Thursday, March 24, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:194-195

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 21-Mac-2022

Surah Al-Baqarah Ayat 2:194-195


{ ٱلشَّهۡرُ ٱلۡحَرَامُ بِٱلشَّهۡرِ ٱلۡحَرَامِ وَٱلۡحُرُمَٰتُ قِصَاصٞۚ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَٱعۡتَدُواْ عَلَيۡهِ بِمِثۡلِ مَا ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ }

(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Pencabulan pada bulan haram dibalas dengan pencabulan/pencerobohan yang seimbang di bulan haram.

- 4 bln haram dalam kalendar Islam ie 3 bln berturut dari Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Kemudian bulan ke-4 ie bln Rajab.  Bulan haram bermaksud, haram utk "menumpahkan darah" ie tidak dibenarkan peperangan. Org yg mencabuli (ie melanggar pencabulan yg dipersetujui dlm) bulan haram, dia tidak lagi dijamin dari sebarang pencerobohan/peperangan.


{ وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

- "waqaf taanuq" atau disebut juga sebagai "waqaf muanaqaf" :
  • tanda tiga titik yg datang berpasangan (ie ada 2)
  • cara bacaan ayat yg mempunyai tanda waqaf taanuq/muanaqaf:
    • (i) waqaf/berhenti pada hanya salah satu, atau
    • (ii)  meneruskan bacaan tanpa berhenti pada mana-mana tanda 3 titik.
- Sewaktu ayat ini diturunkan, Rasulullah dlm fasa awal pembinaan kerajaan Islam di kota Madinah, maka ayat ini minta org Islam menginfaq harta.

- Ayat "janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan" menjadi sandaran kpd larangan spt pengharaman menghisap rokok, asasnya dari data dan fakta yg dikaji oleh pengkaji dan pakar perbuatan, merokok membahayakan kesihatan. 


Persediaan menyambut Ramadhan:
Apa persediaan kita utk menyambut kedatangan Ramadhan?
  1. Bykkan berdoa, ie doa supaya dipertemukan dgn Ramadhan thn ini. 

  2. Jaga kesihatan, elak dari musibah covid. Agar tidak terganggu urusan ibadah di bln Ramadan. 

  3. Tingkatkan amalan bln Ramadhan thn lalu. 

  4. Tidak berbalah 8 atau 20 rakaat solat tarawikh. Rasulullah SAW bersabda, jika dlm keadaan manusia berbalah berkenaan ibadah, maka ikutlah sunnahku dan sunnah 4 khalifah ie saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Usman dan saidina Ali. 

    Sabda Nabi saw:

     فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

    Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.” [HR Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42), Abu Daud (4607) dan al-Tirmizi (266)]

  5. Buat ibadah dgn menjaga kualiti.

  6. Tadarus Al-Quran. Tadarus bermaksud berkumpulan sekurang-kurangnya 2 org, seorg baca dan seorg lagi mendengar, semak sambil membetulkan bacaan. Tadarus bukan bermaksud membahagikan muka surat, atau surah atau juzuk mengikut individu atau kumpulan pembaca. Jangan memilih ahli kumpulan supaya hanya yg lancar shj.

    Satu kaedah praktikal adalah pembahagian mengikut masa, contoh kumpulan 5 org, dan tadarus utk 1 jam. Maka setiap org membaca utk 12 minit, atau 1 muka surat dlm 3 minit. Dgn itu individu yg kurang lancar atau akan dpt dibantu/diajar cara bacaannya bagi setiap kali pusingan bacaan. Dia mungkin mmapu baca 3 baris ayat dlm tempoh e minit, selainnya di bantu utk dihabiskan oleh individu yg lancar bacaan. 

  7. Perbanyakan sedekah. Utk 4 kali solat Jumaat, tambahkan nilai sumbangan, contoh 100%. Cth jika biasa bersedekah rm5, jadikan rm10. Jika biasa bersedekah rm10 jadikan rm20.

        - Ramadhan ialah siang dan malamnya adalah waktu mustajab berdoa. 

        Nota tambahan: 
        Gigitlah sunnah Rasulullah SAW dengan gigi geraham

        حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

        Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar ‘Irbadl bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat.” Baginda bersabda: “Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” [HR Ibnu Majah No: 42 Status: Hadis Sahih]




        No comments: