Saturday, November 29, 2025

Mendidik Akhlak Anak

- us Husaini kuliah Suboh Sabtu 29-Nov-2025

Kitab Hadis 40 Imam Nawawi: Akhlak

Hadis:
  • Bundar menceritakan kepada kami, Abdurrahman bin Mahdi menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari Habib bin Abi Tsabit dari Maimun bin Abi Syabib dari Abu Dzarr berkata: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku: "Bertakwalah kepada Allah di mana kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu menghapuskannya, dan pergaulilah sesama manusia dengan perangai yang baik". Dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah. Hadis ini adalah hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2053]

- Surah Al-Ahzab ayat 33:21 (klik sini)
{ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا }

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

- Pengajaran akhlak lebih penting dalam pembentukan anak kerana akhlak membentuk sahsiah, jati diri, dan kehidupan akhirat yang kekal, manakala ilmu duniawi boleh dipelajari kemudian.

Kepentingan Akhlak dalam Islam:
Pendidikan akhlak adalah asas utama pembentukan insan soleh, seperti dinyatakan Imam Al-Ghazali bahawa akhlak mulia melalui penyucian jiwa lebih utama daripada tingkah laku fizikal sahaja. Islam menekankan pembentukan sahsiah kanak-kanak lebih daripada kemahiran teknikal kerana akhlak menjadi benteng daripada gejala sosial negatif.

Pengajaran Utama:
  • Ibu bapa sebagai teladan utama: 
    • Anak meniru akhlak ibu bapa; mereka adalah amanah Allah yang ditanya di akhirat, dan warisan kekal selepas kematian.
  • Peranan guru dan persekitaran:
    • Guru membentuk akhlak pelajar melalui teladan, disiplin, dan latihan, selari dengan sabda Nabi saw tentang menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.
  • Prinsip Qurani:
    • Surah Luqman ajar tauhid, syukur, sabar, dan adab sosial sebagai asas akhlak, lebih utama daripada akademik semata-mata.

- Kemenjadian anak bermula dari akhlak.

- Surah Luqman ayat 31:13 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ }

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

- Surah Luqman ayat 31:14 (klik sini)
{ وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ }

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

- Surah Luqman ayat 31:15 (klik sini)
{ وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

- Pembentukan akhlak zaman dahulu dibentuk melalui kiasan. Contoh:
  • Jangan bermain waktu senja/Maghrib, nanti disorok hantu
  • Anak perempuan jangan menyanyi waktu masak
  • Anak perempuan jangan duduk di tangga
  • Anak lelaki jangan beralih tempat waktu makan nanti kahwin 4.

Carian Internet
Prinsip asas pembentukan akhlak
  • Anak ialah amanah yang mesti diselamatkan daripada api neraka; 
    • ibu bapa wajib mendidik, bukan sekadar memberi nafkah material.​
  • Hati anak diibaratkan “cermin yang bersih”; 
    • jika diisi dengan adab, ilmu dan kebiasaan baik, mereka akan berjaya di dunia dan akhirat, tetapi jika dibiarkan bebas tanpa bimbingan, mereka akan rosak dan dosa jatuh kepada penjaga.​

Kaedah utama membentuk akhlak:
  • Teladan (qudwah): 
    • Ibu bapa dan guru wajib menunjukkan akhlak baik kerana anak sangat mudah meniru perlakuan orang dewasa.​

  • Pembiasaan & latihan: 
    • Biasakan anak dengan amalan baik seperti solat, puasa sedikit demi sedikit, berpakaian sederhana, menjauhi kemewahan dan sikap suka bermegah.​

  • Nasihat & cerita: 
    • Gunakan nasihat lembut dan kisah-kisah yang membina untuk menerangkan akibat baik dan buruk sesuatu perbuatan.​

  • Ganjaran & hukuman yang bijak: 
    • Ganjaran diberi untuk mengukuhkan tingkah laku baik, manakala hukuman diberi dengan hikmah untuk mencegah kebiasaan buruk tanpa mengaibkan anak.​

Kawalan persekitaran dan rakan sebaya:
  • Imam al-Ghazali menekankan kewajipan melindungi anak daripada kawan yang jahat serta suasana yang merosakkan akhlak.​
  • Anak perlu dilatih supaya tidak tamak kepada kemewahan, pakaian mewah, kesenangan melampau, kerana ia menanam cinta dunia dan melalaikan mereka daripada tujuan akhirat.


No comments: