- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 16-9-2013
Surah Al-Insyiqaq Ayat 84:10-12
Ayat 84:10
"Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,"
Ayat 84:11
"Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,"
Ayat 84:12
"Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang."
Sesiapa yg diserahkan buku amalan dr sebelah belakang, kata Syeik Khutub tiada bezanya dgn org yg menerima buku amalan dr sebelah kiri. Mereka ini akan ditempatkan di neraka.
Bandingan yg dibuat sebelum ini adalah pd Ayat 7,
" Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya"
sesiapa yg diserahkan buku amalan dr sebelah kanan, maksudnya mereka ini dr golongan yg akan dipermudahkan amalan hisabnya, tempat mereka adalah syurga.
Ada juga hadis yg menerangkan bhw yg menerima buku amalan dr sebelah kanan, maka akan dibentangkan sahaja perbuatannya di dunia, hanya berbentuk pembentangan, bukannya hisab. Hisab dirujukkan kpd soal-jawab perbuatan yg dilakukan di dunia.
Watak2/Ciri2 ahli syurga perlu diketahui, begitu juga perlu diketahui watak2 ahli neraka, supaya kita tidak lalai hingga melakukan perkara2 yg menyebabkan kita dumasukkan ke neraka.
Ayat ke 84:13
"Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! ",
org yg asyik berseronok maka ia akan menjadi jauh dr Allah, dan lupa daratan. Keseronokan dlm keluarga mesti diharab akan disambung hingga ke syurga. Oleh itu kita perlu pastikan ahli keluarga kita juga melakukan amalan2 yg mendekatkan diri kpd Allah. Perlu diperhatikan dan bimbing anak2 supaya mendengar kata2 dan nasihat ibu bapa. Awasi kawan2nya, jika kawan yg bersembahyang maka syurkurlah jika sebaliknya nasihatkan supaya berhati2 dlm pergaulan.
Apbl ditimpa kesusahan barulah dia ingat kenbali kpd Allah.
Hadis menyebut bhw anak melihat wajah ibu bapanya maka dia akan mendapat pahala.
Ayat 84:14
"Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !"
Jangan kecil hati jika masih tidak mendapat apa yg dihajatkan dr Allah. Sekiranya diberi kekayaan belum pasti kita akan dapat menghadirkan diri dlm majlis ilmu di surau/masjid kerana kesibukan mengejar kekayaan. "Allah memberi kpd kita apa yg kita perlu"
Satu lg sifat manusia, ie enggan mematuhi Al-Quran. Akibatnya org Islam diperintah oleh Yahudi. Manusia yg enggan patuh tunduk kpd ajaran Allah akan mengaku beriman kpd Allah apbl nyawanya hampir keluar dr jasadnya.
Surah Yunus Ayat 10:90 dan 10:91,
Ayat 90:
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
Ayat 10:91:
"(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
firaun beriman kpd Allah ketika mana nyawanya dihujung hayat. Namun Allah tidak menerima keimanannya, kerana sebelum nyawanya ditarik, dia lupakan Allah."
Jangan kita menjadi spt kumpulan jabariah, yg menyerahkan segalanya kpd Allah, tapa meletakkan usaha dihadapan. Spt harga barang naik, ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia kita diminta berusaha utk tidak menaikkan harga barang.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha memperbaiki keadaan hidup mereka.
No comments:
Post a Comment