-Sambungan dr kulia lalu akan nama2 Hari Qiamat, menggambarkan banyaknya suasana yg akan ditempuhi oleh manusia nanti.
- Saat tiba dan berlakunya Hari Qiamat
1. Suatu persoalan yg hanya diketahui oleh Allah sahaja. Para Nabi dan Rasul tidak mengetahuinya, tidak juga para malaikat.
2. Firman Allah dlm surah Luqman Ayat 31:34
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
- Ayat tersbt menjelaskan bhw Allah sahajalah yg mengetahui perkara2 ghaib, spt bila berlakunya Hari Qiamat.
- Manusia disuruh merancang yg baik utk hidup.
-
3. Org Arab mengejek2 Rasulullah saw apbl disebutkan perkara Hari Qiamat, kerana mereka tidak dpt menerima kenyataan bhw manusia akan dihidupkan semula selepas kematiannya utk menerima balasan.
- para sahabat juga bertanya bila berlakunya Hari Qiamat. Namun Allah memerintahkan kpd Rasulullah supaya menyerahkan hal tersbt kpd Allah
- org kafir dan musyikin juga bertanya dan mengejek2 berkenaan bilakah berlaku Hari Qiamat. Allah menurunkan wahyu seperti firmanNya dlm surah Al-'Araf ayat 187, yg bermaksud:
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
Hadis yg mahsyur berkenaan bila berlakunya Hari Qiamat,
Apbl amanah disia-siakan. Para saabat bertanya lagi bagaimanakah yg dimaksudkan dgn mensia-siakan amanah. Rasulullah kemudiannya menjelaskan, Apbl satu urusan diberikan kpd seorg yg bukan ahlinya (yg tidak mempunyai ilmu mengenainya).
4. Tanda2 Hari Qiamat:
- Ada 2 bhgn tanda2 kedatangan Hari Qiamat, iaitulah tanda2 kecil dan tanda2 besar.
- Tanda2 kecil:
1) hadis: "Aku diutus oleh Allah sbg Rasul dan tempoh hampirnya Qiamat itu adalah seumpama jarak 2 jari telunjuk dan jari tengah, baginda mengangkat tangannya dan menunjukkan 2 jari sebagai isyarat jarak masa yg sangat dekat". Jarak antara kerasulannya dan berlaku hari Qiamat adalah sangat rapat, bermakna juga tiada lagi Rasul selepas baginda hinggalah berlakunya hari Qiamat.
2) hadis 2 yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, sedang Rasulullah duduk berehat, dtg malaikat Jibrail (menyerupai manusia) bertanya akan berlakunya hari Qiamat. Jawab Rasulullah bhw org yg bertanya itu lebih mengetahui bila berlakunya hari Qiamat. Namun baginda menyebutkan bhw tanda hari Qiamat itu adalah apbl seorg perempuan melahirkan tuannya. Juga seorg yg dulunya miskin kemudiannya menjadi kaya dan dilantik menjadi pemimpin. Juga apbl gembala2 kambing sudah bermegah2 dlm bangunan2 tinggi.
- Yg dimaksudkan dgn perempuan yg melahirkan tuannya adalah anak derhaka. Anak derhaka dan memperhambakan ibunya.
- Manusia hari ini berlumba2 membina menara2 bangunan tinggi.
No comments:
Post a Comment