Saturday, February 8, 2014

Pusaka

- Dato' Zaidi Sabtu 8-Feb-2014
Pusaka

- Faraid umpama jalan dan pusaka itu umpama kenderaan.

- Pusaka lahir dr ikatan
(i) perkahwinan
(ii) pertalian persaudaraan darah-daging
melahirkan hak utk persemendaan bagi mewarisi harta.

-Ikatan mewarisi harta utk perkahwinan terputus/terbatal bila berlaku perceraian.

-Harta pusaka adalah harta alih (tabungan, wang, saham ) dan harta tak-alih (rumah, tanah).

-suami tidak berhak mengambil harta nafkah isteri (hasil dr usaha/kerja si isteri). Namun suami wajib memberi nafkah (termasuk wang/belanja tunai) kpd isteri mengikut kemampuannya.

-Perlu nyatakan bagaimana harta yg dimiliki akan diagihkan kpd sesiapa yg diingini.

--Byk kes di mana perkahwinan ke2, ke3 atau ke4 dirahsiakan. Apbl meninggal dunia isteri pertama selalunya menafikan hak isteri ke2 dan selainnya kerana tidak dimaklumkan/disembunyikan oleh si mati. Mengakibatkan terjebak kpd makan/memiliki harta haram.

--Apbl meninggal, harta akan ditinggalkan. Yg diharap adalah doa anak yg soleh dan amalan fardu kifayah. Jika berlaku pergaduhan/perbalahan adik-beradik berebut harta, maka ditakuti tiada anak yg mendoakan arwah bapanya.

-harta pusaka kecil dinilaikan kpd kurang dr rm2 juta. Nilai ini dinaikkan dr jumlah rm600 ribu sebelum ini.

-Wasiat perlu mendapat persetujuan dr semua ahli waris.

-(i) jika wasiat dibuat utk diberikan kpd kawan si mati ie bukan ahli waris, maka sekiranya semua ahli waris bersetuju, maka kawan tsbt mendapat harta yg diwasiatnya. Sekiranya semua ahli waris tidak bersetuju, maka si kawan tsbt layak mendapat 1/3 dr harta diwasiatkan.

-(ii) jika wasiat dibuat utk diberi kpd ahli waris (cth anak sulong), dan tidak dipersetujui oleh semua ahli waris, maka anak sulong itu tidak berhak mendapat harta wasiat tsbt, sebaliknya dia berhak mendapat harta melalui pembahagian faraid.

-4 perkara yg perlu diselesaikan sebelum membuat pembahagian pusaka:
(1) tolak nazar si mati;
(2) tolak urusan perbelanjaan jenazah;
(3) tolak hutang si mati;
(4) tolak bhgn yg diwasiatkan.

No comments: