-us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib 5-Sep-2025
Tadabbur Surah Al-Ahzab ayat 33:21 - Ikut Nabi Dalam Melakukan Amalan
{ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا }
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
- "يَرۡجُواْ" Mengharapkan Allah itu dirujuk pada ayat 8 surah At-Tahrim.
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةٗ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِي ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَبِأَيۡمَٰنِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
- Di Padang Mahsyar itu gelap gelita. Org² beriman dibekalkan cahaya "nur". Manakala kpd org² yg fasik dan munafik Allah padamkan cahaya apbl mereka melalui Titian Sirat.
- Allah ingatkan juga dlm surah
Az-Zumar ayat 39:69 (
klik sini).
{ وَأَشۡرَقَتِ ٱلۡأَرۡضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ وَجِاْيٓءَ بِٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَقُضِيَ بَيۡنَهُم بِٱلۡحَقِّ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ }
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
- Utk mendapatkan cahaya/nur, boleh jadikan ayat surah Az-Zumar ayat 18 dgn awalan ayat dijadikan doa, tambahkah "Allah hummaj'alni minal ladzi ..." rujuk
surah Az-Zumar ayat 39:18 (
klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- Pesan Rasulullah saw, supaya umatnya Ikut apa yg baginda lakukan khususnya cara mendirikan solat.
- Kaedah Iktidal:
Setelah selesai rukuk dengan tomakninah, angkat kepala sambil membaca "Sami’ Allahu liman hamidah."
- Berdiri lurus sepenuhnya sambil membaca "Rabbana lakal hamd."
- Kemudian barulah bertakbir untuk sujud.
- Jangan mendahului imam saat berpindah ke rukun lain bila berjemaah.
Dalil hadith yang menguatkan rukun dan bacaan iktidal adalah sabda Rasulullah saw:
- Dari Abu Bakar bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia mendengar Abu Hurairah berkata: "Apabila Rasulullah saw. solat, mula-mula beliau takbir. Ketika hendak rukuk, beliau takbir pula. Ketika bangkit dari rukuk, beliau membaca 'Sami'allahu liman hamidah '. Ketika telah sempurna berdiri dari rukuk, beliau membaca 'Rabbana wa lakal hamd'. Ketika menunduk hendak sujud, beliau takbir pula. Ketika mengangkat kepala dari sujud, takbir pula. Ketika hendak sujud lagi, takbir lagi. Ketika mengangkat kepala hendak berdiri untuk rakaat kedua begitu pula sesudah tasyahhud pertama, membaca takbir pula. Demikianlah seterusnya pada setiap rakaat hingga selesai. Akhirnya Abu Hurairah berkata, "Begitulah cara Rasulullah saw. solat." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0345]
- sebagai makmum, apabl imam selesai bertukar rukun dgn membaca Sami’ Allahu liman hamidah." Kita perlu membaca tasbih Sami’ Allahu liman hamidah." dan setelah berdiri tegak maka baca Rabbana lakal hamd." Apbl imam telah bertukar rukun sujud, maka kita takbir bertukar rukun utk sujud.
- Kaedah angkat jari dalam tahiyat
Perbuatan Nabi Muhammad saw mengangkat jari telunjuk semasa tahiyat adalah sebagai isyarat tauhid, menunjukkan bahawa hanya Allah SWT yang mesti disembah. Nabi saw meletakkan tapak tangan kanan di atas paha kanan dan tapak tangan kiri di atas paha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk kanan dengan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri menutup lutut. Jari telunjuk ini diangkat ketika melafazkan kalimah "illallah" dan kekal diangkat sehingga selesai solat atau salam.
- Ulama Mazhab Syafi’i berijtihad bahawa jari diturunkan selepas salam kerana doa juga dianggap selesai ketika itu. Gerakan ini dilakukan dengan niat mentauhidkan Allah dan mengikhlaskan diri kepada-Nya. Disunatkan jari telunjuk sedikit dibengkokkan dan tidak diluruskan sepenuhnya.
- Kaedah wirid selepas solat dgn 100 zikir
Hadis yang berkaitan wirid selepas solat dengan 100 zikir adalah hadis yang menganjurkan zikir sebanyak 33 kali tasbih (Subhanallah), 33 kali tahmid (Alhamdulillah), 33 kali takbir (Allahu Akbar), dan satu kali tahlil (La ilaha illallah wahdahu la sharika lah). Keseluruhan zikir ini berjumlah 100 kali yang dilakukan selepas solat fardu. Hadis ini menyebut bahawa barang siapa yang melaksanakan amal ini, maka dosanya diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan. Dalam hadis yang diriwayatkan, ketika sampai pada zikir yang ke-100 disebut kalimah tahlil yang penuh makna, yaitu:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير
Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Amalan ini adalah sunat dan pernah diamalkan oleh Rasulullah saw serta para sahabat setelah menunaikan solat fardu.
- Nabi juga menegur supaya tidak tergesa-gesa dengan doa sejurus selepas salam solat tanpa mengagungkan dan memuji Allah serta berselawat ke atas Nabi terlebih dahulu.
- Kaedah wirid 100 zikir selepas solat
- 33 kali tasbih (Subhanallah)
- 33 kali tahmid (Alhamdulillah)
- 33 kali takbir (Allahu Akbar)
- 1 kali tahlil penuh (La ilaha illallah...
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير
)
Carian internet:
Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa orang-orang fakir datang kepada Nabi saw. mengatakan: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami. Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Nabi, "Tidakkah lebih baik ku ceritakan kepada mu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan boleh dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Iaitu: Tasbih (membaca Subhanallah), Tahmid (membaca Allamdulillah), dan Takbir (membaca Allaahu Akbar), setiap selesai solat sebanyak 33 kali. Kami berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Nabi saw., dan beliau menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0460]
- Dari Warid r.a., setiausaha Mughirah bin Syu'bah, katanya: "Di imlakan kepada ku oleh Mughirah bin Syuabah sebuah surat kepada Muawiyah. bunyinya: "Biasanya Nabi saw. setiap selesai solat fardu, beliau membaca: Laa ilaaha illallaahu wahdahu syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. (Tidak ada Tuhan yang patut disembah, melainkan hanya Allah satu-satunya. Tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya lah seluruh kerajaan dan pujian, dan Dia berkuasa di atas segala-galanya). Allahumma laa maani'a limaa a'thaita, wa laa mu'thiya limaa mana 'ta, wa laa yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu." (Wahai, Allah! Tidak ada yang sanggup menghalangi pemberianMu. Dan tidak ada pula yang sanggup memberikan apa yang Engkau larang. Tidak ada manfaatnya di hadapanMu kekayaan orang kaya) [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0461]
Dari 2 hadis di atas, penutup kpd wirid 100 selepas solat itu bukannya dibaca sebagai "... lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir."