulullah Muhammad SAW berupa:
  1. Menjadi orang Ansar yang paling banyak hartanya. Allah mengabulkan doa Nabi sehingga Anas memiliki harta melimpah dan berkah dalam hartanya.
  2. Memiliki keturunan yang sangat banyak, bahkan melebihi 100 orang anak dan cucu.
  3. Diberkahi dalam hidupnya sehingga ia hidup panjang umur, sekitar 103 tahun. Anas meninggal di Basrah. Menurut kebanyakan ulama, Anas wafat pada tahun 93 Hijrah. Jenazahnya dimandikan oleh tabi'in terkenal, Muhammad bin Sirin. Anas termasuk sahabat Nabi Muhammad yang hidup paling lama dan wafat merupakan sahabat terakhir di Basrah.
  4. Mendapat kedekatan dan kasih sayang Nabi Muhammad sehingga ia menjadi pelayan dan sahabat beliau selama 10 tahun serta mendapatkan banyak ilmu dan petunjuk langsung dari Rasulullah.
  5. Anas juga dikenal sebagai sahabat yang banyak meriwayatkan hadis dan menjadi tokoh penting dalam umat setelah wafatnya Nabi.

- Apakah permintaan Anas kpd Rasulullah saw?
Permohonan yang terkenal dari Anas bin Malik kepada Nabi Muhammad adalah harapannya untuk memperoleh syafaat Nabi pada hari kiamat nanti. Anas sering berkata bahwa ia berharap dapat bertemu Nabi dan berkata kepadanya, "Wahai Rasulullah, ini hamba kecilmu, Unais," menandakan kedekatan dan pengharapannya untuk mendapatkan pertolongan dan syafaat Nabi.

- Anas bin Malik dipanggil "Unais" sebagai panggilan manja dari Nabi Muhammad. Panggilan ini diberikan kerana Anas masih kecil ketika mula pemjadi pembantu Nabi, sekitar usia 10 tahun. Nabi Muhammad terkadang memanggilnya dengan kasih sayang tersebut sebagai bentuk kedekatan dan keakraban, bahkan sering juga memanggilnya "anakku".

- Carian Internet
Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan ulasan berkenaan minum air kencing unta, menegaskan beberapa perkara penting:
  1. Air kencing unta terkadang dipandang najis oleh kebanyakan ulama, khususnya Mazhab Syafie, namun terdapat pendapat ulama seperti Imam Malik dan Imam Ahmad yang tidak menganggapnya najis.
  2. Rasulullah SAW memerintahkan puak ‘Urainah yang sakit akibat perubahan iklim Madinah untuk meminum susu dan air kencing unta sebagai ubat.
  3. Berubat dengan air kencing unta dibolehkan dalam keadaan darurat dan dengan syarat di bawah pengawasan perubatan yang berilmu dan adil.
  4. Penggunaan air kencing unta tanpa tujuan perubatan adalah haram.
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO melarang penggunaan air kencing unta secara umum karena risiko penyakit tertentu.

Ada bukti ilmiah yang menunjukkan air kencing unta mengandung kalsium dan bahan lain yang dapat memberi manfaat perubatan.

Hukum asal meminum air kencing unta tanpa tujuan perubatan adalah haram, sedangkan penggunaannya sebagai ubat adalah harus dengan syarat tertentu, dan disarankan oleh pakar perubatan.

Kuliah seterusnya: wuduk sebelum makan?

Tiupan Sangkakala

- us Reza Kamarudin kuliah Maghrib Rabu 6-Ogo-2025

Tiupan Sangkakala

Dalil tiupan sangkakala seperti dalam surah An-Naziat ayat 79:6 (klik sini)
{ يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ }

Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),

surah An-Naziat ayat 79:7 (klik sini)
{ تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ }

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

- Nabi Isa a.s. muncul di Menara Putih. Di manakah Menara Putih itu?
Tempat yang dikenali sebagai Menara Putih adalah lokasi di sebelah timur Masjid al-Umawi, Kota Damaskus, Syria, yang menurut hadis dan penjelasan Ibnu Katsir merupakan tempat turunnya Nabi Isa a.s. ketika zaman Imam Mahdi. Di situ, Nabi Isa akan turun dengan membawa misi untuk menumpaskan Dajjal dan menyatukan umat Islam dalam peperangan akhir zaman.
  • Jadi, Menara Putih yang dimaksudkan untuk turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa adalah di kawasan Timur Damaskus berhampiran Masjid al-Umawi, iaitu satu lokasi yang tersohor dalam sejarah dan tradisi Islam akhir zaman.

- Selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa a.s. di pintu Lud dekat Baitul Maqdis, beberapa peristiwa penting berlaku:
  1. Dunia akan diliputi keamanan dan kemakmuran, di bawah pemerintahan Imam Mahdi yang adil dan kuat. Keadaan aman ini dikatakan berlaku utk tempoh 7 tahun, hinggakan tiada perbalahan walaupun antara 2 org.

  2. Kaum Muslimin akan membersihkan bumi dari saki baki orang kafir, termasuk Yahudi, yang lari bersembunyi di balik bebatuan dan pepohonan; batu dan pokok pun akan 'berbicara' memberitahu keberadaan mereka kecuali pohon Gharqad yang disebut sebagai pohon Yahudi.

  3. Nabi Isa akan memerintah setelah Imam Mahdi wafat, memimpin umat Islam dalam sebuah pemerintahan benar.

  4. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat binasa di muka bumi, memakan apa saja yang ada.
    Carian Internet: Umat Muslimin akan berlindung di Gua Toor sampai Allah menghancurkan mereka.
  5. Setelah itu muncul dajjal kecil (daabatul ardh) yang akan menandai orang beriman.

  6. Akhirnya tiba saat kematian umat Islam secara besar-besaran akibat angin yang bertiup dari utara, (anginnya lembut sepoi-sepoi bahasa), diikuti dengan kemunculan kuasa zalim dari Habsyi yang menguasai dunia sementara waktu. 
    • Pada ketika ini kerosakan dan kemaksiatan berlaku di mana-mana. Hingga muncul syaitan dan mengatakan kpd manusia "adakah kamu sudah sedia utk terima perintah?". Manusia ketika itu bersedia mengikuti perintah syaitan. Maka syaitan perintahkan mereka menyembah berhala, selepas dari itu rezeki manusia menjadi melimpah-ruah menjadikan mereka lupa diri.
    • Dari 'Aisyah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Belum akan pergi malam dan siang (terjadi kiamat) sebelum disembah orang kembali Latta dan 'Uzza." Tanya 'Aisyah, "Ya, Rasulullah! Bagaimana dengan firman Allah yang mengatakan: "Dia (Allah) telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al Quran) dan dengan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkannya atas segala agama walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai." (At Taubah, 33). Aku menduga bahawa ketika ayat itu diturunkan, perihal orang-orang menyembah berhala telah selesai." Jawab Rasulullah saw., "Yang demikian bakal terjadi dengan kuasa Allah. Allah akan meniupkan angin yang baik, maka wafatlah setiap orang yang ada iman dalam dadanya, walaupun iman yang hanya seberat biji sawi. Sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang tidak baik belaka. Lalu mereka kembali memeluk agama nenek moyang mereka."
      [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2468]

Akhirnya ditiupkan sangkakala pertama yg menyebabkan manusia berpaling mencari arah datangnya bunyi sangkakala yg menyakitkan. Bunyi sangkakala menyebabkan manusia mati dlm keadaan leher mereka terpaling (kerana mencari arah bunyi sangkakala itu).

Surah Al-Haj ayat 22:1 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡۚ إِنَّ زَلۡزَلَةَ ٱلسَّاعَةِ شَيۡءٌ عَظِيمٞ }

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.

Surah Al-Haj ayat 22:2 (klik sini)
{ يَوۡمَ تَرَوۡنَهَا تَذۡهَلُ كُلُّ مُرۡضِعَةٍ عَمَّآ أَرۡضَعَتۡ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمۡلٍ حَمۡلَهَا وَتَرَى ٱلنَّاسَ سُكَٰرَىٰ وَمَا هُم بِسُكَٰرَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ ٱللَّهِ شَدِيدٞ }

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.


- 3 Tiupan Sangkakala
  1. Tiupan pertama (Tiupan mengejutkan)
    • Malaikat Israfil meniup sangkakala sekali, menyebabkan seluruh makhluk di langit dan bumi menjadi sangat takut dan terkejut. Ibu yang sedang menyusukan anaknya menjatuhkan bayinya, wanita hamil melahirkan secara tiba-tiba, dan manusia berlarian seperti kupu-kupu bertebaran. Alam semesta mula bergoncang hebat dan berlaku kehancuran besar-besaran.

  2. Tiupan kedua (Tiupan mematikan)
    • Malaikat Israfil meniup sangkakala kali kedua, menyebabkan semua makhluk yang bernyawa mati kecuali yang dikehendaki Allah untuk terus hidup sementara waktu. Pada tahap ini, malaikat Izrail bertugas mencabut nyawa dengan lebih lancar dan agresif, dan alam menjadi sunyi sepi.
    • Jarak waktu antara tiupan pertama dan kedua tidak ditentukan dengan jelas; ia mungkin bermakna hari, bulan, atau tahun.

  3. Tiupan ketiga (Tiupan kebangkitan)
    • Malaikat Israfil meniup sangkakala kali ketiga yang menyebabkan seluruh manusia dibangkitkan dari kubur untuk menghadapi perhitungan di Padang Mahsyar. Manusia keluar dengan keadaan sangat terkejut dan bertanya siapa yang membangkitkan mereka.
Nota: Khilaf sama ada 2 atau 3 kali tiupan Sangkakala.

Setelah itu Allah menurunkan hujan sehingga mayat yang hancur akan tumbuh kembali untuk diadili. Hanya tulang ekor (koksiks) yang kekal dan menjadi asas pembentukan semula jasad manusia.

- Surah Az-Zumar ayat 39:68 (klik sini)
{ وَنُفِخَ فِي ٱلصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخۡرَىٰ فَإِذَا هُمۡ قِيَامٞ يَنظُرُونَ }

Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

Dlm Surah Yassin ayat 36:79 (klik sini), Allah sebutkan kehidupan selepas kematian akan bermula dari tulang. Tulang-tulang yg sudah hancur dan/atau menjadi debu kerana telah terlalu lama mati, apbl terkena air hujan, maka ia akan membentuk manusia yg baru utk menerima pembalasan di Padang Mahsyar.

{ قُلۡ يُحۡيِيهَا ٱلَّذِيٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٖۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ }

Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

- Rupa bentuk Sangkakala
- Alat peniup sangkakala yang digunakan oleh malaikat Israfil untuk meniup sangkakala pada hari kiamat digambarkan sebagai suatu ṣūr (الصُّور), yang secara bahasa bermaksud "tanduk" atau "terompet". 
  • Carian Internet: Alat ini berupa tanduk besar atau terompet yang terbuat daripada cahaya dan sangat besar, dikatakan seluas langit dan bumi. Wallah hu 'alam.

- Jarak masa antara dua tiupan sangkakala.
Dalam hadis sahih disebut ada jarak antara tiupan pertama dan kedua, yang secara tepat tidak diketahui tetapi dijelaskan sebagai “empat puluh”. 
  • Namun, apakah 40 itu tahun, bulan, hari, atau lainnya tidak dijawab secara pasti oleh Abu Hurairah yang meriwayatkan hadith tersebut. Ia menunjukkan jarak tersebut suatu masa yang lama sehingga jasad manusia hancur sepenuhnya kecuali tulang ekor (koksiks) yang menjadi asas kebangkitan semula.