- us Robby kuliah Maghrib Ahad 24-Apr-2016
Israk dan Mikraj seperti disebutkan dalam Bible
Jarak masa antara Nabi Musa -Muhammad, hampir 2,000 tahun. Begitu juga jarak masa antara Nabi Daud -Muhammad. Manakala jarak masa antara Nabi Isa-Muhammad adalah hampir 500 tahun. Kisah Israk dan Mikraj disebutkan dlm kitab-kitab terdahulu dr Al-Quran.
- Nabi Daud bin Yusyak bin Nun as menceritakan bhw ada seorg Nabi yg diberi kekuatan
- Nabi Daud adalah Nabi ke-12, dari keturunan Nabi Yaakub.
- Nabi2 terdahulu semuanya adalah Islam.
- Kristian tidak boleh disebutkan ugama samawi, kerana tauhid ugama samawi adalah syahadah Lailahaillah. Kitab2 sebelum Al-Quran disampaikan oleh malaikat Jibrail.
-Nabi Yusyak ada 6 org anak, dgn 4 org daripadanya adalah lelaki. Nabi Daud adalah anak ke6.
Nabi Yusyak berjaya memasuki Palestine, setelah berjaya menumpaskan tentera Jalut. Baju perang tentera Jalut adalah baju besi dan bertopi tembaga. Tentera Jalut gagah.
- 12 keturunan Nabi Yaakub memohon doa kpd Allah utk diutuskan seorg pemimpin utk meminlmpin 12 kaum yg ketika itu mendiami Palestine.
- Bible: Nabi Daud adalah pengembala kambing, yg sentiasa berzikir yg bunyinya spt lagu. Dlm Bible sebutkan ada 70 lagu, namun dlm Al-Quran disebut 7 lagu.
Surah Saba Ayat 34:10
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;
- Nabi Daud meminta izin dr bapanya utk menyertai peperangan menyertai tentera yg dipimpin oleh raja Talut.
- Nabi Daud ketika berhadapan dgn Jalut, diambilnya beberapa batu dan dilontarkan kpd Jalut dgn kalimah Allah. Batu2 tersbt mengenai kepala Jalut dan matilah Jalut.
- Nabi Daud kemudiannya dilantik menjadi raja di Palestine. Baginda kemudiannya berkahwin dgn anak perempuan raja Talut.
- Nabi Daud diberikan mukjizat membuat baju besi dan kemerduan suara.
- Anak Nabi Daud adalah Nabi Sulaiman.
Perkataan Israk disebutkan dlm 3 keadaan dalam Bible:
- Nabi Lut membawa keturunannya keluar dr kota Sodom
- Nabi Musa membawa keluar pengikutnya dr Mesir dr dikejar oleh tentera firaun.
- Perjalanan Nabi Muhammad saw dlm peristiwa Israk dan Mikraj.
- Kitab Bible di Malaysia dicetak dan dikeluarkan oleh persatuan Bible Malaysia. Dlm kitab ini disebutkan ada 66 kitab.
kitab Masmur [org Islam sebut Zabur], bab 26, menceritakan kisah Nabi Daud, yg mana syairnya/lagunya menceritakan Mekah. Sewaktu di Al-Quds, Nabi Daud membasuh anggotanya kemudian menyembah Allah dgn mengadap qiblat, dgn syair yg menyebutkan rindunya kpd Baitullah (Kaabah). Syair itu juga menyebutkan kota Mekah terletak di suatu lembah di antara) bukit, juga disebutkan perigi Hajar (telaga Zam-Zam). Disyairkan juga perjalanan Rasulullah dr Mekah ke bukit Tursina, sebagai sebahagian dr perjalanan Israk dan Mikraj.
- Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan dr Nabi Daud. Mukjizat Nabi Sulaiman adalah boleh menguasai jin.
Surah Saba Ayat 34:13
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
- 2 anak Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan, hingga ke Assur
- Israel di bhgn Utara
- Yahudi di bhgn Selatan
- Kerajaan Babylon apbl menjajah kerajaan Assur telah memusnahkan masjid dan istana Nabi Sulaiman.
- Selepas itu muncul kerajaan Farsi menguasai Palestine. Selepas itu muncul kerajaan Iskandar the Great.
- Nabi Imran dan Nabi Zakaria hidup dlm zaman itu. Isteri Nabi Imran melahirkan Maryam, yg kemudiannya melahirkan Nabi Isa.
- Saidina Umar memimpin tentera perang ke Yarmuk (pembukaan Palestine). Setelah kemenagan di Yarmuk Saidina Umar pulang semula ke Mekah. Kemudian paderi di Palestine menulis surat kpd saidina Umar utk dtg ke Palestine dan menaungi Palestine.
- Saidina Umar ketika sampai ke Palestine atas jemputan paderi terkenal Palestine, dia berjalan kaki sementara pengikutnya menunggang. Terkejut paderi itu apbl diketahui saidina Umar berjalan kaki sementara rakyatnya menunggang.
3 perkara haram dlm Bible:
- Haram memakan khinzir
- Haram menjadikan patung2 berhala sebagai Allah. Bible mengatakan Allah tidak boleh disamakan dgn apa2 juga.
- Haram mengatakan Allah beranak dan mempunyai anak.
Surah An-Nisa Ayat 4:171
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
Surah Al-Maidah Ayat 5:72Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
Surah Al-Maidah Ayat 5:116Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
Surah Saf Ayat 61:6Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
No comments:
Post a Comment