Monday, August 6, 2012

Nuzul Quran

-Us Abu Hassan Din Al-Hafiz Tazkirah Ramadhan 5 Ogos 2012
Nuzul Al-Quran

-Nuzul: mengikut kajian para ulamak, dr segi bahasa bermakna turun. Ada benda/objek yg bergerak dr suatu tempat tinggi ke tempat rendah.
-Al-Quran adalah, kalam Allah (wahyu) yg diturunkan kpd Rasulullah saw, melalui perantaraan Jibrail di tulis dlm mushaf, mengikutinya adalah wajib dan mengingkarinya adalah berdosa.

-Bila diturunkan Al-Quran?
1) Dalil surah qadar, Kami turunkan akan ia itu pd malam lailatul qadar.
2) 3 peringkat:
2.1) 30 juzuk diturunkan oleh Allah dan ditempatkan di Lauh Mahfus. Dalil: bln Ramadhan diturunkan Al-Quran. Lauh Mafmuz adalah dlm perbendaharaan Allah namun tidak diketahui bila tarikhnya dlm bln Ramadhan itu.
2.2) pd mlm lailatul qadar diturunkan Al-Quran di Baitul Izzah.
- Baitul Izzah adalah suatu tempat (langit dunia), juga terletaknya qada' dan qadar.
- Pd zaman nabi Sulaiman, syaitan2 mengajarkan ilmu sihir setelah disuruh oleh ahli sihir utk mengintip di Baitul Izzah. Setelah Allah menurunkan Al-Quran di Baitul Izzah, syaitan tidak lagi berjaya mencuba naik ke Baitul Izzah, rejaman api ie "syiham" dikenakan oleh Allah kpd syaitan. Hari ini kita namakan syiham sebagai komet atau tahi bintang.
- Al-Quran terpelihara di Baitul Izzah dan tiada agi syaitan yg dpt mengintai.
-Jiwa Rasulullah saw adalah suci, baginda benci apbl melihat kemungkaran dan kemaksiatan yg berlaku disekitarnya. Baginda lebih suka mengasingkan diri, "bertannus" ie baginda membawa diri jauh dr gejala maksiat dan kemungkaran yg dilakukan pd zaman baginda. Baginda suka bertannus di Gua Hira' (di puncak jabal Nur). Perjalanan pd hari ini memakan masa 2 jam utk tiba di puncak jabal Nur. Gelaran berkhalwat pd hari ini bermakna berada di kawasan yg jauh dari org ramai, bersama pasangan dan melakukan maksiat. Maka perkataan khalwat hari ini tidak sesuai diguna pakai utk menggambarkan keadaan Nabi dan tujuan baginda berada di Gua Hira'. Maka bertannus adalah lebih tepat utk diguna pakai.

-setelah 6 kali baginda bertannus di Gua Hira', dan baginda pergi dlm bln Ramadhan. Akhirnya baginda dikunjungi Jibrail dan ayat Al-Quran pertama diturunkan kpd baginda melalui perantaraan Jibrail.

- hadis matan = yg dikatakan oleh Rasulullah saw
- hadis sanat = yg disampaikan oleh sahabat setelah mendengar atau melihat perbuatan Nabidan disampaikan kpd sahabat yg lain.
- hadis daif = sekiranya ada salah seorg perawi yg tidak dikenali, maka hadis sanat jatuh tarafnya kpd hadis daif.
-Syaaban adalah bulan Nabi, kerana Aisyah ra, mengatakan Nabi tidak pernah puasa genap selain dr bln Ramadhan, dan tidak pernah puasa banyak selain dr bln Syaaban.

-jangan kita terlalu tamak perkara yg sunat, hingga luput perkara yg wajib. Contoh: jangan tamak puasa dlm bln Rejab, dan genap puasa bln Syaaban, masuk Ramadhan terlatar di hospital kerana kurang zat akibat telah 2 bln berpuasa.
-Ramadhan adalah bulan umatku, kata Rasulullah saw.
--Rejab: bln Allah, Syaaban:bln Nabi dan bln Ramadhan: bln umat nabi Muhammad

- Keistimewaan 3 bln tersbt:
Rejab: 27 Rejab,
Syaaban: mlm Nisfu Syaaban, nisfu bermakna separuh. Berlaku pd 14 mlm 15 Syaaban
Ramadhan: mlm lailatul qadar, 10 mlm terakhir Ramadhan.

-Nabi bertannus di Gua Hira':
- pertama kali: 2 atau 3 mlm Ramadhan. begitu juga pd tahun2 berikutnya.
- Kali ke-6: Sebelum ke Gua Hira', Nabi bermimpi melihat cahaya yg amat terang. Apbl terjaga baginda meminta Siti Khadijah menghantarnya ke Gua Hira'. Pd tanggal 17 Ramadhan, ketika Nabi bertannus di Gua Hira', ada bunyi yg berdesing kuat dan menjelma suatu lembaga yg tidak dikenali, meminta baginda baca dgn suara yg amat kuat. Baginda menjawab, "aku bukan orang yg boleh membaca". Jibrail memeluk baginda dan minta baca. Baginda menjawab yg sama "aku bukan org yg buleh membaca". Jibrail memeluk lagi baginda dan meminta baginda baca, Nabi menjawab yg sama. Setelah itu Jibrail membacakan 5 ayat yg pertama surah Iqra'.

-maka Al-Quran mula diturunkan pd hari 17 Ramadhan bersamaan, 7 ogos 610 masihi. Umur baginda ketika itu 40 thn 6 bln 8 hari (qamariah), atau kiraan thn masihi: 39 thn 3 bln 8 hari (samsiah).

-setelah dilepaskan dr pelukan Jibrail, baginda turun dr Gua Hira' dan tidak sangka diperhatikan oleh Jibrail, apbl tiba di bwh bukit baginda mendengar suara Jibrail lagi, "wahai Muhammad, ana Jibrail, anta Rasulullah". Maka ketika itu terlantiklah Nami Muhammad sebagai Rasulullah.

-Baginda terus berlari pulang ke rumah dan setibanya di rumah baginda meminta diselimutkan, dan demam.
-Siti Khadijah bertemu dgn bapa saudaranya, Naufal. Naufal memberitahu bhw itu adalah petanda baik bagi baginda kerana dia akan menjadi Rasulullah.

-setelah itu terhentilah seketika turunnya Al-Quran, setelah beberapa hari (5 atau 6 hari) Nabi bertemu lagi dgn Jibrail, lalu terus berlari masuk ke dlm rumah dan berselimut. Jibrail kemudiaannya menyampaikan ayat Muttasir. Setelah itu ayat2 Al-Quran diturunkan oleh Jibrail kpd baginda selama 23 thn.
Jibrail mengambil ayat2 Al-Quran dari Baitul Izzah, mengikut keadaan semasa.
--cth: datang wakil kaum yahudi (tujuannya utk menguji kenabian Rasulullah) bertanyakan apa itu roh. Nabi tidak bercakap melainkan berdasarkan wahyu. (Hadis kursi adalah perkataan dr Allah tetapi tidak dimasukkan dlm Al-Quran.) Setelah menunggu beberapa lama baginda tidak mendapat wahyu, dan menyuruh wakil yahudi itu pulang dan dtg semula keesokkan hari. Setelah wakil yahudi itu pulang, maka Jibrail pun dtg membawa suatu ayat, apbl berjanji hendaklah mengucapkan insyaallah. Keesokkanya dtg semula wakil yahudi itu, maka dtglah Jibrail membawakan ayat berkenaan roh. Roh itu adalah urusan Allah, melainkan diberikan sedikit ilmu kpd manusia ie roh itu adalah suatu jisim. Oleh itu tidak akan ada manusia yg akan berjaya menciptakan walau satu roh hinggalah ke hari kiamat.

-Ayat Makkah dan Ayat Madinah
-sebahagian besar ayat Al-Quran yg ada perkataan "nas" diturunkan di Mekah. Sebahagian ayat yg ada "insan" diturunkan di Madinah.
-sepanjang 13 thn baginda di Mekah, yg masuk Islam adalah 600 dan beberapa belas sahaja. Sbb org Mekah adalah org2 nas, minat kpd kufur dan kejahatan.
-Allah rancangkan penghijrahan ke Madinah. Hanya 10 thn, Nabi berdakwah kpd manusia "insan" dan melengkapkan ajaran Islam dan 30 juzuk Al-Quran.
-kajian Al-Quran: 97 kali Allah ulang2 perkataan "insan", dan 273 kali perkataan "nas" disebutkan. Adanya insan di tengah2 nas, maka tertegak Islam. Cth Ammar bin Yasir, bapa (Yasir) dan isterinya (Sumayyah) mati diseksa, mempertahankan Imannya. Begitulah kualiti iman org yg diberi Islam.

-ayat terakhir: sedang mengerjakan Haji, maka turun ayat terakhir Al-Quran kpd baginda. Al-Quran yg ada pd hari ini, membaca adalah ibadah, membaca dan faham maknanya, maka lebih lagi manfaatnya, dan pahala ibadahnya. Al-Quran dibaca, difahamkan maknanya dan diamalkan, makalebih lagi manfaatnya dan ibadahnya.

-doa Nabi kpd Allah supaya diberikan hidayah kpd 2 org musuh ketatnya yg bernama Omar. Mengikut kajian Omar yg satu lagi adalah nama sebenar kpd nama Abu Jahal.

-Suatu hari Omar keluar rumah utk mencari Rasulullah saw utk membunuh baginda, apabl ditanya oleh orang ke mana Omar hendak pergi bersama pedangnya, dia menjawab utk bertemu Muhammad dan hendak membunuh baginda. Dia kemudiannya diberitahu bhw adiknya, Fatimah tlh memeluk Islam. Omar pergi ke rumah Fatimah dan menendang pintu rumah Fatimah, yang ketika itu sedang belajar 6 ayat dari surah Toha dari Habab. Setelah mengambil ayat itu Omar, membaca 6 ayat dr suah Toha, dia berpeluh dan dan terus ingin menemui Nabi. Fatimah takut utk memberitahu di mana Nabi berada, namun setelah diberitahu tujuannya adalah utk memeluk Islam maka Habab bersetuju membawa Omar menemui Nabi. Nabi mengislamkan Omar dan disambut dgn takbir.

-6 ayat surah Toha itu adalah ayat pelembut hati. Kaedahnya apabl org yg ditujukan sedang tidur, bacakan 6 ayat surah Toha dan kemudian hembuskan ke muka org yg hendak hatinya dilembutkan tadi.

-kata Nabi, baca Al-Quran dgn lagu/suara arab. Abu Musa apbl dia membaca Al-Quran maka burung yg sedang terbang akan berhenti. Jika dlm suatu majlis adanya Abu Musa, maka baginda akan meminta Abu Musa utk membaca Al-Quran.

-kita bertadarus dlm bln Ramadhan, maka Jibrail akan dtg dan mentawatil bacaan Nabi. bertadarus adalah belajar dgn seorg yang lain utk membetulkan bacaan kita.
-tadarus terakhir Nabi dlm bln Ramadhan bersama Jibrail, dan baginda dapat melakukannya 2 kali tadarus (lengkap 30 juzuk). Maka itulah susunan surah2 yg ada pd hari ini, yg pertama kalinya diperintahkan oleh saidini Abu Bakar supaya ayat2 Al-Quran ditulis dipelepah2 tamar, ulit2 kayu dan kulit2 binatang, kemudian diarahkan oleh saidina Omar utk dihimpunkan semua L-Quran yg ditulis menjadi sebuah kitab. Akhirnya  disempurnakan oleh saidina Usman dr segi tanda bacaan. Kini Al-Quran dinamakan rasmi Uthmani.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: