Saturday, October 8, 2016

Hijrah

- us Zamri kuliah Suboh Sabtu 8-Okt-2016

- Mahkamah Allah adalah mahkamah yg seadil-adilnya.setiap jiwa tidak akan dizalimi. Walau sekecil-kecil amalan ianya akan didatangkan utk dihitung.

Surah Yasiin Ayat 65:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

- Perkara-perkara yg boleh menghapuskan dosa adalah
1) melakukan amalan yg baik.
2) bersedekah. Antaranya memberi minum kpd org ramai.

Surah Al-Baqarah Ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Hijrah Rasulullah ke Madinah bermula pd bulan Safar dan sampai di Madinah pd bln Muharram.

- Saidina Umar Al-Khattab memulakan kalendar dgn mengambil 1 hari bulan (cadangan dr Saidina Ali) Saidina Uthman mencadangoan dgn permulaan bulan bermula dr bln Muharram ie bln pertama selepas dr musim haji.

- Fathul Makkah ie tuntutan wajib ke atas org Islam utk berjihrah dr Mekah ke Madinah secara fizikal.  Namun selepas Fathul Mekah, tiada lagi hijrah dr Mekah ke Madinah.

- Imam Shafie berkata pentingnya kita berhijrah,  bermusafir meninggalkan org yg dikasihi, maka akan ditemui org yg sayang kpdnya, kemanisan hidup akan dtg selepas diuji dgn sedikit kesusahan.

- Anak-anak yg mendpt peluang belajar di asrama/kolej/universiti, semoga mereka mendpt hikmah dan ilmu yg menjadikan mereka anak yg lebih baik, berjaya di dunia dan akhirat.

No comments: