Monday, April 6, 2015

Tanda-tanda kematian 40 hari terakhir

- us xxx Kuliah Maghrib Ahad 5-Apr-2015

Persiapan menghadapi mati

- Kematian itu pasti. Dalil bhw setiap dari kita pasti mati:

Surah Al-Mulk Ayat 67:2 (klik sini)
(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ)

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Surah Ali Imran Ayat 3:185 (klik sini)
(كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah An-Nahl Ayat 16:61 (klik sini)
(وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ مَا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ)

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

- Tanda-tanda kematian dlm masa baki 40 hari -- Terdapat 5 tanda pd tubuh, 5 tanda perangai, dan 5 tanda mimpi.

5 tanda melalui isyarat mimpi:
- tidur dlm keadaan berwuduk, mengadap kiblat, berdoa
  1. mengkafan jenazah sifulan bin pulan
  2. memandikan jenazah
  3. mengusung jenazah
  4. membaca talkin bersama org lain
  5.  -- 
5 tanda pada perangai (perbuatan pelik):
  1. bertemu dgn seseorg dgn muka yg berseri-seri dan meminta halal kan makan dan minum
  2. bertemu dgn org yg dekat 
  3. bercakap seorangan 
  4. mengumpulkan pakaian (spt nak bermusafir)
  5.  -- 
5 isyarat pada tubuh badan:
  1. rambut tumbuh uban dgn cepat
  2. mata yg cerah jadi kabur
  3. sentuhan pd kulit badan rasa sejuk
  4.  -- 
  5.  --
Persiapan utk mati:
  1. Perbanyakkan amalan yg wajib (solat jgn tinggal)
  2. Perbanyakkan yg sunat utk menampung kekurangan yg wajib (spt membaca Al-Quran)
  3. Perbanyakkan sedekah
    • dlm diri kita ada 2 jenis aset ie kekal dan sementara
  4. Qiamulail (solat malam)

Tanda kematian 100 hari sebelum meninggal dunia:
- Tanda pada kuit badan pada waktu Asar di mana sebagian kulit begerak-gerak secara sendiri. Saiz kulit yang bergerak seperti sebesar duit 50 sen (kurang 1 inci). Mungkin berlaku pada kulit tangan. 
  • Tanda ini akan hilang apbl kita telah mula sedar, dan mungkin telah bertanyakan kepada orang lain, kenapa kulit kita bergerak secara sendiri.
  • Setelah kita sedar, kulit tidak akan bergetar lagi. Hingalah muncul tanda-tanda dlm masa 40 hari sebelum kematian.

Habbatus-sauda - ubat kepada segala penyakit, kecuali kematian
  • Mewartakan kepada kami Muhammad bin Rumh dan Muhammad bin Al-Harits, mereka berdua orang Mesir, berkata: Mewartakan kepada kami Al-Laits bin Sa'ed, dari 'Uqail, dari Ibnu Syihab, mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdur-Rahman dan Sa'id bin Al-Musayyab, bahawasanya Abu Hurairah mengkhabarkan keduanya, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya dalam Habbatus-Sauda* terdapat ubat penyembuh dari segala macam penyakit, kecuali sam**," * Habbatus-Sauda- adalah Syuniz, semacam jinten hitam. ** Sam, maksudnya adalah kematian. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3447]

No comments: