Sunday, February 19, 2023

Redha

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 18-Feb-2023

Redha

- Redha seorg hamba ke atas sekalian keputusan Allah SWT qadak-qadarNya, baik-buruk, suka-duka, susah-senang.
- Redha itu hasil daripada perasaan cinta dan kemulian yg tinggi yg dekat dgn Allah. Redha itu pintu ie tempat seorg merenung yg mengharapkan syurga, menjadikannya tabah dan kuat menjalani kehidupan dunia.

- Redha itu salah satu dari sifat Allah SWT, sedangkan syurga itu ciptaan Allah. Allah sebutkan dlm surah At-Tawbah ayat 9:72 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ وَرِضۡوَٰنٞ مِّنَ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

  • Redha Allah itu lebih dari nikmat syurga.

- Lawan kpd redha adalah benci. Hadis: 
Dari Abu Hurairah r.a., dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. di tempat tidur. Lalu aku meraba-raba, maka terabalah olehku kedua tumit beliau sedang ditegakkannya. Ketika itu beliau berada dalam masjid, sedang membaca: "Allahumma a'udzu biriddhaka min sakhatika wa bimu'afatika min 'uqubatika, wa a'udzu bika minka. La uhshi tsana-an 'alaika, anta kama atsnaita 'ala nafsika." (Wahai Allah! Aku berlindung dengan redha Mu dari murka Mu, dan dengan kemaafan Mu dari seksa Mu, dan aku berlindung dengan Mu dari Mu. Tidak kuhingga-hinggakan pujian atas Mu, sebagaimana Engkau memuji diri Mu)". [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0440]

- Redha seorg hamba adalah dia tidak membenci atas apa yg diputuskan oleh Allah SWT. Dia akan terima tanpa merungut/komen.
- Nabi Muhammad saw adalah contoh manusia penyabar, redha dgn ujian Allah, dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Islam.
- Pelbagai cara redha spt menunaikan perkara² yg wajib, melakukan perkara² yg disuruh dan meninggalkan perkara yg dilarang, tanpa mempertikaikannya.
- Hadis:
Barangsiapa memusuhi wali Aku, bererti dia telah menentang Aku, mengisytiharkan perang kepada Aku. Dan tidaklah hamba Aku mendekatkan diri kepada Aku dengan satu amalan. Kemudian hal itu dianggap sama dengan apa yang Aku wajibkan kepadanya. Apabila hamba Aku sentiasa mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan-amalan yang sunat, maka Aku pun akan mencintainya.

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0755]

- redha itu terbahagi kpd dua bhgn. 1. Wajib iaitu redha terhadap perintah Allah
- surah At-Tawbah ayat 9:59 (klik sini
{ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ رَضُواْ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ سَيُؤۡتِينَا ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَرَسُولُهُۥٓ إِنَّآ إِلَى ٱللَّهِ رَٰغِبُونَ }

Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah"

Redha + Sabar:
- 2. Redha dlm menerima musibah. Hukumnya wajib menerima musibah, dan kepayahan, dan wajib bersabar menerima ujian itu.

- hadis: daripada Ibu Abbas,  kata Nabi saw, "Jika kamu mampu mengerjakan sesuatu dengan rasa redha dan yakin maka buatlah. Namun jika kamu tidak mampu, ketahuilah bahawa sabar menghadapi sesuatu yang kamu benci adalah kebaikan yang amat banyak." 

  • Bila nak beramal, kita perlu redha. Apabila kita diuji maka bersabarlah.


No comments: