Wednesday, October 26, 2022

Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:34 hingga 46

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 26-Okt-2022

Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:34 hingga 46

Surah An-Naziat ayat 79:34 (klik sini utk paparan ayat)

{ فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ }

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -

ayat 79:35 (klik sini)

{ يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ }

Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

- "sa'a" bermaksud apa yg dibuat sehingga ianya selesai, yg penuh kesungguhan, atau beriya-iya atau bersungguh-sungguh yg melibatkan tenaga fizikal dan sikologi.
- ibrah kpd ibadah sa'ie adalah kesulitan yg turut ditanggung secara sikologi.

ayat 79:36 (klik sini)

{ وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ }

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

- "barazo" bermaksud suatu yg tersembunyi diserlahkan, ie pertukaran dari tidak nampak kpd jelas kelihatan. Iaitulah diperlihatkan neraka.
- adakah neraka jahanam hanya diperlihatkan kpd org kafir sahaja?
  • Ahli syurga juga boleh melihat neraka, mereka nampak org² yg sedang diseksa dlm neraka. Ahli syurga merasakan amat bersyukur kerana terlepas dari azab seksaan neraka.
  • Begitu juga org kafir yg dimasukkan dlm neraka, mereka boleh melihat org² yg berada dlm syurga dgn kesenangan dan kenikmatan yg diperoleh oleh ahli syurga.

ayat 79:37 (klik sini)

{ فَأَمَّا مَن طَغَىٰ }

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

- "togho" bermaksud melampau iaitulah melebihkan atau mengurangkan apa yg diperintahkan Allah.

ayat 79:38 (klik sini)

{ وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا }

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata,

- org yg melebihkan dunia, dan kehidupan dunia.

ayat 79:39 (klik sini)

{ فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ }

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

- "tempat tinggal" adalah dirujukkan tempat yg kekal. 
  • Allah tidak gunakan "dimasukkan" dlm ayat ini kerana sesuatu yg dimasukkan nescaya ianya akan dikeluarkan pd suatu masa nanti. Bila Allah rujukkan tempat tinggal, maka ianya bermaksud masuk dan tidak keluar, iaitulah tempat kekal yg abadi di dlm neraka.

ayat 79:40 (klik sini)

{ وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ }

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

- "khouf" bermaksud ketakutan yg terthasil dari kesilapan yg telah dilakukan.
- "khaisyah" memberi maksud ketakutan yg lebih mendalam kerana dia ketahui (ada pengetahuan) akibat yg lebih dahsyat.

ayat 79:41 (klik sini)

{ فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ }

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Ayat seterusnya masuk kpd bhgn terakhir surah An-Naziat,

ayat 79:42 (klik sini)

{ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَا }

Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"

- pelik kpd org musyirikin Mekah yg menanyakan bilakah berlaku hari kiamat, sedangkan mereka sudah sebati dgn tidak mempercayai hari kiamat itu sendiri. 
  • Pertanyaan tsbt adalah utk mempersenda dan memperlekeh Nabi Muhammad saw.

ayat 79:43 (klik sini)

{ فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَىٰهَآ }

Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

ayat 79:44 (klik sini)

{ إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ }

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

ayat 79:45 (klik sini)

{ إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا }

Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

- "munzir" bermaksud beri peringatan. 
- memberi peringatan dgn pengetahuan. 

ayat 79:46 (klik sini)

{ كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَىٰهَا }

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

- Apbl ahli neraka telah melihat neraka jahanam, maka mereka merasakan itulah pengakhiran bagi mereka buat selama-lamanya. Disebabkan kedahsyatan yg menanti mereka berkurun-kurun lamanya dlm neraka itu nanti, mereka membandingkan tempoh hidup mereka hanya sepetang atau sepagi shj. 


Nota kuliah sebelum ini:
  • Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:15 hingga 24 (klik sini)


No comments: