Sunday, August 31, 2025

Merdeka Yang Sebenar-benarnya

- us Khairul Raziqin kuliah Suboh Ahad 31-Ogo-2025

Merdeka Yang Sebenar-benarnya

Hadis berkaitan kemerdekaan org terakhir dari neraka.

Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut (berhala). Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasi neraka jahannam. Aku (Muhammad saw.) adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para Rasul. Doa mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Saadan. Tahukah anda duri kayu Saadan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Saadan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas." Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga. Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya (tersebut di atas) , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendoa pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang!" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang. " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0441]

- Rayuan manusia kpd Allah seperti rayuan Nabi Adam dan Hawa, memohon rahmat Allah utk diampunkan dosa mereka.
Surah Al-Araf ayat 7:23 (klik sini)
{ قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ }

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

- Ibnu Kathir menerangkan bahawa ayat ini adalah permohonan taubat dan pengampunan dari Adam dan Hawa setelah mereka melanggar perintah Allah dengan memakan buah terlarang. Mereka mengakui kesilapan dan kezaliman terhadap diri sendiri kerana melakukan perbuatan yang dilarang. Mereka memohon ampun dan rahmat dari Allah agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi.

Tafsiran ini juga menyebut bahawa setelah pengakuan dan taubat ini, Allah memerintahkan mereka turun dari syurga ke bumi sebagai tempat mereka tinggal sementara dengan ujian kehidupan di dunia.

- Beberapa pengajaran penting dari hadis ini:
Kekuasaan dan Rahmat Allah yang Maha Besar -- Orang ini diizinkan keluar dari neraka oleh Allah setelah lama dihukum di neraka kerana dosanya. Ini menunjukkan bahawa rahmat Allah lebih besar daripada kemurkaan-Nya, dan hamba yang masih mempunyai iman walaupun sedikit akan akhirnya diselamatkan dan mendapat ganjaran syurga.

Peringatan tentang Azab Neraka dan Keutamaan Iman -- Walaupun akan masuk syurga, orang ini tetap harus melalui azab neraka yang pedih kerana dosa-dosanya. Hal ini mengingatkan semua muslim supaya sentiasa menjaga iman dan amal kerana azab neraka itu nyata dan berat bagi mereka yang lalai.


Kesabaran dan Tawakal dalam Menghadapi Siksa
Orang terakhir ini melalui proses yang sukar dan menyakitkan di neraka namun bersabar dan tidak putus harap kepada Allah. Ini mengajar umat Islam tentang pentingnya sabar dan tawakal ketika menghadapi ujian dan dosa dalam kehidupan.


Kedudukan Terendah di Syurga tetapi Nikmat yang Luas
Orang ini adalah penghuni syurga yang paling rendah darjatnya tetapi nikmat yang diberikan kepadanya melebihi dunia dan sepuluh kali ganda daripadanya. Ini menunjukkan bahawa syurga itu penuh dengan keindahan dan kenikmatan yang tidak terbayangkan.


Berpegang Teguh pada Janji dan Harapan Kepada Allah
Orang ini terus merayu dan memohon kepada Allah agar dimasukkan ke dalam syurga. Ini mengingatkan umat Islam supaya tidak putus asa dari rahmat Allah walaupun sudah melakukan banyak dosa, selama masih ada iman dalam hati.


- Kehidupan ahli syurga sifatnya berkeinginan kpd kebaikan shj.
Surah Az-Zukhruf ayat 43:71 (klik sini)
{ يُطَافُ عَلَيۡهِم بِصِحَافٖ مِّن ذَهَبٖ وَأَكۡوَابٖۖ وَفِيهَا مَا تَشۡتَهِيهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡيُنُۖ وَأَنتُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }


Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".

No comments: