Saturday, June 25, 2016

Perang Badar

- us Muhammad Fauzi Asmuni tazkirah Suboh Sabtu 25-Jun-2016

Perang Badar pd 17 Ramadhan thn ke2 hijrah.
Ramadhan adalah bln utk kita mengukuhkan Islam.
Pembukaan Mekah pd 8 Ramadhan thn ke8 hijrah.
Perang Tabuk juga berlaku di bln Ramadhan ( sewaktu perjalanan balik tentera Islam), dgn 30,000 tentera Islam.

Setahun sebelum itu ie thn ke7 jihrah, Perang Muktah (dgn 3,000) tentera Islam melawan 200,000 tentera Rom. Perang Muktah berlaku di luar bln Ramadhan.

Perang Tabuk:
Rasulullah keluar pd bln Rejab, dan perjalanan balik baginda dlm bln Ramadhan, Ketika itu berlaku peperangan menentang tentera Rom.

Pembukaan Andalus juga berlaku dlm bln Ramadhan.

Kejatuhan Baghdad di tangan Mongol dan megembalikan semula Baghdad ke tangan Islam. Perang ini juga berlaku dlm 25 Ramadhan. Sebelum itu, kira2 40 peperangan tlh berlaku antara tentera Islam dan Mongol, yg kesemuanya dimenangi oleh tentera Monggol. Kekuatan tentera Monggol itu hingga ada yg mengatakan mustahil tentera Monggol akan tewas dlm apa juga peperangan.

Perang Israel dan Arab. Tentera Mesir berjaya mengembalikan bumi Sinai ke tangan org Islam pd 10 Ramadhan.  Tentera Arab tlh sampai ke Gaza, tetapi oleh kerana genjatan senjata tajaan Amerika, maka peperangan terhenti hingga di Gaza.

Peperang2 Guzwah adalah peperangan2 yg disertai oleh Rasulullah. Ada peperangan kecil yg tidak disertai oleh Rasulullah.

Org Quraisy amat sensitif dgn peperangan apbl berperang dgn org Islam, kerana sekiranya tentera Islam menang maka akan lebih ramai org memasuki Islam.

Pd thn ke10 hijrah, dakwah Rasulullah menjalani jln buntu, bilangan org yg memasuki Islam kurang. Pd thn ke10 Rasulullah mulakan dakwah ke kabilah2 yg memasuki Mekah. Org Quraisy memang berjumpa dgn kabilah2 yg memasuki Mekah dan memburukkan Rasulullah dan Islam.

Rasulullah ke Taif dan meminta pemuda2 Taif utk melindungi baginda dari serangan org Quraisy. Taif adalah lokasi yg strategik kerana adanya berhala2 yg besar. Taif di anggap Bandar ke2 besar selepas Mekah. Manakala Madinah spt perkampungan yg suasananya berbeza dgn bandar.

Masuk thn ke11 bln Zulhijjah , dtg 6 org dan melakukan baiah dgn Rasulullah.

Masuk thn ke13 bln Zulhijjah, masuk 12 org berbaiah dgn Rasulullah. 5 di antaranya adalah yg dtg berbaiah pd thn ke12.

Baiah utk berperang hanya bermula pd thn ke13 hijrah.

Org Quraisy amat benci kpd kalimah syahadah, kerana pd mereka itu adalah ancaman yg paling besar, kerana lambat laun org Arab dan lain2 bangsa akan memusnahkan bangsa Quraisy. Memang benar kerana beberapa thn selepas perang Badar org Quraisy dikalahkan oleh org Arab.

Perang Badar amat penting:
1. Rintihan Rasulullah dan doa Rasulullah sekiranya tewas tentera Islam maka tidak akan ada Islam di bumi.
2. Menjadikan para sahabat yg berperang dlm perang Badar itu adalah mereka yg paling bernilai.
3. Doa Rasulullah utk mengampunkan dosa2 para tentera Islam yg menyertai perang Badar. Disebutkan dlm hadis, Allah mengampunkan dosa para tentera Badar "Buatlah apa yg kamu hendak kerana Aku telah ampunkan dosamu".

Sebelum berpindah ke Madinah dan perang Badar,  org2 Islam beribadat dlm keadaan ketakutan dan dianiaya oleh org Quraisy. Di Madinah org Islam dpt beribadat dgn aman.

Apbl diperintahkan perang Badar, tentera Islam tiada persiapan berperang, kerana berbelas thn dakwah Rasulullah tiada satu pun peperangan. Bilangan 313 tentera Islam dlm perang Badar adalah kumpulan yg yakin dan tawakal yg kuat dgn janji Allah.

Dlm perang Uhud (setahun selepas perang Badar) tentera Islam adalah 1,000 org. Namun perang Badar utk mengumpulkan seramai itu adalah sukar kerana org Islam tidak sedia utk berperang.

Tentera Badar dan para sahabat adalah mereka yg menyerahkan jiwa raga mereka secara mutlak kpd Rasulullah dan Allah. Juga kecintaan yg tinggi, sifat redho kpd perintah Allah, yg amat tinggi yg tidak dpt kita tiru.

Dlm perang Tabuk, Rasulullah berkata kpd para sahabat utk pergi ke Tabuk utk berperang.

-Saidina Usman yg ketika itu telah menyiapkan 200 unta utk berniaga. Mendengarkan tujuan Rasulullah utk berperang, saidina Usman menyerahkan 200 untanya utk dibawa ke Tabuk utk menyediakan dan menyiapkan tentera Islam. Selepas itu dia serahkan lagi unta utk tentera Islam. Dikatakan 900 unta didermakan oleh saidina Usman.

-Saudina Abu Bakar serahkan 400 dinar utk perang Tabuk. Namun itulah semua hartanya yg ada utk didermakan kpd Rasulullah utk membiayai peperangan Tabuk. Kita lihat penyerahan jiwa secara mutlak.

-Saidina Khadijah menyerahkan hartanya utk membantu dakwah Rasulullah. Pengorbanan yg tinggi dan ketaatan yg mutlak.

- Puteri Rasulullah i.e. Fatimah redho melakukan kerja2 harian sendirian, tidak dibantu oleh pembantu. Apbl dia dtg bertemu Rasulullah utk mendapatkan seorg pembantu (hamba) spt lain2 org, baginda Rasulullah menyuruhnya pulang dan melakukan kerja2 harian dgn sabar. Dikatakan tangan Fatimah luka2 (spt hancur) kulitnya kerana menguli tepung.  (skrg tepung dah siap utk dimasak, dulu tepung gandum perlu dibuat sendiri guna tangan).

No comments: