Friday, May 8, 2015

Rujuk Selepas Perceraian

- us Dato Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 7-Mei-2015


Rujuk Selepas Perceraian

- Dlm syarak, kuasa rujuk kpd isteri adalah hak suami. Tidak ada peruntukan undang2 yg membolehkan isteri menuntut suami rujuk semula perkahwinan mereka.

- rujuk mesti dibuat dlm tempoh edah. Juga boleh dilafaskan rujuk dlm keadaan isteri tiada semasa lafas rujuk diucapkan. Mahkamah syariah meminta suami mendatangkan 2 org saksi yg mendengar lafas rujuk si suami. Saksi perlu memberi keterangan peristiwa dan lafas yg dikatakan oleh si suami. Hukum org yg adalah saksi rujuk, namun tidak mahu hadir ke mahkamah utk menjadi saksi, maka dia berdosa.

- sekiranya kes di mana isteri tidak menerima kata2 suami yg mengatakan dia telah rujuk, maka boleh ke mahkamah syariah dan mahkamah meminta si suami membawakan 2 org saksi.

- kes di atas terguna pakai kpd talak rajaie sahaja. Limit kpd rujuk ini, adalah 2 kali sahaja.

-sekiranya telah berlaku byk kali lafas cerai suami kpd isterinya, dan byk kali juga lafas rujuk suami kpd isterinya. Maka sekiranya pasangan ini telah sedar kesilapan mereka, maka hendaklah mereka merujuk kpd mahkamah dan mendpt nasihat utk jalan penyesaian. Sekiranya mereka akui lebih dr 3 kali rujuk maka mahkamah mengambilkira tlh berlaku 3 kali cerai dan menetapkan pasangan itu berpisah,kerana tak berlaku perceraian bain kubra (talak yg tidak boleh dirujuk semula, cerai talak 3).

- sekiranya si suami melafaskan cerai kemudiannya secara senyap melafaskan rujuk tanpa penegetahuan isterinya. Kemudian melakukan cerai dan senyap2 rujuk. Jika lebih dr 3 kali maka telah jatuh perceraian bain kubra. Isteri tidak tahu keadaan ini, maka si suami adalah berdosa utk terus hidup bersama isterinya. Si suami mesti juju dan memberitahu isterinya perkara cerai dan rujuk.

- rujuk dgn diadakan syarat tidak diterima oleh syarak. Cth, rujuk dgn isteri dlm satu tempoh hingga anak mereka habis pemeriksaan SPM.

- Contoh suami yg zalim dlm kes perceraian:

  1. Apbl tlh bercerai, dia melafaskan haram terhadap nafkah yg diberikan nya kpd isteri semasa tempoh perkahwinan mereka.

  2. Meletakkan syarat2 tertentu terhadap isteri yg menyebabkan akan jatuh talak.
    Cth mengatakan kpd isteri sekiranya keluar rumah tanpa keizinan suami, maka jatuh talak ke atas isteri. Si isteri keluar rumah pd mlm tersebut utk keluar membeli makanan malam, keesokan harinya si suami bertanya adakah si isteri telah keluar rumah pd mlm sebelum nya, dan jawapan isterinya adalah ya, maka suami kata telah jatuh talak ke atas isterinya kerana melanggari syarat talak yg dibuat olehnya.

-apbl pasangan yg bukan Islam yg hanya seorg sahaja yg menukar ugama dan memeluk Islam, manakala pasangan nya tidak bersetuju utk memeluk Islam, maka pasangan itu mesti/wajib berpisah. Pasangan yg telah memeluk Islam mestilah mufarakah terhadap perkahwinannya.

No comments: