Monday, June 5, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 5-Jun-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- 2 talak yg boleh dirujuk ie 1 dan 2 disebut talak rajai. Talak ke3 ie talak batil iaitulah tidak boleh dirujuk kembali.

Surah Al-Baqarah ayat 2:231 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖۚ وَلَا تُمۡسِكُوهُنَّ ضِرَارٗا لِّتَعۡتَدُواْۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓاْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوٗاۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَمَآ أَنزَلَ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَٱلۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُم بِهِۦۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- Ayat 231 ini waktu hampir tamat edah.
- Ayat 232 bila tempoh edah telah tamat. Jika hendak kembali semula maka berlaku pernikahan spt mereka pasangan pengantin baru.

Ayat 2:232 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعۡضُلُوهُنَّ أَن يَنكِحۡنَ أَزۡوَٰجَهُنَّ إِذَا تَرَٰضَوۡاْ بَيۡنَهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ ذَٰلِكَ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ مِنكُمۡ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۗ ذَٰلِكُمۡ أَزۡكَىٰ لَكُمۡ وَأَطۡهَرُۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

- apbl bercerai, maka perlu ke Pejabat Qadi utk menfailkan perceraian dihadapan Qadi. Apbl rujuk semula dlm tempoh edah, perlu rekodkan di Pejabat Qadi.
Dlm tempoh edah, isteri kekal di dlm rumah, tetapi bekas suami perlu keluar dari rumah.

- jangan mempermain²kan ayat Allah contohnya di akhir tempoh edah, dia rujuk semula, kemudian dia ceraikan isteri itu (dgn tujuan menyusahkan bekas isteri supaya tidak boleh bernikah utk tempoh tiga bln edah). Allah jelaskan bhw mereka sedang menganiaya diri mereka sendiri, kerana balasan azab disediakan utk mereka yg melakukan perkara sedemikian.

- tempoh edah:
  1. Edah bagi wanita yang bercerai adalah selama tiga kali suci.
  2. Jika isteri diceraikan ketika mengandung, edah tamat apabila wanita tersebut melahirkan anaknya, (bukan hingga suci dari nifas).
  3. Jika wanita tersebut telah menopause, edah ialah selama tiga bulan.
  4. Jika wanita tersebut telah kematian suami, tempoh edah adalah empat bulan 10 hari namun mereka tidak berhak mendapat nafkah.
  5. Jika isteri diceraikan tanpa disetubuhi, tiada tempoh edah.
- wanita yg bercerai dan melahirkan anak, dia boleh bernikah dgn lelaki (suami baru) sebaik shj melahirkan anak yg dikandungnya.

...

No comments: