Monday, May 27, 2019

Kiraan Masuk Waktu Solat Dhuha

Masuk waktu Dhuha adalah sepertiga (1/3) dari waktu Suboh selepas Syuruk.

Waktu Dhuha bermula  ketika matahari berada pada kedudukan kira-kira pada ketinggian segalah dan berakhir sebelum masuk waktu Zohor. Berdasarkan takrifan ini, fuqaha merumuskan waktu Dhuha adalah:

Dhuha = Syuruk + 1/3(Syuruk - Suboh)


Contoh pengiraan #1:
Masuk waktu Suboh (Terbit Fajar): 5.39 pagi
Syuruk: 7.01 pagi

(a) Dapatkan waktu Suboh dalam minit: 0701-0539 = 82
(b) 1/3 dari waktu Suboh dalam minit = 27.3 (round down kepada 27)


>> Waktu Dhuha = 7.01 + 0.27 = 7.28 pagi.


Contoh pengiraan #2:
Masuk waktu Suboh: 5.41 pagi
Syuruk: 7.01 pagi

(a) Dapatkan waktu Suboh dalam minit: 0701-0541 = 80 minit
(b) 1/3 dari waktu Suboh dalam minit = 26.7 (round up kepada 27)


>> Waktu Dhuha = 7.01 + 0.27 = 7.28 pagi.



Waktu akhir Dhuha adalah 9 minit sebelum Zohor.


No comments: