- us Johari kuliah Maghrib Rabu 30-Mac-2016
kitab Riyadussolihin (Taman org-org yang soleh) Imam Nawawi
Hadis pertama adalah mengenai niat.
- Kita praktikkan apa yg kita niatkan.
Abdullah bin Saba seorg yahudi yg merancang memasuki Islam pd zaman saidina Usman, dgn tujuan memesongkan ajaran Islam yg kini kita panggil ajaran Syiah.
Saddam Hussain semasa pemerintahannya memanggil seorg tokoh Islam ke kabinetnya yg mwnwrangkan tajuk kepintingan menghapuskan Syiah.
Pd zaman saidina Ali, lahirnya kumpulan khawarij, ie kumpulan yg extreme yg turut sama berperang menentang tentera yg dipimpin oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Kumpulan ini membuat keputusan keluar dari pasukan Saidina Ali apbl Saidina mengambil keputusan utk memberhentikan peperangan dgn pasukan Muawiyah yg juga merupakan Gabenor dr Syam.
(a) Muawiyah dilantik menjadi Gabenor di Syam semasa pemerintahan khalifah Usman ibnu Affan
(b) Apbl Saidina Usman meninggal kerana dibunuh oleh musuh Islam, bajunya yg berdarah telah dibawa ke Syam, kepada Muawiyah. Mereka menuntut Muawiyah utk mengenakan hukuman ke atas pembunuh Saidina Usman.
(c) Saidina Ali selepas dr kematian saidina Usman, mengambil keputusan utk mendapatkan sokongan baiah dr Gabenor Syam (ie Muawiyah) utk Saidina Ali menjadi Khalifah sebagai keutamaan, berbanding menghukum pembunuh Saidina Usman.
(d) Muawiyah mengambil keputusan utk memerangi Saidina Ali kerana tidak bersetuju utk mencari pembunuh Saidina Usman.
(e) Saidina Ali telah menyediakan tentera bersiap sedia menentang tentera Muawiyah. Berlaku peperangan besar antara dua pasukan tentera Islam.
(f) Apbl keadaan tentera Muawiyah seperti hampir tewas, Muawiyah mengambil keputusan utk memberhentikan peperangan.
(g) Apbl Muawiyah memberhentikan pepwrangan,maka Saidina Ali juga mengambil keputusan utk memberhentikan peperangan.
(h) Maka wujud 2 golongan dlm pasukan Saidina Ali. Golongan pertama bersetuju dgn keputusan Saidina Ali dan bersyukur kerana peperangan sesama Islam telah berhenti. Golongan ke2 merasa tidak setuju dgn tindakan Saidina Ali, dan menuntut Saidina Ali.
(i) Golongan ke2 ini akhirnya keluar dr menyokong Saidina Ali, dan menjadi golongan khawarij.
No comments:
Post a Comment