-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 5 Mei 2012
:: sambungan kuliah bln Mac, Nur Allah.
-Walau tiada cahaya Allah masih berkuasa mentadbir dunia ini.
-Allah mengatur langit dan bumi dgn tadbirNya sendiri. TadbirNya itu juga adalah Nur Allah.
-Bintang: Allah meletakkan cahaya pdnya yg boleh dilihat oleh manusia.
-Ugama Islam juga diberikan cahaya, cahaya kpd kehidupan manusia. Cahaya ini dizahirkan dlm bentuk aqidah, perbuatan dan keimanan.
-Rasulullah juga ditafsirkan sebagai nur. Rasulullah tidak mempunyai bayang2, maka wajarlah baginda bersifat sama spt cahaya.
-Hati yg kuat, mudah hafal, dan baik pekerti adalah hasil dr nur yg cerah dlm hati manusia. Kalau iman kita kuat, maka akan dizahirkan perbuatan kita dgn perbuatan yg baik2. Amalan mereka akan di bawa naik ke langit (menemui Allah) oleh malaikat dlm keadaan bercahaya.
-Islam yg kita anuti ini faedahnya bukan hanya utk org Islam. Kisah Nabi Musa as. ketika Nabi Musa bersama 70 pengikutnya ke bukit Tursina, ada pengikutnya yg berdoa agar diturunkan perintah/ajaran itu kpd golongan mereka sahaja. Allah murka dan hampir2 memusnahkan golongan tsbt. Ini bermaksud ajaran yg diturunkan Allah adalah utk seluruh umat manusia. Oleh itu dakwah Islamiah bukan hanya utk org Islam, dakwah adalah utk semua org. Maka manusia bertanggungjawab utk menyebarkan ajaran/fahaman/ilmu Islam kpd seluruh umat manusia. Terpulang kpd kemahiran dan kepandaian manusia itu sendiri utk menyebarkan dakwah kpd manusia lain. Ada org berdakwah melalui perjalan keluar spt 3 hari, 40 hari; ada org yg berceramah; ada org yg mengajar di kelas2 pengajian; ada yg guna teknologi (spt internet) utk menyebarkan ugama/dakwah. Matlamat utama adalah utk menjalankan amanat dakwah utk manusia menyembah Allah, dan terlepas tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi yg akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
-Nur Allah yg diberikan dlm hati kita, perlu disebarkan kpd manusia lain. Disamping itu nur yg diberikan itu perlu digilapkan lagi. Nur ini perlu diperluaskan ke seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment