Friday, January 2, 2026

Tadabbur Surah Al-Maidah ayat 5:67 & 68

- us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 2-Jan-2026

Tadabbur Surah Al-Maidah ayat 5:67 & 68

- Surah Al-Maidah ayat 5:67 (klik sini)
{ ۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

- "بَلِّغۡ" merujuk kpd sifat Nabi ie "tabligh" iaitu menyampaikan.
- "مَآ" ma di sini bukan maksudnya apa, tetapi ayat² Al-Quran.

- Rujuk ayat ke29 surah Sad, tujuan Allah turunkan Al-Quran,
Surah Sad ayat 38:29 (klik sini)
{ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

- "لِّيَدَّبَّرُوٓاْ" lam baris bawah (li) adalah "tujuan", ie utk fahamkan ayat² Al-Quran yg diturunkan oleh Allah.
"وَلِيَتَذَكَّرَ" lam baris bawah (li) adalah tujuan ie utk dipraktiskan (diamalkan).

- Susah-payah Rasulullah saw menyampaikan ayat² Al-Quran, ayat 31 surah An-Nur ini adalah perintah kpd org² perempuan utk menjaga perilaku dan penampilan mereka sewaktu keluar rumah.
Surah An-Nur ayat 24:31 (klik sini)
{ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآئِهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآئِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ أَخَوَٰتِهِنَّ أَوۡ نِسَآئِهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِي ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٰتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ }

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
- "جُيُوبِهِنَّۖ" byk lubang² ie byk merujuk lubang² pd baju.

- Rasulullah saw mengadu kpd Allah org² tidak peduli kpd Al-Quran. Kaitan kpd ayat 29 surah Sad tadi, juga surah An-Nur ayat 31, dan lain² perintah Allah.
Surah Al-Furqan ayat 25:30 (klik sini)
{ وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا }

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

- Merenung, memahami dan tadabbur Al-Quran lebih utama dari membaca shj Al-Quran. Setelah mahir membaca, dan hukum² tajwid.

Carian Internet - Penderitaan dan balasan yg diberikan oleh penduduk Thaif kpd Rasulullah saw apbl menyampaikan ayat² Al-Quran
  • Nabi Muhammad saw mengalami penderitaan fizikal dan emosi yang hebat semasa berdakwah di Taif (Thaif) selepas kematian Abu Talib dan Sayyidatina Khadijah ra.
  • Nabi saw pergi ke Taif bersama Zaid bin Haritsah ra untuk berdakwah kepada pembesar suku Tsaqif seperti Abdu Yalail bin Amr, tapi ditolak mentah-mentah.
  • Penduduk Thaif menghantar budak² dan orang gila untuk menghina, mengejek, dan melempar batu sehingga kasut baginda penuh darah dan kaki baginda luka berdarah.

No comments: