- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 21-Okt-2023
Menjadi orang yang redha
Bagaimana hendak menjadi org yg redha:
1. Bersikap sama ie sama ada nikmat atau cubaan
a) Menerima segala perkara dlm kehidupan dgn tabah.
2. Membuang sikap benci dan permusuhan sesama manusia, kecuali org itu telah melanggar hak² Allah.
a) Sifat Rasulullah saw adalah memaafkan, kecuali apbl hak Allah dilanggar.
b) Permusuhan atas sebab peribadi boleh menghilangkan redha.
3. Berhentilah dari meminta- minta dari manusia
a) Berikan bantuan kpd org yg memerlukan bantuan, tetapi dia tidak meminta.
b) Jadilah org yg mendahulukan org lain. Berikan hak bantuan kpd org yg lebih berhak menerimanya.
Surah Al-Baqarah ayat 2:273 (klik sini)
{ لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِيمَٰهُمۡ لَا يَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافٗاۗ وَمَا تُنفِقُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ }
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
b) Bersedekah adalah perkara yg hendak dilakukan kpd org yg telah meninggal. Org yg telah meninggal nampak kelebihan beramal tetapi sudah tiada peluang beramal.
c) Kata Ibnu Abbas, org itu ada makanan pada waktunsiang jangan minta utk makanan waktu malam.
3 tingkatan Redha
1. Redha kpd Allah
a) membersihdiri dari semua perkara² syirik. Mengesakan dan melaksanakan segala perintah Allah, hingga rasa seronok melakukan amalan/ibadat kpd Allah.
b) Kata Ibnu Abbas, bagaimana dia mesti mencari atau meminta selain dari Allah?
Surah Al-An'am ayat 6:164 (klik sini)
{ قُلۡ أَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡغِي رَبّٗا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيۡءٖۚ وَلَا تَكۡسِبُ كُلُّ نَفۡسٍ إِلَّا عَلَيۡهَاۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرۡجِعُكُمۡ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ }
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
Surah Al- An'am ayat 6:14 (klik sini)
{ قُلۡ أَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيّٗا فَاطِرِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَهُوَ يُطۡعِمُ وَلَا يُطۡعَمُۗ قُلۡ إِنِّيٓ أُمِرۡتُ أَنۡ أَكُونَ أَوَّلَ مَنۡ أَسۡلَمَۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ }
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "
Surah Al-An'am ayat 6:114 (klik sini)
{ أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡتَغِي حَكَمٗا وَهُوَ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكِتَٰبَ مُفَصَّلٗاۚ وَٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡلَمُونَ أَنَّهُۥ مُنَزَّلٞ مِّن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ }
(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
- Allah itu tuhan yg Esa yg perlu disembah, Nabi Muhammad itu adalah Rasul/pesuruh Allah dan Islam itu adalah cara hidup manusia.
a) Islam itu ad-din ie cara hidup. Dgn itu Allah lantik manusia sebagai Rasul, bukannya malaikat, suapaya manusia boleh pelajari dan mencontohi apa yg dilakukan oleh Rasul, cara amalannya, cara ibadatnya, cara hidupnya untuk mencapai redha Allah.
2. Redha dgn takdir Allah.
a) Takdir itu adalah rahsia Allah.
3. Redha dgn keredaan Allah
- menjadikan seseorg itu tidak mempertikaikan ujian yg dihadapi.
4. Jangan bersangka buruk kpd Allah.
No comments:
Post a Comment