Sunday, May 25, 2025

Perkahwinan Tidak Sah

- us Faizal Sudin Ali Kuliah Maghrib Ahad 25-Mei-2025

Definisi Perkahwinan Tidak Sah:

Perkahwinan tidak sah bermaksud perkahwinan yang tidak memenuhi semua syarat dan rukun yang ditetapkan menurut Hukum Syarak untuk menjadikannya sah. Jika salah satu syarat atau rukun tidak dipenuhi, maka perkahwinan itu dianggap tidak sah dan tidak mengikat secara syarak.

Punca-Punca Perkahwinan Tidak Sah:
  1. Tidak Lengkap Rukun Nikah
  2. Tiada wali yang sah bagi pengantin perempuan (kecuali jika diwakilkan kepada Wali Raja dalam keadaan tertentu).
  3. Tiada dua orang saksi lelaki yang adil.
  4. Tiada lafaz ijab dan kabul yang jelas dan tepat.
  5. Salah satu pihak (suami atau isteri) tidak memenuhi syarat seperti baligh, berakal, dan beragama Islam.
  6. Salah Satu Syarat Tidak Dipenuhi
  7. Pengantin lelaki atau perempuan dalam keadaan ihram haji atau umrah (yang dilarang bernikah dalam ihram).
  8. Perkahwinan dilakukan secara paksaan tanpa kerelaan salah satu pihak.
  9. Pengantin lelaki sudah mempunyai empat isteri yang sah pada masa yang sama.
  10. Perkahwinan dengan mahram atau orang yang haram dinikahi.
  11. Perempuan dalam tempoh iddah.
  12. Perkahwinan Tanpa Kebenaran atau Izin Wali
    • Nikah tanpa izin wali bagi perempuan yang memerlukan wali menyebabkan perkahwinan batal dan tidak sah.
  13. Perkahwinan yang Disembunyikan (Nikah Sirri) Tanpa Pendaftaran Rasmi
    • Walaupun memenuhi rukun, jika tidak didaftarkan secara rasmi, ia boleh menimbulkan masalah pengiktirafan undang-undang, tetapi dari segi syarak mungkin sah jika rukun dipenuhi.

Hadis berkenaan mahar atau mas kawin
  • Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., "Berapakah mahar Rasulullah saw"?" Jawabnya, "Mahar Rasulullah saw. untuk para isteri beliau dua belas uqiyah dan satu nasy. Tahukah anda berapa satu nasy itu?" Jawab ku, "Tidak!" Kata beliau, "Setengah uqiyah. Maka jumlahnya sama dengan lima ratus dirham. Sekianlah mahar Rasulullah saw. bagi masing-masing isteri beliau." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1349]

1 ukiyyah bersamaan 40 dirham.
12 ukiyyah × 40 dirham per ukiyyah = 480 dirham
1 dirham bersamaan RM1.15 (currency exchange pd Mei/2025)
Maka, mas kahwin 12 ukiyyah bersamaan RM552.00

Dalil Surah Al-Baqarah ayat 2:223 (klik sini)
{ نِسَآؤُكُمۡ حَرۡثٞ لَّكُمۡ فَأۡتُواْ حَرۡثَكُمۡ أَنَّىٰ شِئۡتُمۡۖ وَقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُم مُّلَٰقُوهُۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ }

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Surah Al-Baqarah ayat 223 menerangkan mengenai hubungan suami isteri dengan menggunakan perumpamaan isteri sebagai "kebun tanaman" bagi suami. Maksudnya, suami boleh mendatangi isterinya (berhubungan intim) pada bila-bila masa dan dengan cara yang disukai, asalkan isteri dalam keadaan suci (bukan haid atau nifas) dan hubungan itu dilakukan melalui farji (jalan yang sah).

Seorg suami wajib berikan mas kahwin kpd isterinya. Dalilnya dlm surah An-Nisa ayat 4:4 (klik sini).
{ وَءَاتُواْ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَٰتِهِنَّ نِحۡلَةٗۚ فَإِن طِبۡنَ لَكُمۡ عَن شَيۡءٖ مِّنۡهُ نَفۡسٗا فَكُلُوهُ هَنِيٓـٔٗا مَّرِيٓـٔٗا }

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Seorg suami wajib berikan nafkah kpd isteri dan keluarga. Nafkah itu meliputi makan-minum, pakaian danntempat tinggal.

Dalil #1: Surah At-Talaq ayat 65:7 (klik sini)
{ لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا }

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Dalil #2: Surah Al-Baqarah ayat 2:233 (klik sini)
{ ۞وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Hadis tentang ancaman kpd isteri yg menidakkan ajakan suami melakukan kelamin.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke ranjang, tetapi tidak diperkenankan oleh isterinya, lalu semalam itu suaminya marah kepadanya, maka si isteri itu mendapat kutuk malaikat sampai Subuh."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1373]

Sunday, May 18, 2025

Tentangan dan Cabaran Para Nabi

- us Dr. Mohammed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Mei-2025

Tentangan dan Cabaran Para Nabi

Para rasul, termasuk Nabi Muhammad SAW, ditentang oleh tokoh-tokoh hebat pada zamannya karena beberapa sebab utama:

  1. Takut kehilangan pengaruh dan kekuasaan: Para pemimpin dan tokoh masyarakat khawatir jika ajaran para rasul diterima, maka kekuasaan dan status sosial mereka akan hilang.
  2. Takut kehilangan harta dan status sosial: Banyak tokoh yang menolak karena mereka merasa akan kehilangan keuntungan ekonomi dan kedudukan yang selama ini mereka nikmati, misalnya para pembuat patung berhala.
  3. Tidak ingin meninggalkan agama nenek moyang: Mereka tetap mempertahankan kepercayaan lama dan menolak ajaran baru yang dibawa para rasul, meskipun amalan sembahan patung yg sekitan lama diamalkan itu tidak diketahui kebenarannya (ikutan semata-mata).
  4. Rasa iri, dengki, dan angkuh: Ada yang merasa lebih pantas menerima wahyu atau merasa lebih tinggi derajatnya sehingga menolak risalah para rasul.
  5. Tidak percaya pada ajaran para rasul: Ada juga yang menganggap ajaran para rasul tidak logik, bahkan menuduh mereka gila atau tukang sihir.

Surah Al-An'am ayat 6:112 (klik sini)
{ وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا شَيَٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِي بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٖ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ }

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.


Surah Al-Furqan ayat 25:31 (klik sini)
{ وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا مِّنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيٗا وَنَصِيرٗا }

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).


Peristiwa Habil dan Qabil menggambarkan bisikan syaitan dlm hati manusia. Firman Allah dlm surah Al-Maedah ayat 5:27 (klik sini)

{ ۞وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱبۡنَيۡ ءَادَمَ بِٱلۡحَقِّ إِذۡ قَرَّبَا قُرۡبَانٗا فَتُقُبِّلَ مِنۡ أَحَدِهِمَا وَلَمۡ يُتَقَبَّلۡ مِنَ ٱلۡأٓخَرِ قَالَ لَأَقۡتُلَنَّكَۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِينَ }

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Allah minta manusia berlindung dari syaitan, walaupun hendak membaca Al-Quran. Firman Allah dlm surah Al-Nahl ayat 16:98 (klik sini)
{ فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ }

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

Cabaran dan tentangan Nabi Muhammad saw oleh Abu Lahab. Abu Lahab tidak percaya adanya kehidupan selepas dari kematian. Apabila Abu Lahab tewas dalam perang Badar, baginda berkata-kata lagi dgn Abu Lahab, hinggakan ditanya oleh saidina Umar. Balas baginda, Abu Lahab mendengar cuma tidak boleh berkata-kata lagi.

Kisah Nabi Muhammad SAW berkata-kata dengan jasad Abu Jahal terjadi selepas Perang Badar. Setelah peperangan, Rasulullah SAW mengumpulkan mayat-mayat musuh, termasuk Abu Jahal, dan sebelum dikuburkan, Baginda memanggil mereka dan bertanya:

"Ya Abu Jahal bin Hisyam! Ya Umayyah bin Khalaf! Ya Utbah bin Rabi’ah! Ya Syaibah bin Rabi’ah! Bukankah kalian telah menemukan apa yang dijanjikan oleh Tuhanmu itu benar? Sesungguhnya aku telah menemukan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar."

Kemudian, Ibnu Mas'ud mendekati Abu Jahal yang terluka parah dan ketika hendak memenggal lehernya, Abu Jahal memberi isyarat seolah ingin berkata. Ibnu Mas'ud menunduk dan mendengar Abu Jahal berkata, "Sampaikan salamku kepada temanmu, katakan aku adalah musuhnya di dunia dan akhirat." Setelah itu, Ibnu Mas'ud memenggal lehernya.

- Allah sayang kepada hambaNya, percayalah Allah sayang kpd kita.

- Ujian demi ujian yang dilalui dan dialami oleh para Nabi namun mereka tetap sabar. Nabi Muhammad diuji dan disusahkan oleh orang² kafir.

Surah Ali-Imran ayat 3:31 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam surah Ali-Imran ayat 31, Allah jelaskan jika kita mahukan keampunan dari Allah, maka kita mesti mengikuti sunnah dan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.

  • Masjid dan surau yang hidup, ramai ahli kariahnya yang memeriahkan masjid dan surau, kawasan itu aman dan selamat didiami. Matinya masjid dan surau dgn penduduknya tidak memeriahkan dan melibatkan diri dgn masjid/surau, tempat itu terdedah dgn masalah rumah-tangga, masalah sosial.

Allah sebut kisah² Nabi dan Rasul dlm Al-Quran itu sebagai pengajaran dan supaya kita tidak melampaui batas.

Ujub
- Ujub adalah penyakit hati yang merusak keikhlasan, sehingga amalan yang seharusnya diterima oleh Allah menjadi sia-sia atau tidak diterima.

Jangan rasa diri kita hebat kerana amalan² yg kita lakukan, kerana itulah "ujub" ie bisikan syaitan yg menjadikan seseorang itu rasa hebat dgn amalan yg dilakukan.
  • Contoh 1: anak saya mendapat 10 A+ kerana saya selalu solat malam.

Bisikan syaitan menjadikan seseorg itu merasakan amalannya yg kecil itu benar dan hebat dan menjadi asbab kejayaan yg diterima atau diperoleh. Maka dia mula menceritakan amalannya kpd org lain.

Surah An-Najm ayat 53:32 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٞ فِي بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡۖ فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ }

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

  • Amalan kebaikan yang disertai perasaan ujub (bermegah diri atau bangga atas amal sendiri) maka gugurlah pahala kebaikannya, sia-sialah apa yg dilakukannya itu.

Ujub membuatkan seseorang merasa amalnya hebat karena dirinya sendiri, bukan kerana taufik dan rahmat Allah. Akibatnya, amalan tersebut kehilangan keberkatan dan ganjaran dari Allah.



Saturday, May 17, 2025

Tafsir Surah Al-Qalam ayat 68:2 hingga 4

- us Zamri Abdul Rahim kuliah Maghrib Sabtu 17-Mei-2015

Tafsir Surah Al-Qalam ayat 68:2 hingga 4

Surah Al-Qalam ayat 68:2 (klik sini)
{ مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٖ }

Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

Ayat ke-2 Surah Al-Qalam bermaksud menegaskan kepada Nabi Muhammad bahawa beliau bukan orang gila, melainkan diberi nikmat dan kurnia oleh Allah. Ayat ini menjawab tuduhan orang-orang kafir Quraisy yang menganggap Nabi Muhammad gila atau tukang sihir ketika beliau menyampaikan risalah Islam. Allah menegaskan bahwa kurnia dari Tuhan menjadikan Nabi Muhammad bukan orang gila, melainkan utusan (Nabi) yang benar.

Ayat ini:
  • Allah menolak tuduhan orang kafir yang menyebut Nabi Muhammad gila.
  • Nabi Muhammad mendapat nikmat kenabian dan petunjuk dari Allah.
  • Penegasan ini menguatkan risalah dan hati Nabi Muhammad dalam menghadapi penolakan dan fitnah.

Ayat ini mengingatkan bahwa wahyu dan kenabian adalah kurnia dari Allah, bukan hasil dari kegilaan atau sihir.

Tuduhan ini muncul karena penentangan keras terhadap dakwah Nabi pada masa awal Islam. Jadi, ayat ini menegaskan kebenaran kenabian dan menolak fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Surah Al-Qalam ayat 68:3 (klik sini)
{ وَإِنَّ لَكَ لَأَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُونٖ }

Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

Ayat ke-3 Surah Al-Qalam bermaksud memberi jaminan kepada Nabi Muhammad bahawa beliau akan memperoleh pahala yang besar dan tidak putus-putus dari Allah atas kesabaran dan perjuangannya menyampaikan risalah Islam. Ayat ini menguatkan semangat Nabi agar tetap tabah menghadapi ejekan dan penentangan kaum musyrik, karena balasan dari Allah adalah ganjaran yang kekal dan berlimpah.

Surah Al-Qalam ayat 68:4 (klik sini)
{ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ }

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

- Allah memuji akhlak Nabi sebagai akhlak yang agung dan tinggi, yang menjadi sebab beliau mampu menghadapi segala ujian dan penentangan dengan sabar dan bijaksana.

- Kaitan ayat ini dengan akhlak adalah:
  • Akhlak mulia Nabi Muhammad menjadi bukti bahwa beliau bukan orang gila, karena orang yang berakhlak baik jauh dari sifat gila.
  • Akhlak Nabi yang luhur merupakan manifestasi dari pelaksanaan ajaran Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, menunjukkan kesempurnaan budi pekerti beliau.
  • Dengan akhlak yang tinggi, Nabi menjadi teladan bagi umat, dan ini menjadi alasan pahala yang tidak terputus dari Allah.

Ayat ini menghubungkan pahala besar yang diterima Nabi dengan kemuliaan akhlak beliau, menegaskan bahwa akhlak yang agung adalah ciri utama kenabian dan kebenaran risalahnya.


Tawaduk

- us Azhar Tuarno Kuliah Suboh Sabtu 17-Mei-2025

Tawaduk

Tawaduk secara bahasa bermakna rendah hati, merendahkan diri, atau bersikap lemah lembut tanpa kesombongan. Dalam konteks tafsir dan pemahaman Islam, tawaduk adalah sikap hati yang sangat penting dimiliki oleh seorang mukmin ketika mendekatkan diri kepada Allah, beribadah, dan berinteraksi dengan sesama manusia.

Maksud Tawaduk menurut Imam Bukhari
Imam Bukhari, selain dikenal sebagai pengumpul hadis shahih, juga menekankan nilai-nilai akhlak dalam kitab-kitabnya, termasuk sikap tawaduk. Dalam beberapa riwayat dan penjelasannya, tawaduk dimaknai sebagai:

  1. Merendahkan diri di hadapan Allah: Mengakui kebesaran dan keagungan Allah serta menyadari kelemahan diri sendiri.
  2. Tidak sombong dan angkuh: Menjauhi sifat riya’, ujub, dan merasa lebih baik dari orang lain.
  3. Berperilaku lemah lembut dan santun dalam perkataan dan tindakan, baik kepada Allah maupun sesama manusia.
Sikap hati yang ikhlas dan penuh kerendahan saat beribadah dan dalam kehidupan sehari-hari.

Dalam Tafsir Al-Qur’an
Tawaduk juga sering disebut dalam tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, misalnya dlm surah Al-Hijr ayat 15:88 (klik sini)

{ لَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوَٰجٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِلۡمُؤۡمِنِينَ }

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).

Imam Bukhari dalam kitab-kitab hadisnya menegaskan bahawa tawaduk adalah bagian dari iman yang sempurna dan menjadi ciri khas orang-orang yang bertakwa.

Surah Al-Furqan ayat 25:63 (klik sini)
{ وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا }

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Surah Al-Maidah ayat 5:50 (klik sini)
{ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ }

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.


Kemuliaan:
Kemuliaan sejati adalah sifat hati dan keimanan, bukan sekadar kedudukan duniawi atau keturunan:

- Kemuliaan Kerana Taqwa (Ketaatan kepada Allah)
Surah Al-Hujurat ayat 49:13 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ }

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ayat ini menegaskan bahwa kemuliaan di sisi Allah bukan kerana ras, suku, atau status sosial, melainkan kerana ketakwaan, yaitu keadaan hati yang sadar dan taat kepada Allah.


Saturday, May 3, 2025

Sahabat Rasulullah: Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq

- us Nor Azam bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 3-Mei-2025

Sahabat Rasulullah: Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq

  • Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq adalah anak sulung Abu Bakar As-Siddiq, khalifah pertama dalam Islam.
  • Beliau dikenal sebagai seorang pahlawan Quraisy yang aktif di barisan hadapan dalam peperangan.
  • Abdul Rahman bin Abu Bakar wafat pada tahun 666 Masehi.
  • Abu Bakar mempunyai beberapa org anak, Abdullah, Muhammad, Asma', Aisyah, Ummul Kulthum dan Abdul Rahman. Aisyah adalah adik kandung kpd Abdul Rahman. Adik-berdik yang lain adalah adik-beradik sebapa.
  • Abdul Rahman memeluk Islam sewaktu perjanjian Hudaibiyah ie thn ke6 Hijrah. Kira² 19 tahun selepas Abu Bakar As-Siddiq telah memeluk Islam.

- Penglibatan Abdul Rahman dalam Perang
  • Abdul Rahman sebelum keislamannya adalah tentera Quraisy, termasuk dalam Perang Badar tahun ke2 Hijrah. Pada tahun ke3 Hijrah ie Perang Uhud, Abdul Rahman adalah org yg ke hadapan (perlawanan mubarazah 1-1). 
    • Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah ke hadapan utk mubarazah dgn anaknya, tetapi dihalang oleh Rasulullah saw.

  • Pada tahun ke5 Hijrah (Perang Khandak) Abdul Rahman juga terlibat dgn peperangan.
- Abdul Rahman & Hidayah Islam 
Pada tahun ke8 Hijrah, Rasulullah saw bermimpi orang² Islam bercukur Rambut menunaikan Haji. Pada tahun itu Rasulullah saw mengarahkan org² Islam yg pergi umrah (seramai 1,400), dengan hanya membawa senjata ringan. Hinggalah termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

- Dlm tempoh perjanjian Hudaibiyah ini Abdul Rahman diberikan hidayah utk memeluk Islam. Dia pergi ke Kaabah dan memberitahu keIslamannya.

- Selepas keIslamannya Abdul Rahman adalah panglima perang yg mengetuai pasukan pemanah.

Perang Yamamah
- Perang Yamamah (13 ribu org) menentang org² Islam yg murtad (40 ribu). Musailamah Al-Kazzab dibunuh oleh Wahsyi. Muhkam Ibnu Tufail ie perangcang perang kpd Musailamah, dia berada di sayap kanan. Muhkam dibunuh oleh Abdul Rahman.

- Khalifah Muawiyyah melantik Yazid sebagai Khalifah selepasnya, yg mana sebelum itu tidak pernah berlaku budaya baru, ie pemerintahan diserahkan kpd ahli keluarga. Abdul Rahman adalah org yg menentang idea Muawiyyah dan mengatakan kpd Muawiyyah.

- Apabila berita Muawiyyah berangkat dari Syam ke Madinah, Abdul Rahman yg berada di Madinah berasa tidak selesa dgn cadangan kedatangan Muawiyyah. Dia ke Mekah utk melakukan umrah. Namun ditakdirkan meninggal sewaktu di Mekah.

Thursday, May 1, 2025

Haiwan Qurban

- us Syukri kuliah Suboh Khamis 1-Mei-2025

Haiwan Qurban

Udhiyyah bermaksud binatang ternak yg disembelih pd hari Raya Haji 10 Zulhijjah, atau 3 hari selepasnya. 3 hari itu disebut hari² tasyrik.


Dalil #1: Surah Al-Haj ayat 22:34 (klik sini)
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٖ جَعَلۡنَا مَنسَكٗا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَٰمِۗ فَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ فَلَهُۥٓ أَسۡلِمُواْۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ }

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

Dalil #2: Surah Al-Kawthar ayat 108:2 (klik sini)
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ }

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Hukum melakukan qurban
Hukum qurban dalam Islam utama sebagai sunat muakkadah (sangat dituntut) bagi yang mampu, dengan perbezaan pendapat ulama mengenai kewajipannya:

  • Pendapat majoriti (Malik, Syafi'i, Ahmad)
Sunnah muakkadah berdasarkan hadis dan praktik Nabi SAW. Makruh meninggalkannya jika mampu tanpa uzur.

  • Mazhab Hanafi
Wajib bagi yang memiliki nisab zakat (kecukupan harta), merujuk kepada perintah umum dalam Surah Al-Kautsar dan hadis tentang tuntutan ibadah ini.

Kewajipan khusus melakukan qurban:
Qurban menjadi wajib jika:
  1. Bernazar untuk berkorban.
  2. Menentukan haiwan tertentu sebagai qurban (al-ta'yin).
  3. Janji khusus kepada Allah untuk melaksanakannya.

- Apakah hukum qurban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Tidak boleh kecuali:
  1. Diwasiatkan sebelum kematian.
  2. Nazar yang belum ditunaikan.
  3. Ta'yin (sudah tentukan haiwan tertentu untuk qurban).
  • Alternatif: Boleh berniat qurban untuk diri sendiri, lalu hadiahkan pahala kepada si mati.

- Apakah syarat umur haiwan qurban berdasarkan jenisnya?
  1. Unta -- 5 tahun atau lebih, atau 5 tahun ke arah 6 tahun. (Boleh dikongsi 7 bahagian)
  2. Lembu/Kerbau -- 2 tahun atau lebih, atau 2 tahun masuk 3 tahun. (Boleh dikongsi 7 bahagian)
  3. Kambing biasa -- 2 tahun masuk 3 tahun, atau tidak kurang 2 tahun. (1 ekor atau 1 bahagian kambing untuk 1 orang)
  4. Biri-biri -- 1 tahun atau lebih, atau salin gigi hadapan (jika belum genap setahun tetapi sudah cukup besar). (1 ekor atau 1 bahagian untuk 1 orang)

- Bagaimana qurban menjadi tidak sah?
  1. Haiwan qurban itu seperti kambing liar, rusa, atau haiwan bukan ternakan: Tidak sah dijadikan qurban.
  2. Haiwan belum cukup umur: Tidak memenuhi syarat.

- Keutamaan haiwan qurban jantan vs betina berdasarkan pandangan ulama:
  1. Dibenarkan untuk kedua-dua jantina haiwan.
  2. Para ulama bersepakat bahawa qurban sah dengan haiwan jantan atau betina.
  3. Keutamaan jantan
    • Daging lebih elok: Pendapat utama mazhab Syafi'i menyatakan jantan lebih afdal kerana dagingnya lebih berkualiti. Amalan Nabi SAW: Rasulullah pernah berqurban dengan dua kambing jbersaba.
    • Haiwan tidak aktif mengawan: Jika jantan kurang mengawan, ia lebih utama daripada betina yang belum beranak.


- Apakah kriteria utama binatang qurban?
  1. Kesihatan: Bebas kecacatan (buta, pincang, sakit).
    • Contoh: Buta sebelah mata. Jelas sakit badannya. Sakit otak yang hilang sum-sumnya, Lembu gila.
    • Haiwan yang cacat mempunyai daging yang kurang.
    • Cacat seperti buta itu apabila biji/bola mata tiada kedua-dua atau salah satu matanya.
  2. Umur: Memenuhi syarat minima (contoh: kambing 2 tahun, biri-biri 1 tahun).
  3. Kualiti: Pilih haiwan yang paling bernilai dan disukai pemiliknya.


Nota Kuliah berkaitan ibadah Qurban:
  1. Tadabbur Surah Al-Haj Ayat 22:34 hingga 37 | 3-Ogo-2018 (klik sini)
  2. Ibadah Haji dan Qurban, | 8-Ogo-2017 (klik sini)


Carian hadis berkaitan qurban:
  1. Dari Ummu Salamah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu melihat bulan Zulhijjah telah terbit, dan kamu bermaksud hendak menyembelih korban, maka janganlah kamu mencukur rambut dan jangan memotong kuku (hingga selesai menyembelih)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1918]

  2. Dari Nubaisyah Al Hudzali r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1108]