- us Dr Mohd Sukki bin Othman Kuliah Maghrib Isnin 22-Mei-2017
Permasalahan berkaitan puasa di bulan Ramadhan
- Tanda akhir zaman adalah kematian yg mengejut. Dulu kematian dlm keadaan yg mana ahli keluarga bersedia, kini byk kematian yg tidak disangka, tidak ada tanda2 akan kematian org tersayang, menjadikan keadaan kalut.
- oleh itu jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan paling baik. Kita tidak tahu sama ada kita akan diberi peluang utk menemui Ramadhan thn hadapan.
- nilai pahala:
1) solat berjemaah diganjarkan dgn 27x.
2) infaq diganjarkan 700x.
3) puasa dirahsiakan ganjarannya. Hanya Allah yg memberi ganjaran mengikut keikhlasan org yg melakukan puasa.
- puasa yg dilakukan secara adat menjadikan puasa dgn berlapar shj.
- berpuasa dgn niat melakukan ibadah kpd Allah. Jaga semua anggota juga, perbuatan dan percakapan dgn menjaga dr melakukan perkara yg boleh mengurangkan pahala puasa.
- Hukum wanita yg hamil atau menyusukan anak:
1) wanita yg hamil atau menyusukan anak diberikan keringanan utk berbuka puasa.
2) Khilaf utk qada puasa dan bayar fidyah.
(a) mazhab Hanafi: wajib qada puasa shj.
(b) mazhab Hambali dan Shafie:
(i) wajib qada shj jika takut memudaratkan kesihatan diri sendiri.
(ii) wajib qada dan bayar fidyah jika berbuka puasa itu kerana takut ke atas kandungan atau anak yg disusui.
(c) mazhab Maliki: wajib qada, namun utk wanita yg menyusukan anak mereka mesti byr fidyah.
- Jumhur ulamak cenderung kpd hukum yg sebutkan oleh mazhab Hambali dan Shafie.
- diberikan keringan utk berbuka kpd yg dlm perjalanan. Cth, menaiki pesawat ke negara yg waktu berbuka lewat dr waktu berbuka di tempat asal,maka diharuskan berbuka puasa. Namun kpd yg terus berpuasa adalah lebih afdal. Jika berbuka puasa maka wajib qada puasa tersbt.
- bg yg bermusafir, waktu berpuasa dan berbuka puasa baginya adalah merujuk kpd waktu di mana dia berada. Bukannya mengikut waktu tempat asalnya.
- membaca Al-Quran dlm bln Ramadhan
1) jika baca Al-Quran dgn makna, atau secara bertadarus, maka itu lebih baik. Malah dituntut oleh Islam.
2) Ramadhan bukannya berlumba utk menghabiskan bacaan 30 juzuk.
- kadar fidyah adalah mengikut bilangan hari tidak puasa, ie 1 cupak sehari.
- org yg layak byr fidyah shj:
(i) Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.
(ii) Orang yang telah meninggal dunia(hendaklah disempurnakan oleh waris si mati).
- org yg perlu qadar fan byr fidyah:
(i) Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnya.
(ii) Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air susu, (menyebabkan sesuatu yg buruk kpd anak susuannya).
(iii) org yg melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnya.
- utk kategori ke3 ini, kadar fidyah didarabkan dgn jumlah tahun yg dilewatkan.
- ukuran gantang Baghdad:
(a) 1 Gantang Bagdad = 2.75 liter. 1 gantang = 4 cupak.
(b) 1 Cupak = 0.688 liter = 750 grm.
- bagaimana kaedah utk mengira jumlah hari puasa yg tertinggal (tidak berpuasa) semasa dr akhil baligh.
Tiada kiraan khusus, tetapi mulakan dgn:
1) bertaubat kpd Allah.
2) buat anggaran berapa hari yg telah ditinggalkan, maka qada puasa mengikut bil anggaran hari tersbt.
soalan kpd ustaz: 019-324 1364
No comments:
Post a Comment